Gila ah.
Sedar-sedar tinggal beberapa hari saja lagi. Eh, sekarang waktu ada 24 jam ke atau 2 jam saja? Kenapa cepat sangat? Tidak puas membujang lagi ni!
Konon.
Waktu single, seribu baris sehari aku boleh menulis di sini menceritakan betapa bosannya hidup aku. Seperti tidak ada yang lebih penting daripada emo aku sendiri.
Sekarang bila tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan zaman bujang, aku sibuk mencari masa untuk membujang pula? Tidaklah. Bukan masih mahu membujang. Tetapi risaukan hari yang mendatang. Bagaimana akan aku tempuhinya nanti? Tahu diri ini tidak pernah sempurna sifatnya, aku rasa apa yang aku boleh berikan sangat kurang daripada apa yang orang harapkan.
Tetapi orang kata hidup ini suatu proses pembelajaran yang berterusan. Harapnya masa-masa yang ada boleh mengajar aku menjadi lebih dewasa dan lebih bijak dalam membuat keputusan.
Okay, mana pergi lego yang aku tengok tadi?

5 comments:
ada harapan diselekoh
semua yang dirancangkan berjalan lancar, insya allah.
all the best bro. mungkin aku tak kenal ko personally, tp aku jadi follower blog ko jadilah :) moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Terima kasih sahabat. InshaAllah harapnya dipermudahkan segala urusan.
Diri kita tak berubah, cuma tanggunjawab je yang bertambah. Apapun perlahan-lahan 'adjust' pada kehidupan baru. You would be fine, inshaAllah.
All the best Idan & Zura.
Menarik perspektif Ain tu untuk difikirkan...diri kita tak berubah, cuma tanggungjawab je yang berubah. Kalau lebih bertanggunjawab, bukan ke diri berubah jadi lebih matang dan dewasa? Apa-apapun iye setuju, pelan-pelan kayuh :)
Post a Comment