11.8.11

Belanja Bonus

Rumah belum ada set sofa dan meja makan. Sebenarnya nasib baik aku belum beli masa bujang dulu. Tengok apa jadi dengan televisyen aku; hancur. Kena tepuk badan TV 100 kali baru nampak gambar. Peti ais dan mesin basuh pun habis kena belasah. Nasib baik dua-duanya masih okay.

Jadi cadangnya dengan rezeki bonus dan gaji, bolehlah beli sofa atau meja makan yang harga murah. Terus terang, biar murah tidak mengapa. Aku dan Zura saja yang akan guna buat permulaan ini. Tetamu pun jarang datang lagi.

Aku teringat sewaktu belajar di Universiti dulu. Salah satu subjek adalah pembuatan perabot. Ya, aku kena buat perabot. Aku hasilkan meja Jepun yang amat kecil. Layak meja tepi sofa saja sebenarnya. Apa tidaknya, aku sibuk tolong orang lain (waktu itu orang lain itu adalah kekasih hati... Hahaha) siapkan perabotnya sampai kerja sendiri terabai. Biasalah.

Betul, kami kena buat perabot sendiri. Ada yang buat kerusi, ada yang buat meja. Aku sudah lupa. Mungkin Bob boleh ingatkan balik. Apa yang kau buat ye Bob?

Aku fikir, kalau ada alatannya, mahu saja aku buat perabot sendiri. Desain dan buat perabot sendiri, dengan kudrat sendiri. Siapa yang tidak respek? Tambah lagi kalau desain dan hasilnya menarik. Dulu dalam majalah Popular Mechanic, kalau tidak salah aku, sentiasa ada lakaran projek DIY yang boleh dihasilkan di rumah. Tetapi perlulah ada peralatan yang sesuai.  Masalahnya, harga peralatan DIY di Malaysia adalah mahal dan kedua, aku tinggal di pangsapuri. Rasanya sangat tidak sesuai kalau aku bertukang. Ada yang mengamuk nanti.

Setakat ini, aku dan Zura bersetuju hendak membeli set meja makan di Ikea yang berharga sangat murah. Sesuai untuk keluarga kecil seperti kami. Buat apa meja makan besar-besar kalau 99% daripada waktu di dalam rumah hanya kami berdua yang akan guna. Set sofa belum ditentukan lagi. Aku tidak suka desain klasik. Itu sudah aku jelaskan kepada Zura. Aku kata desain klasik sukar hendak dipadankan dengan suasana. Adalah lebih baik cari desian kontemporari atau moden. Sesuai dengan keadaan.

Oh, kami juga perlu beli televisyen baru. Aku sudah nampak retak di badan televisyen. Televisyen LCD/LED 40 inci bunyinya sangat bagus... 

2 comments:

bob said...

aku pun dah tak ingat apa yang aku buat dulu..lama beno rasenye tinggalkan itm..pelan-pelan la..kurang2 kau baru kahwin dah ada rumah..aku dah anak tiga baru ada rumah..he..he..

bob said...

idan..cerita pasal buat webpage teringat zaman kita yang penuh dgn seksaan dalam membangunkan website..ingat lagi aku kat Mr. Chen..apa kabo la orang tua tu..alhamdulillah semua dah senang sekarang..tu yang aku pulun habih buat aku punya blog..tu pun dah nak senja baru tau buat blog..he..he..

Post a Comment