23.6.09

Selingan

Masjid besi di belakang JPN sudah semakin siap. Scaffolding terakhir di tepi kanan bangunan (kalau dilihat melalui sudut gambar) sudah ditanggalkan. Jika diperhatikan daripada tingkap pejabat, aku lihat mereka sedang sibuk membuat kerja-kerja dalaman. Mungkin menjelang penghujung tahun, masjid besi akan siap sepenuhnya dan boleh digunakan.



Sebenarnya ini gambar lama, kira-kira seminggu lepas. Aku tidak ada gambar menarik selain daripada gambar ini untuk diselitkan dalam post ini. Rasa agak pelik sekarang kalau menulis tanpa diselit gambar-gambar menarik. Lagipun ramai yang berkunjung ke sini untuk melihat gambar. Betul?

Sudah beberapa hari aku tinggalkan kamera. Malas untuk berfotografi. Aku fikir destinasi seterusnya untuk sesi fotografi aku mestilah bukan di Putrajaya. Sudah cukup banyak gambar di sini yang aku rakam. Mungkin di penghujung minggu nanti aku mahu berjalan sedikit jauh. Ke Melaka, mungkin. Aku belum fikirkan lagi.

1 comment:

DuRiAn rUnTuH said...

tak best juge kalo tempek gambar je,bukak2 takde cite..nak juge ade penulisan walo sebaris..

Post a Comment