Esok pula akan bertolak bersama keluarga ke Kedah, menghantar adik yang menyambung belajar di Maktrikulasi Changlun. Tidur di sebuah homestay di Jitra pada esok hari sebelum hari pendaftaran, Isnin nanti.
Kemudian hari Selasa, aku akan kembali ke Putrajaya. Rabu kembali bekerja. Hujung bulan mungkin ke Sabah untuk tugasan yang seterusnya. Sedang tugasan di pejabat sudah sedia menanti.
Mungkin nampak kerja agak menarik berjalan ke sana sini. Namun kalau berjalan kemudian dapat berehat, memanglah menarik. Ini kadang-kadang terpaksa berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan tugas. Bukan kerja mudah.
Jadi ada peluang untuk aku berehat hari ini hingga ke Selasa nanti, aku akan berehat sepenuhnya. Tidak akan aku fikir mengenai hal kerja. Aku tidak mahu ambil tahu. Otak sudah tepu. Badan sudah keletihan.
Aku perlu bercuti sendirian dan cuti itu perlu cuti yang lebih panjang dan lokasi yang lebih santai. Hasrat di hati sekarang, aku mahu ke Pangkor. Orang Perak yang selalu ke sana sini tapi masih belum ke Pangkor; itu aku.
Mahu ikut? Amat aku alu-alukan.
No comments:
Post a Comment