1.7.04

Kasta Dalam Sistem Jabatan Kerajaan

Kadang-kadang rasa tak adil kerja dengan kerajaan ni. Maksud aku pangkat dan darjat dalam jawatan kerajaan. Kalau dah taraf kerani kebawah tu, rasa macam kuli je. Kalau dah pegawai pertengahan tu, kira macam tengah honeymoon dan kalau pegawai atasan tu, rasa macam tak kerja je. Cakap la apa orang nak cakap dan keluarlah kenyataan dan fakta apa sekalipun, tapi selagi orang tersebut tidak berada didalam keadaan orang yang bekerja itu sendiri, mereka takkan tahu.



Kalau tengok pegawai atasan, nak sain laporan pun siap boleh buat di hotel dan resort. Nak buat brain storming sampai ke genting atau mungkin ke Port Dickson. Nak buat paper work untuk projek baru boleh terbang ke Sabah atau mungkin ke Langkawi. Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada mesyuarat yang selalunya berjam-jam habis sebab bersembang je. Setiap waktu mesti ada kursus itu dan ini tetapi anak buah langsung tak tahu apa-apa juga. Apa tidaknya, orang yang pergi kursus pun tak tahu apa-apa selepas balik dari berkursus.



Pegawai pertengahan, ini kira macam supervisor dan sikap mereka tak ubah macam perdana menteri. Sesedap rasa arah itu dan ini. Dan keadaan waktu mereka pun lebih kurang sama dengan pegawai atasan atau silap-silap lebih 'sibuk' dari pegawai atasan. Kalau korang tengok perilaku mereka, memang takde apa nak buat. Selain dari merayau dan buat-buat ada kerja. Kalau dalam swasta, is was a sheer waste of resources. Dan sebilangan besar dari mereka ni memang tak reti buat kerja terutama yang dari golongan masuk kerja terus dapat jawatan pegawai ni. Mereka ni boleh dikatakan 90% blur waktu. Kalau tengok telatah mereka tak ubah macam orang main bola tapi tak tahu team mana dia main. Ada yang terer tapi yang lebihnya buat-buat terer. Lepas tu sibuk dengan perkara-perkara yang amat remeh. Dalam opis jangan pakai selipar, dalam opis jangan main bola (bolasepak), jangan sembang, jangan buang sampah, jangan senyum, jangan itu dan ini. Tapi hal-hal utama langsung tak cuba nak selesaikan. Puan/Encik, bekalan alatulis dah habis. Dia pasti akan suruh orang lain yang selesaikan.



Tinggallah kerani dan yang dibawahnya. Mereka ini lah sebenarnya pekerja dalam jabatan-jabatan kerajaan. Keringat mereka inilah yang sebenarnya menjalankan sesebuah organisasi kerajaan. Selalunya kerja yang mereka buat tidak langsung menerima arahan dari pihak atasan tapi hasil dari usaha dan kefahaman mereka sendiri. Ye, yang malas tu memang ramai (aku tak kata sikit), tapi yang rajin tu pun banyak (aku tak kata sikit). Cuma apa guna rajin kalau bonus akhir tahun takat 1/2 bulan gaji (kiralah kalau gaji basic cuma RM696.23) atau mungkin dapat kenaikkan gaji pada kadar RM40. Apalah yang dapat dibeli dengan RM40 sebulan? Nak tahu pegawai atasan dapat berapa kenaikkan gaji? Ada yang lebih dari RM500. Lepas tu kiralah kalau bonus 1/2 bulan dari RM3000. Puas juga bukan? Kenapa kerajaan susah sangat nak menghargai pekerja-pekerja bawahan ni? Setiap tahun pasti pegawai atasan yang akan dapat keuntungan yang amat besar. Sudahlah dapat itu ini, kerjanya tak seberapa. Silap-silap memang langsung tak tahu buat kerja tapi cukup laser untuk mengatakan orang lain pemalas.



Jadi bila orang bawah ni makan rasuah, dikatakan penjawat awam tak berdisiplin dan tidak tahu menghargai tanggungjawab kerja yang diamanahkan. Habis kalau orang atasan atau kerajaan sendiri tidak hargai orang bawah ni, kenapa mereka mesti hormat orang atasan? Jadi jangan rasa hairan kalau korang pergi ke kaunter kerajaan layanan yang diterima tidak baik sebab mereka sendiri tidak dilayan dengan baik oleh majikan mereka. Jangan marah kalau korang telefon, panggilan tu ambil masa berzaman untuk diselesaikan sebab masalah orang bawahan dalam kerajaan ni tak pernah sudah-sudah. Orang bawah minta naik gaji, orang atas menyibuk nak naik juga. Bila orang bawah dapat RM10 ringgit kenaikkan gaji, orang atas dapat RM1000. Bak macam sistem kasta kalau berada didalam jabatan kerajaan. Kalau dengan swasta tak mustahil kita nampak bos yang mahu sama duduk dengan pekerja bawahannya. Tapi kalau jabatan kerajaan, pangkat berselang satu tangga pun dah kira jauh benar nak jadi kawan.



