Klasik Nasional
Aku tak fikir aku ini 'tua'. Aku cuma mahu menghargai seni dan salah satu minat aku adalah mendengar lagu-lagu melayu klasik lama. Aku suka liriknya, seni lagu dan iramanya. Penyanyi seperti R.Azmi dan P.Ramlee yang selalu aku dengar.
Cubalah kalau sesiapa yang tidak pernah dengar. Tidak semua orang suka. Cuma kalau kamu fikir, bukan setiap hari kamu dengar lagu-lagu klasik melayu lama.
Rabun Warna
Bukan senang menjadi seorang yang rabun warna. Dulu semasa sebelum peperiksaan SPM, aku terpaksa pergi ke hospital untuk mengambil surat pengesahan doktor bahawa aku rabun warna. Ini kerana dengan ada surat tersebut, bolehlah aku meminta pertolongan penjaga peperiksaan berkaitan soalan yang melibatkan warna. Apa punya bengap juga aku ketika itu sebab mengambil jurusan sains tulen yang melibatkan fizik, kimia dan biologi. Semasa peperiksaan amali biologi, satu ujiannya melibatkan udang (seingat aku), ada tindak balas yang perlu aku perhatikan. Kejap, mungkin amali kimia. Tak kisahlah. Jadi aku minta pertolongan penjaga peperiksaan untuk mengenal pasti warna yang terhasil. Kamu tahu apa yang terjadi? Dia langsung tidak peduli, malah siap tanya aku balik,
"Kamu agak warna apa yang terhasil?"
Sabar je la. Begitu juga dalam peperiksaan amali lain. Penjaga peperiksaan enggan membantu walaupun aku sudah tunjukkan surat pengesahan doktor kepada ketua penjaga peperiksaan. Jadi akhirnya, keputusan SPM aku untuk ketiga-tiga subjek sains tulen adalah amat teruk. Ya, salah aku juga kerana ambil jurusan sains tulen.
Begitu juga semasa belajar di UiTM. Pensyarah suruh kutip seratus jenis daun yang berlainan dan buat penerangannya mengenainya termasuk warna. Semua warna yang aku nyatakan adalah hijau...
Fikir-fikir balik, selama ini aku selalu pilih jurusan yang salah semasa belajar.
Kemudian, semasa kerja sekarang pun aku masih berada di jurusan yang salah. Kerja aku sekarang adalah DTP Artist atau designer yang buat design buku, majalah dan apa saja kerja-kerja grafik untuk Jabatan aku. Bayangkanlah apabila Bos Besar bising pada aku mengenai warna oren yang aku salah pilih untuk buku atur cara Hari Kualiti yang akan berlangsung minggu depan. Aku kesana kemari, selongkar serata internet untuk dapatkan warna yang dia mahu. Tanya beberapa orang yang tahu aku rabun warna di pejabat. Mereka langsung tidak membantu. Ada sikit tapi tidak mampu membantu kerana mereka tidak mahir dengan software yang aku guna. Jadi bukan salah mereka juga.
Itulah cabaran aku setiap hari dengan keadaan aku yang rabun warna.
"Idan, ubah warna background tu jadi warna oren seperti tudung si Rina tu..."
Yeah, right...
Begitu juga dengan keadaan seharian. Seperti tadi. Kononnya aku ke Jusco untuk membeli beberapa helai baju kemeja kerja. Aku pergi berseorangan. Aku belek label beberapa helai baju. Aku sebenarnya cuma ingin lihat kalau-kalau ada tertulis warna apa sebenarnya baju yang sedang aku belek di label tersebut. Ada beberapa jenama yang tertulis warna dengan jelas.
Tapi ada beberapa jenama yang cuma letak nombor atau gabungan nombor dan huruf.
Color : D2
Color : 79
Apa? Apa ke jadah warna D2 atau 79? Aku lebih rela kalau mereka letak pada label
Color : 0,0,100,0 atau 255,0,0 sebab aku tahu masing-masing adalah warna kuning dan merah. Tapi apa benda warna D2? 79?
Aku rasa aku wajib saja saman syarikat pengeluar jenama baju tersebut. Buat seperti Teresa Kuok yang saman semua orang yang dia mahu saman. Aku patut saman Dapper sebanyak RM10 juta dan John Master sebanyak RM100 juta. Kenapa? Kerana mereka menipu aku dengan mengeluarkan kod-kod warna yang tidak masuk akal dan tidak diketahui oleh orang yang rabun warna seperti aku.
Aku putus asa dan langsung tak jadi beli. Kemudian aku mesej seorang rakan,
"Esok temankan I beli baju boleh? Susah jadi orang rabun warna ni."
Tidak, aku tidak salahkan nasib. Aku cuma agak terkilan sebab ada orang dalam dunia ini tidak sedar bahawa ramai manusia dalam dunia ini rabun warna dan tidak faham apa itu kod-kod warna ciptaan sendiri mereka yang mereka letak pada produk mereka.
Perlu rasanya ada petisyen supaya semua pengeluar produk meletakkan kod warna yang standard pada produk mereka. Tidak kisahlah kalau mereka mahu letak seperti begini
Warna : "Hijau coklat berbelang oren", "Biru laut", "Kelabu asap"
Aku tidak kisah. Janji aku tahu aku tidak pakai t-shirt purple selama setahun menyangka aku memakai baju t-shirt biru!
Satu lagi masalah aku, aku kidal. Tapi itu lain kali aku cerita. Masalah juga tu.
10 comments:
INTERESTING ... minggu ni minggu yg busy bagi BDP ... bos pulak terlebih elmo .. x kira mcm mana bos tu .. yg jadi mangsa org bawahan
xpe,mana ada orang yang perfect dalam dunia ni kan...kelemahan tue bukan satu alasan tok putus asa tau tp y i nak puji u dah semakin slim,akhirnya berjaya gak u tok menurunkan berat badan,whatever teruskan perjuanaganmu...kira ni satu kejayaan gak tau..tahniah...
Hah? Idan dah turun berat badan? Hope tak byk sgt coz i suka tgk org yg mcm teddy bear! U r unique in yr own way, that's what makes u interesting in my eyes. - aku yang pemalu
Huh? Teddy bear? Takde la kurus. Tak minat kurus sangat pun, mcm org tak sihat je. Target 75kg. So, masih jauh nak sampai.
Iye teddy bear, sbb huggable. So i will not wish you good luck in this quest since i like to see you just the way you are right now. -aku yang pemalu though tak nampak mcm tu.
Idan, I happen to like your t-shirt purple tu...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ulasan terakhir dipadam kerana double post oleh Renny.
Tanpa Nama : First time orang samakan saya dengan Teddy Bear. Menarik. Rahsianya, saya juga minati teddy dan atas sebab apa, entah. Cuma setiap kali saya beli teddy bear, saya akan beri kepada orang. Renny sudah dapat 2 rasanya.. dahululah.
Renny : Rasanya beli t-shirt tu semasa di unviersiti. Sudah lupa bila. Ada lagi ke I pakai t-shirt purple di Maktab?
Masam : Thank. Patut tukar nickname tu jadi Manis.
Bro...aku rasa elok kamu badan fit sikit..nampak cergas...stamina lebih...sekadar cadangan
Bro...aku rasa elok kamu badan fit sikit..nampak cergas...stamina lebih...sekadar cadangan
Post a Comment