27.5.11

Tujuh Hari Dari Sekarang

Aku sentiasa cuba ingatkan pada diri sendiri bahawa semuanya akan okay. Apa yang aku buat ini adalah perkara yang baik, perkara yang sangat disukaiNya. Ianya perjalanan yang seterusnya.

Aku sentiasa cuba ubati hati ini bahawa segala kesusahan hidup yang pernah dan sedang dilalui akan reda bila selesai semua ini. Kerana ianya suatu ibadah yang diredhaiNya. Ianya suatu penghijrahan, kepada yang lebih baik.

Orang bertanya, adakah aku sudah bersedia?

Jawapan aku, entah. Ya. Mungkin. Belum. Tengoklah macamana nanti.

Orang bertanya, adakah aku gementar menanti harinya?

Jawapan aku, tidak. Aku tidak tahu keadaan dan perasaannya sekarang. Mungkin bila tiba pada waktunya, baru aku tahu. Sekarang masih belum.

Apa yang hendak dijangkakan? Aku sentiasa andaikan, hidup ini sebenarnya indah. Life is beautiful. Itu yang aku sering taburkan kepada sahabat yang sedang berduka, kepada mereka yang 'hilang arah tujuan'.

Ya, hidup ini sebenarnya indah. Aku harap ianya begitu. Aku sudah nampak sedikit demi sedikit, dari balik tabir hidup yang semakin hari semakin menyerlahkan suasananya. Bila pertama kali menjejak kaki di dalam rumah sendiri; merancang di mana katil, sofa dan set meja makan hendak diletak. Melihat kontraktor mengukur tingkap dan ruang dapur untuk membina jeriji besi dan kabinet. Pergi bersiar-siar bersama Zura melihat set meja makan, set sofa dan peti ais baru yang mahu dibeli.

Aku sudah tiba di situ, di tempat yang suatu masa dulu pernah aku impikan tetapi kerana keadaan, aku hanya pendamkan niatnya. Kalaulah aku boleh berikan lebih dari itu. Orang kata,

"Slow-slow kayuh, Dan..."

Ya, sikit-sikit. Take your time, Idan.

Tujuh hari dari sekarang.

2 comments:

zarilfaizalpsa said...

Salam Idan..sebenarnya aku baru je publish aku punya blog. Tak sampai beberapa hari pun, tak sangka pulak kau dapat jumpa dengan cepat. At last, you've found your long lost faith. Aku dulu mcm tu jugak Idan, mcm-mcm perasaan aku rasa sblm kahwin..biasa la tu. Yang paling penting dalam berumahtangga ni adalah mesti ada sifat mengalah..kalau takda maka tak lama lah jodoh kau. Percayalah cakap aku Idan..berselisih pendapat memang selalu terjadi..Alhamdulillah dah masuk 9 tahun aku berumahtangga..semuanya dalam keadaan yang membahagiakan..rahsianya nanti bila kau dah kahwin aku cerita.

Nana kata.... said...

I believe that u'll be a good father & a good husband. Insyaallah...

Tahniah dan semoga segalanya berjalan lancar.

Post a Comment