9.5.11

Kurang Sebulan

Kurang sebulan.

Itu realitinya. Aku sepatutnya sudah tertekan atau stress. Tetapi aku sedang selesa melahap makanan terhidang di depan mata. Berat badan makin meningkat. Tipulah orang yang kata berat badan makin menurun bila hampir dekat dengan tarikh yang ditunggu.

Kurang sebulan.

Banyak lagi yang hendak disediakan. Tetapi tidak meruncing. Orang lain saja yang fikir ianya meruncing. Aku suka kerja saat-saat akhir. Baru tumpuan dapat diberikan sepenuhnya. Baru kesempurnaan datang. Cara aku. Jangan kamu senang-senang mahu ikut. Kenali dulu potensi diri.

Kurang sebulan.

Hati melonjak gembira. Jiwa terasa begitu senang. Orang lain ada yang cuma perlu menunggu kurang suku abad untuk mencapainya. Aku ambil masa lebih dari itu. Melihat orang lain gembira, terdetik di hati ini aku mahukan perkara yang sama sejak dulu lagi. Baru sekarang diperolehi. Anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Itu pun, aku masih meminta-minta dariNya. Masih mahu banyak benda dan perkara.

Kurang sebulan.

Here we go.

No comments:

Post a Comment