27.10.07

Open House Dahulu Dan Sekarang

Tadi pergi Open House rumah office mate. Ada nasi briyani, ada spageti dan ada kuih-muih. Seperti biasalah untuk sebuah Open House hari raya. Sebenarnya aku tak berapa faham konsep Open House. Adakah ianya bermaksud,

"Maka hari ini kami sekeluarga akan membuka pintu rumah kami untuk menerima tetamu dari pagi hingga petang atau mungkin malam dan anda boleh menikmati juadah hari raya sebanyak mungkin, duduk berbual-bual dengan kami atau mungkin bermain-main dengan anak-anak kami selama beberapa minit atau hingga anda fikir tuan rumah sudah berasa rimas dengan kehadiran anda untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Maka ini juga dimaklumkan bahawa hari-hari sebelum dan selepas dari hari ini, pintu rumah kami akan tertutup rapat dan kami tidak akan menerima kehadiran tetamu lagi. Sekian, terima kasih."

Begitu mungkin maksudnya open house?

Oh, seingat aku masa aku masih berhari raya suatu waktu dahulu, aku tidak pernah dengar Open House diadakan dikalangan orang-orang biasa. Cuma Pak-Pak Menteri dan orang yang perasan kaya saja yang buat. Itu pun disebabkan kalau mereka tidak buat, orang akan kata mereka pemimpin yang tidak bagus.

Masa aku tahu beraya dahulu juga, kami akan pergi berhari raya bila kami suka dan kemana saja kami suka tanpa menanda dalam kalendar handphone waktu-waktu yang sesuai untuk beraya kerumah seseorang. Dan tuan rumah dengan senang hati menerima tetamu tanpa mengira waktu, walaupun pada waktu itu mereka mungkin sedang mula hendak menyuap nasi makan tengahari. Malah rumah arwah datuk di kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak, pintu rumahnya pasti akan terbuka dari pagi hingga ke senja untuk menerima sesiapa saja yang datang sepanjang waktu hari raya. Walau yang datang itu kami seorang pun tidak mengenalinya, mereka akan tetap dijamu dan dilayan sebagai tetamu. Malah sesiapa saja yang melintas depan rumah pasti akan dipanggil masuk untuk beraya walaupun kami tidak kenal. Cuma ketika itu mamat-mamat Bangla dan Indon tidak seramai sekarang. Maka, kami pasti yang kami jemput itu orang melayu seperti kami juga.

Jadi apa sebenarnya maksud Open House masa kini?

Fikiran aku satu saja, untuk memudahkan kerja.

1 comment:

Ain said...

Assalamualaikum Cik Idan.
Haa..dah lama tak menjengah, banyaknya cerita diaaa.. :) Terima kasih sebab bubuh link ke blog saya tu.

Open house tu kalau ikutkan dulu-dulu dibuat oleh ketua kampung atau wakil rakyat /menteri/sultan je. Tapi mungkin dikeranakan taraf ekonomi (atau ego) masyarakat melayu sudah semakin meningkat maka sekarang ni sesiapa pun dah boleh buat open-open house ni.

Ada juga yang berpendapat, kalau buat open house senang kerja sebab masak sekali, orang datang pun ramai-ramai sekaligus. Takyah risau orang nak dtg beraya pada minggu-minggu seterusnya.

Kalau saya pula, rumah saya sentiasa tertutup. Maklumlah dibandar, bukan dikampung nak buka pintu ala-ala free and easy. Tapi kalau ada yang datang ketuk dan bagi salam, IsyaAllah saya akan bukakan pintu :P

Tergelak pula saya bila baca tentang majlis persaraan di opis awak dan bagaimana terseksanya jiwa dan raga selama 3 jam tu. Faham sangat keadaan dimana kita disajikan dengan persembahan ampu-ampuan dan tah hapa-hapa :) Sabar je ler...

Post a Comment