Aku baru beli telefon bimbit baru. Jenama Samsung, model SGH-L700. Ada kamera 2.0mp. Okaylah. Kalau aku nak megapiksel yang hebat, baik aku guna Canon DSLR 400D aku. Ini aku nak ambil gambar spontan yang aku tidak boleh lakukan dengan 400D. Hasilnya seperti di bawah. Kira bolehlah untuk kamera sebegitu. Nanti aku ceritakan perihal Samsung SGH-L700.
Ini adalah Apple iMac yang ada di kubikel aku. Versi baru (badan aluminium) dengan OSX 10.4 (sekarang sudah OSX 10.5 Leopard). Jadi di JPN, cuma aku dan kawan sekerja aku yang guna Apple kerana kami membuat majalah dan buku-buku Jabatan. Bukan sebab nak mengada-ngada, okay. Tetapi memang teramat cool apabila ada sebuah iMac di atas meja di kubikel kamu. Lebih cool daripada mana-mana PC milik bos di pejabat. Tapi ianya lebih cool kalau kamu lihat di bawah.
Ya, bukan sebuah, tetapi ada dua buah iMac di kubikel aku! Satu aku perapkan di bawah meja untuk kegunaan lain. Jarang-jarang digunakan melainkan ada slaid show untuk pelawat VIP. Sebab di JPN, kami buat persembahan slaid ala-ala Al Gore dalam dokumentari An Inconvenient Truth. Al Gore guna Apple Keynote (sama seperti Microsoft PowerPoint tetapi jauh lebih menarik), jadi kami guna peralatan yang sama. Hasilnya dulu, pernah ada seorang timbalan menteri bertanya dari mana kami out-source buat slaid persembahan kami. Begitu kagum beliau dengannya.
Kubikel aku agak semak. Kamu lihat saja. Bagi aku kubikel yang terlampau kemas adalah disebabkan pemilik kubikel tersebut samada tidak ada kerja hendak buat atau terlebih mengemas.
Ini pula adalah laptop aku di rumah. Sedang berYMS dengan Asyikin beberapa hari sebelum beliau kahwin. Kerana aku tidak ada katil di rumah (cuma ada tilam), jadi laptop aku juga diletakkan atas coolpad di lantai saja. Aku malas gunakan meja walaupun ada.
Ini pula adalah efek istimewa SGH-L700 untuk menghasilkan mod-mod gambar seperti ini. Aku sukakan efek ini. Aku tidak perlu bersusah payah untuk membuat perkara yang sama dengan Adobe Photoshop. Terima kasih Asyikin (ini rakan pejabat) kerana mengambil shot yang cantik ini.
Jadi, kenapa Samsung SGH-L700? Mulanya aku mahu membeli telefon bimbit jenama SonyEricsson atau Nokia. Malangnya model yang aku mahu tidak ada di kedai tersebut dan model yang ada tidak menarik. Aku bukan mencari telefon bimbit serba boleh dengan segala mak nenek perisian yang ada di dalamnya. Aku mencari sebuah telefon bimbit yang mudah, dengan rekabentuk yang simple dan elegen. Apabila ditunjukkan dengan SGH-L700, aku jadi teruja. Pertama, reka bentuk yang elegen dan simple. Kedua, badannya diperbuat daripada besi. Bukan selalu kamu jumpa badan telefon diperbuat dari besi. Jadi ianya bertambah cool. Perisiannya biasa saja tetapi sudah cukup untuk aku guna. 1GB kad memori juga adalah sudah cukup bagi aku walaupun semalam aku lihat di kedai, 2GB cuma berharga RM40 sahaja. Tapi 1GB yang ada sekarang pun aku masih tidak tahu hendak dipenuhi dengan apa.
Aku juga sebelum ini menggunakan Samsung dan aku dapati, khidmat lepas jualannya adalah bagus dan memuaskan. Waranti 18 bulan yang diberi tidak sia-sia. Telefon lama sudah 2 kali rosak dan ianya dibaiki percuma. Itu penting. Seterusnya, aku tidak mahu telefon aku jadi tumpuan ramai kerana kehebatannya. Orang berniat jahat lebih suka untuk mengambilnya. Jadi aku pilih SGH-L700 kerana design yang simple dan tidak terlalu menonjol. Tetapi cukup cool bagi aku.
Kamu sudah lihat di link yang aku berikan di atas bukan?
1 comment:
kubikel ini wajib di 5S kan ... diet ? baru ingat nak blanjer secret recipe
Post a Comment