Ada orang yang jauh lebih kerap menulis. Bulan ini aku tidak pasti. Mungkin sedikit kurang atau mungkin juga akan lebih banyak. Separuh daripada bulan ini bermula sekarang, aku akan amat sibuk. Pertengahan bulan hingga ke penghujung bulan, insyaAllah beban kerja akan sedikit kurang (kalau aku tidak fikir Laporan Tahunan masih belum siap).
Kemudian aku mahu pergi bercuti. Cas balik tenaga yang hilang. Sekarang pun sudah tinggal reserve. Amat sedikit. Destinasi percutian? Mana saja asal boleh aku menanti senja untuk aku rakam dengan lensa kamera. Atau mungkin aku boleh cuba merakam matahari terbit. Aku perlu ke pantai timur atau Malaysia Timur. Tunggulah aku fikirkan. Bak kata aku kepada orang yang bertanya, tindakan aku selalunya impulsive. Mengikut gerak hati.
Mahu ikut? Silakan. Aku tidak kisah. Cuma aku akan buat apa yang aku mahu buat.
No comments:
Post a Comment