8.10.07

"<" dan ">"

Seperti yang selalu aku sangka, dalam internet ini pasti akan ada seseorang yang mahu mengakui sesuatu itu adalah hasil usahanya, atau paling itu dialah yang mempengaruhi orang lain berbuat sedemikian. Contohnya seperti menulis blog dalam bahasa Malaysia, seperti yang diakui oleh orang INI. Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kelibat penulis melayu yang menulis blog dalam bahasa Melayu. Ribuan ahli Geng Jurnal sejak wujud sejak dahulu. Cuma mungkin, mereka adalah terdiri dari amatur yang menulis dalam gaya bahasa Melayu sekolah, bukan Melayu universiti berfikiran lampauan imaginasi.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan oleh sesiapa sahaja melainkan orang mereka yang sentiasa egois yang dari sudut mereka adalah betul, orang lain adalah bodoh. Maka, mereka yang berkata-kata dalam lingkungan dasar Islam (golongan <) itu adalah bodoh kerana memperjuangkan Islam dikalangan orang-orang peminum arak, penggemar seks bebas dan pemikir terhebat melayu alternatif masa kini (golongan >). Mereka (>) ini akan menghentam sesiapa saja yang cuba menyuntik Islam (<) dalam tulisan mereka (>) atau cuba menegur tingkah perbuatan mereka (>). Menurut (>), apa yang mereka lakukan adalah berdasar hak dan kehendak masing-masing maka tiada sesiapa pun dalam dunia ini berhak untuk menafikan, menghalang dan menegur mereka. Cuma peliknya, sejak kebangkitan Revolusi Sami Buddha Burma/Myanmar tempohari, mereka lebih memihak kepada golongan Sami Buddha. Kenapa ye?

Oh, mungkin (>) adalah golongan yang bencikan penindasan. Bencikan tekanan dan berbangga dengan kebebasan. Mungkin mereka boleh jelaskan dengan lebih terperinci keadaan mereka sekarang dalam suasana yang bagaimana, adakah cukup bebas? Perlukah apa-apa tindakan yang membolehkan mereka lebih bahagia? Perlukah dihapuskan golongan-golongan (<) kerana selagi mereka ada, golongan (>) tidak akan aman? Perlukah mereka (>) terus labelkan penentang mereka sebagai bodoh, berpemikiran tertutup, kolot dan segala yang sepatutnya untuk melambangkan keburukan seseorang?

Mungkin, aku rasa mungkin mereka (>) lupa, kebebasan yang mereka miliki sekarang itu adalah hasil kerana mereka (>) diberi ruang untuk dibuat begitu. Mereka (>) tidak dihalang. Tetapi paranoia mereka (>) yang menyebabkan orang lain yang menegur adalah penghalang segalanya. Maka setiap dari golongan (<) adalah penghalang mereka (>).

Bersambung...

* aku guna < dan > kerana A dan B serta 1 dan 2 sudah menjadi teramat cliche.

3 comments:

A.K.A.B said...

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya; oleh kerana kita berkongsi minat kepada dua perkara iaitu Macintosh dan Liverpool, ingin saya berkomen tentang ini.

Selama ini yang sering ditulis oleh saya sebagai (kononnya) memulakan sesuatu yang baru di internet, iaitu menulis dalam Bahasa Melayu sebenarnya adalah berbentuk sindiran dan juga inside joke di kalangan set sosial terdekat; di mana mereka sering mengatakan yang rakan-rakan kami yang lain yang sebelum ini menulis dalam Bahasa Inggeris semuanya menukar bahasa perantaraan untuk mendapatkan populariti ataupun trafik. Mungkin cara penulisan spontan saya membuatkan ramai orang berfikir yang saya seorang yang penuh kebanggaan. Sebenarnya tidak. Harap maklum.

Kedua, perlukan bantuan. Saya tak dapat mengesan alamat email kamu. Kalau tak keberatan, sila tinggalkan pesanan di inbox saya (yrmike@gmail.com) dengan kadar segera.

Terima kasih dan selamat bercuti.

susan said...

idan,

kenapa sensitif? biarkan apa orang lain nak claim as long as you know who you are and what you did... you are your own man, you do not need acknowledgment from the public... and mike @ a.k.a.b is really not full of himself (as far as i know)...

frossonice said...

Huh? Oh, penulisan ini tidak lengkap sepenuhnya. Tapi dah disambung. Mungkin akan disambung lagi.

Renny, i suka penulisan dia sebab lain dari lain dan honest. Cuma agak Will Hunting (Good Will Hunting). I'm not against him at all. :) Sorry tak sempat berbuka puasa dengan u.

AKAB, maaf tapi penulisan awak sudah seperti menjadi cliche melayu rebel. Jadi ianya mengecewakan dari sudut cliche tersebut tetapi menarik dari sudut pembacaan. Harap maklum.

Post a Comment