Jadi aku akan kerja luar sehingga Khamis nanti. Maka tiada update internet hingga sekurang-kurangnya 1 Julai nanti. Bulan ini pun aku agak kurang update kerana satu, tiada cerita menarik dan dua, tiada cerita menarik. Oh ya, tiga, aku agak malas.
Aku sudah mulakan satu hobi baru. Gambarnya ada di SINI. Hobi ini aku sudah idamkan sejak lebih 15 tahun lalu. Mungkin lebih. Sejak aku lihat rakan-rakan di maktab menggunakan sebatang kayu dan digariskan di atas kayu seperti tali gitar dan fretnya. Kemudian mereka berlatih kod-kod gitar melaluinya. Aku juga menaruh minat ketika itu.
Aku beli gitar elektrik kerana aku mahu mencabar diri agar betul-betul boleh bermain gitar (ingat, aku langsung tidak tahu bermain gitar) suatu hari nanti. Jadi aku berbelanja mahal untuk membiarkan aku berfikir, jangan membazir dengan modal yang dikeluarkan. Alang-alang belajar, biar sampai pandai.
Lagipun Roland Micro Cube (amplifier) ada tone akustik. Jadi tidak ada masalah untuk belajar bunyi akustik. Gitar Samick Malibu MB1 yang aku beli adalah khas untuk tangan kidal. Ikutkan aku mahu beli Epiphone namun begitu, harganya agak mahal dan di luar kemampuan aku. Aku cari Ibanez Gio, tak jumpa. Jadi cukup sekadar Samick dulu buat masa ini. Gitar asas untuk beginner macam aku.
Sasaran aku, menjelang penghujung tahun, aku sudah boleh memainkan sekurang-kurangnya sebuah lagu mudah. InsyaAllah. Apa matlamat aku dengan belajar bermain gitar ini? Bukan untuk menubuhkan rock band. Hahaha. Mungkin untuk melihat sejauh mana naluri seni aku. Atau juga mungkin untuk aku lagukan kepada gadis pujaan! Siapa tahu.
Kod apa yang aku tahu setakat ini? Kod A. Senang. Hehe. Adalah beberapa kod lain.