Cuma, apa yang orang bawah ni boleh buat? Takat mengeluh dan menyuarakan dalam mesyuarat sebulan sekali. Itu pula nanti dikatakan kita tak berdisiplin dan engkar. Jadi lebih banyak diam dan bermuram durja. Agaknya yang paling tak puas hati dalam jabatan kerajaan ni ialah kerja itu sendiri. Orang bawahan ni bertungkus lumus kerja dan boleh dikatakan mereka amat mahir dengan kerja mereka. Tapi orang atasan ni memang macam tak tahu apa-apa langsung. Itu realitinya. Kalau di sini pun boleh nampak dengan jelas. Kadang-kadang orang bawahan boleh ketawa dalam hati melihat gelagat orang atasan cuba memberi penjelasan mengenai sesuatu perkara kepada pelawat. Lintang pukang dan berterabur. Kemudian masih tetap dengan hidung tinggi dan menyatakan apa yang mereka kata tadi benar. Seronok ke macamtu?



Aku rasa kalau jabatan kerajaan ni nak jadi elok, kena ubah budaya kasta dan budaya kerja yang tak betul ni. Kena ubah konsep orang bawahan lakukan segalanya manakala orang atasan kononnya kerja lebih banyak buat keputusan dan guna otak. Teamwork adalah orang bawah dengan orang bawah manakala orang atas dengan orang atas. Ubah semua itu. Dekatkan jurang imbuhan kerja supaya orang bawah tak kata orang atasan makan gaji buta. Kemudian buat kursus motivasi, hari keluarga, hari libur dan lain-lain aktiviti sosial yang bukan berarah hanya untuk orang bawahan atau hanya untuk orang atasan saja. Buat sekerap mungkin. Ini hari keluarga setahun sekali, kemudian disertai dengan dif-dif kehormat, vip dan segala macam orang besar yang diakhir hari dapat cenderamata berkos 1/2 dari keseluruhan kos upacara tersebut. Bila buat sesuatu kursus, tak payah la bos-bos tu duduk dibilik besar manakala orang bawah bersempit dalam dorm. Kongsilah semuanya baru nampak ukhwahnya nanti. Ye la, perks untuk orang bawah tak lebih RM60 sehari manakala orang atas boleh makan lobster hari-hari (ini pun berkasta-kasta juga). Jadilah manusia yang setaraf antara satu sama lain.



ORANG akan kata, mereka belajar rajin-rajin usaha hingga dapat capai ketahap mereka jadi layaklah mereka menerima segala macam habuan tersebut. AKU kata, kalau nak berlagak dengan jawatan dan taraf pendidikan, tokey jual sayur tepi jalan tu pun bila pergi bank mereka akan simpan duit berbungkal-bungkal setiap hari. Korang buat macamtu juga ke?

2 comments:

Anonymous said...

Lord cuba pakai petua nih : Don't work hard BUT work Smart. Itu la yg orang atasan selalu gunakan....nampak tak diaorang mane de buat aper2 sangat. Yg buat keje teruk selalu kuli tapi yg selalu dapat credit saper ek? Orang atasan jugak kan....

Try la Lord, Dalam pekerjaan kan Lord... Kalau kita pandai work SMART.... everything beres.....you try... *winks*..

[Fross]on[Ice] said...

Kalau bos tu ada kerja buat-buat takde kerja, kira takpe juga la. Tapi kalau dah memang takde kerja dan buat-buat takde kerja, pelik juga bukan? Itulah realiti kebanyakkan pegawai kerajaan Malaysia ni. Banyak jawatan mereka tu sebenarnya membazir. Cuma yang tak tahannya, dah takde kerja, tapi berlagak macam bagus.

Orang bawah ni memang pandai kerja (SMART). Disebabkan mereka diperlakukan sebegitu rupa, kebanyakkan buat kerja slow je. Sebab itulah pelanggan selalu dapat apa yang mereka nak tu lambat. Pelanggan komplen, staf buat tatau jek. Itu realiti kerja kerajaan dan orang awam kena faham kenapa. Sebab staf bawahan diperlakukan macam kuli, jadi mereka buat kerja pun macam kuli jugalah, banyak curi tulang (sebab nak hidup). Jangan persoalkan keikhlasan bekerja. Mana nak cari semua tu sekarang?

Post a Comment