"cikguzul berkata...Tak sangka juga bila seorang bekas cikgu telah mengunjungi blog aku dan meninggalkan komen. Seorang itu lebih menarik kalau beliau adalah cikgu motivasi yang sentiasa menarik perhatian semua pelajarnya. Cikgu Zul singgah ke blog aku dan meninggalkan jejaknya. Terima kasih.
Assalamu'alaikum Sharidan,
Found you while surfing the net! Dunia menjadi semakin kecil dalam zaman IT. Menghubungkan silaturrahim menjadi semakin mudah.
Saw your post about me. Thanks.
Baca-baca juga beberapa posting di sini terutama yang berkaitan dengan MRSM BP. Yang berkenaan dengan merry-go-round dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengannya, baru dapat tahu hari ni... tempat tu memang bukan tempat pilihan untuk buat spot check...
Insya-Allah will be there in BP for the Nostalgia 25 tahun on 26 Julai. Hope to see you there!
Best regards,
Cikgu Zul.
cikguzul@tm.net.my"
Mungkin lepas ini aku perlu menulis dengan lebih baik. Aku sudah bosan untuk menulis apa saja yang melibatkan politik. Aku sudah hilang minat untuk menulis sesuatu yang tiada kredibiliti langsung.
Esok aku akan sambung menulis...
1 comment:
Salam.
Tahniah. Kerana mengalami perubahan demi perubahan demi perubahan dalam meniti kehidupan.
Perubahan tidak boleh dielakkan kerana ia teman kita dalam meniti usia.
Kalau dulu kita minat mencanai isu politik, kini kita bosan dan muak.
Kalau dulu kita minat menyanyi dan mendengar lagu, kini kita jemu dan menyampah kerana lagu yang dihasilkan seperti sampah di muara sungai. Tidak menghiburkan. Malahan memual dan menyakitkan hati dan telinga. Tambah sakit hati dengan penghibur yang super expose, dan tak menghormati tatasusila masyarakat.
Sebenarnya kita semakin matang, kita mahu hasil yang lebih baik dan berkredibiliti. Kita telah berada di satu tahap dan meninggalkan satu tahap yang kurang sebelumnya.
Post a Comment