Sebolehnya aku mahu kurangkan berpolitik di dalam blog ini. Aku tidak mahu terlibat dengan suasana politik sampah seperti di Malaysia. Dulu aku rajin menulis di sini dan menceritakan kepincangan kaedah demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Masalahnya, bila aku berkunjung dari satu blog ke satu blog lain, surat-surat khabar online, forum dan juga kadang-kadang di Facebook, jelas aku lihat ramai antara kita tidak faham apa itu demokrasi, tidak faham apa itu kerajaan, tidak dapat bezakan kerajaan dan parti yang memerintah serta tidak dapat membeza antara kritik dan sokongan.
Masalah paling jelas terutama di kalangan orang melayu adalah mereka ini ramainya bersifat memberi kata dua; you're either with me or against me. There is no middle way. Mereka juga bersifat menghukum dan sekiranya tidak mampu lagi hendak berdebat cara sihat, mereka akan lakukan pembunuhan karakter.
Aku sanjung demokrasi dan secara asasnya demokrasi adalah bersifat keadilan untuk semua. Apabila ianya bersifat keadilan untuk semua, itu sifat-sifat kenegaraan secara Islam. Jangan kita sempitkan akal bahawa demokrasi itu berasal usul dari Greek serta bersifat sekular. Ianya adalah sebuah konsep dan selagi konsep ini tidak bertentangan dengan Islam, tidak ada apa yang patut menghalangnya.
Salah satu konsep demokrasi adalah konsep kebebasan bersuara. Maksudnya sesiapa saja di dalam negara ini berhak menyatakan pendapat, memberi pendapat dan dalam keadaan tertentu mengkritik atau menegur. Maka apabila rakyat menegur pemimpin, sepatutnya pemimpin yang Islamik akan menerima teguran tersebut dan ianya dalah sebagai pesanan bahawa rakyat nampak salah silap dalam kepimpinan beliau. Ini sesuai dengan kata-kata yang Khalifah Umar al-Khattab suarakan ketika beliau menjadi khalifah;
"Andai aku membuat kesalahan di dalam pekerjaanku sebagai khalifah dan aku membuat silap, maka engkau tegurlah aku"
Apabila ada terlalu ramai rakyat yang menegur pemimpin, maka sedarlah pemimpin itu bahawa beliau sedang atau telah melakukan kesalahan dan rakyatnya (walaupun cuma seorang) tidak menyukai perbuatan beliau itu.
Kerajaan berfungsi untuk berkhidmat kepada semua rakyatnya tanpa mengira siapa mereka dan ruang undi mana yang mereka pangkah. Setelah tamat pilihanraya, tugas pemimpin yang dilantik adalah untuk menguruskan negara demi kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyatnya, tidak kira di mana mereka berada. Tidak ada seorang pun yang boleh diabaikan dan tidak ada seorang pun yang boleh dianiaya hidupnya.
Namun begitu, adakah realitinya begitu di sekeliling kita? Aku tinggalkan persoalan ini untuk anda jawab dengan jujur.
Kerajaan juga tidak bersifat individualistik. Ianya tidak mengenai seseorang pemimpin apatah lagi untuk sekumpulan pemimpin. Kerajaan adalah mengenai rakyat. Mengenai bagaimana sekumpulan individu yang dilantik oleh rakyat untuk menjalankan fungsi-fungsi sebuah negara dengan sebaik-baiknya. Bagi aku, hakikatnya kepimpinan sebenar adalah rakyat itu pemimpin dan wakil rakyat itu pelaksana amanah. Wakil rakyat ini dihormati kerana tanggungjawab yang mereka junjung di bahu mereka, bukan gelaran dan pangkat yang mereka miliki.
Wakil rakyat adalah seorang pelaksana yang perlu melaporkan kepada rakyat hasil kerja yang mereka laksanakan sepanjang tempoh mereka berkhidmat. Wakil rakyat juga perlu sedar bahawa setiap wang yang mereka perolehi, setiap wang yang dibelanjakan atas nama wakil rakyat adalah wang milik rakyat. Mereka tidak boleh sesuka hati membuat atau melaksana sesuatu usaha tanpa persetujuan rakyat.
Mereka, wakil rakyat juga perlu sedar bahawa merekalah yang patut tunduk hormat kepada rakyat kerana dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat kepada majikan mereka iaitu rakyat di dalam negara ini. Merekalah yang sepatutnya datang awal di majlis atau sesi bersama wakil rakyat, mereka harus menunggung kehadiran rakyat, bukan sebaliknya.
Merekalah yang sepatutnya berbaris di kiri kanan jalan melaungkan rasa bangga kerana dapat berkhidmat untuk rakyat yang memilih mereka, bukan sebaliknya.
Merekalah yang sepatutnya memohon nombor giliran untuk bertemu dengan setiap rakyat dan bertanya apa lagi yang boleh mereka lakukan untuk rakyat, bukan sebaliknya.
Sistem politik di Malaysia ini realitinya berkonsepkan feudalistik iaitu rakyat menyembah tuannya (wakil rakyat yang bila menjadi wakil rakyat, ianya seperti menjadi tok penghulu, tok demang atau raja). Ia tidak sepatutnya begitu. Penghormatan berbentuk memuja, mendewa atau menyanjung melebihi sifatnya sebagai seorang WAKIL. Namanya jawatan sangat jelas, WAKIL RAKYAT. Mereka adalah tidak lebih wakil kepada sekelompok rakyat di dalam pemerintahan negara. Pemilik pemerintahan negara adalah milik rakyat, bukan milik wakil rakyat.
Maka jika rakyat menegur, ianya sama erti seorang CEO menegur pengarahnya. Rakyat adalah CEO dan wakil rakyat adalah manager. Selagi anda ingat semua itu, selagi itu ianya tidak menjadi kesalahan jika kita membelakangi wakil rakyat yang kita tidak suka. Ianya tidak menjadi kesalahan untuk kita menegur para wakil rakyat.
Demokrasi membenarkan adanya konsep penyokong dan pembangkang. Suara majoriti lawan suara minoriti. Majoriti atau minoriti seseorang itu, beliau tetap mempunyai hak-hak untuk bersuara ke atas wakil rakyat. Tidak ada istilah "golongan minoriti perlu hormat golongan majoriti". Hakikatnya apabila selesai pilihanraya, tidak ada lagi majoriti atau minoriti. Apa yang ada cuma rakyat sebagai stakeholder paling besar dan utama. Biru, hijau atau mereka sokongan mereka, apabila selesai pilihan rakyat, warna mereka cuma satu; warna yang sama sebagai rakyat Malaysia.

1 comment:
biru, hijau atau apapun sokongan mereka, apabila selesai pilihan rakyat, warna mereka cuma satu; iaitu warna "DUIT" yang menjadi matlamat yang sama setiap yang memerintah...rakyat macamtu jugaklah...
Post a Comment