28.6.11

Semasa Pindah

Sabtu tempohari kami berpindah ke rumah baru. Zura jatuh tangga hingga lebam sana sini di badannya sewaktu proses berpindah di rumah lamanya. Aku langsung belum sempat berkemas sepenuhnya. Sekadar pindahkan barang-barang berat dan penting terlebih dahulu.

Mandor Maszura menunggu barang diangkut dari lori.
 Zura dan aku kepenatan walaupun barang nampak tidak banyak. Kali terakhir aku berpindah adalah pada tahun 2007, lebih kurang empat tahun lalu. Ketika itu aku angkat sendiri barang-barang kerana tuan lori tidak menyediakan pekerja untuk mengangkat barang. Tambah RM50 untuk dapatkan pekerja. Aku cakap kepada pemandu, biar kami (rakan serumah ketika itu) saja yang angkat.

Untuk perpindahan kali ini, ada disediakan dua orang tenaga kerja untuk membantu mengangkat barang-barang. Mereka berdua datang dari Chennai, India. Kalau kamu lihat gaya mereka mengangkat barang, kamu dapat bayangkan iana seperti mengangkat timbunan guni di bahu. Mereka ini sungguh gagah. Itu yang aku beritahu mereka.
Sebahagian daripada barang-barang kami.

Tetapi jawab mereka mudah dan menyedarkan aku. Itu saja kerja yang mereka boleh dan biasa lakukan, mengangkut barang dengan kudrat mereka demi sedikit pendapat untuk menyara hidup. Kadang-kadang aku merengek dan mengeluh hanya kerana sebatang pen hilang dari meja kerja. Orang lain hendak cari sesuap nasi pun perlu mengerahkan segala daya yang ada di dalam dirinya.

Teddy bears Zura
Barang aku dan Zura tidak banyak. Setelah selesai dikemas, ruang di rumah nampak kosong dan amat lapang. Malah hingga timbul keadaan tidak ada apa lagi yang hendak dikemas, maka Zura bertindak menyusun koleksi 'teddy bears' beliau.

Buat masa ini cuma ada dua masalah. Pertama, paip untuk disambung ke mesin basuh masih belum disediakan. Kedua, paip air di sinki dapur masih bermasalah, tekanan air yang kurang berlaku ketirisan. Sedangkan paip air di bilik air beroperasi dalam keadaan yang baik dan tekanan juga kuat. Aku tidak mahu memanggil tukang paip hanya untuk membetulkan masalah yang kecil. Aku yakin dapat membaikinya sendiri. InshaAllah.

Makan nasi kandar pun jadilah, ya.
Menjelang lewat tengahari, kami keletihan. Kami bungkus makanan dari kedai makan dan menikmatinya di rumah. Makan tengahari pertama kami di rumah itu. Mak cakap,

"Pelan-pelan, Idan. Buat sikit-sikit."

InshaAllah.




3 comments:

IRA said...

selamat berpindah!

selamat juga mengemas, selamat garu2 kepala pasal budget lari(kadang-kadang terlepas pandang benda2 remeh yang boleh tahan juga kosnya), selamat bayar bulan2, selamat menahan godaan kedai perabot...

tapi... makan megi(gara2 budget lari) pun lebih sedap kalau dalam rumah sendiri hahahaha

saya yang dah setahun lebih duduk rumah sendiri pun, masih berkonsepkan padang futsal lagi...laaaapang jer huhuhuhu

betul tu, pelan-pelan asalkan bahagia kannn...

RiHiKi said...

hurmm..selamat berpindah jugak~

thn ni, da ley g rye umah bg shidan la nmpk gaye nyer :D

Ahmad Sharidan said...

Thanks Ira. Mel, jemput datang nanti ya.

Post a Comment