30.11.07

The Beatles



Ada seorang sahabat bertanya, apa hal dengan lirik lagu Hello Goodbye nyanyian The Beatles yang aku letak di bawah. Untuk yang meminati The Beatles, ini adalah salah satu lagu yang cukup menarik dari mereka. Kalau dibaca lirik, ianya cuma ada beberapa baris yang berbeza. Yang selebihnya adalah ulangan kepada baris yang lain. Simple tetapi menyenangkan untuk didengar. Itu yang membuat aku suka dengan lagu ini. Ianya dinyanyikan oleh Paul McCartney dan John Lennon sebagai backup.

Mungkin bagi kebanyakkan orang yang mendengar The Beatles tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenai band ini akan menganggap John Lennon adalah penyanyi utama. Sebenarnya penyanyi utama The Beatles adalah John Lennon dan Paul McCartney. Kalau didengar betul-betul, terdapat perbezaan antara nyanyian mereka berdua. Paul lebih mellow dan merdu manakala John Lennon lebih raw dan kasar tapi dalam masa yang sama lebih padu bunyinya. George pun ada menyanyikan lagu dan aku memang suka dengan lagu-lagu nyanyian George Harrison seperti When My Guitar Gently Weeps. Malah Ringgo Star, pemain dram pun turut menyanyikan lagu, Octopus's Garden.

Jadi kenapa aku letakkan lirik lagu The Beatles dalam post sebelum ini? Kerana aku suka The Beatles. Itu saja. :)

28.11.07

Hello Goodbye

The Beatles - Hello Goodbye

You say yes, I say no
You say stop and I say go, go, go
Oh, no
You say goodbye and I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello

I say high, you say low
You say why, and I say I don't know
Oh, no
You say goodbye and I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello

Why, why, why, why, why, why
Do you say good bye
Goodbye, bye, bye, bye, bye

Oh, no
You say goodbye and I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello
Hello, hello
I don't know why you say goodbye
I say hello
hello, hello
I don't know why you say goodbye I say hello
Hello

Hela, heba helloa
Hela, heba helloa

23.11.07

Hujung Minggu Lagi

Selamat berhujung minggu. Aku mahu balik kampung.

22.11.07

Menghitamkan Pulau Batu Putih

"Kalau Singapura benarkan kita menggunakan Arkib Nasional mereka, sudah pasti Pulau Batu Putih/Pedra Branca itu akan jadi milik kita tanpa persoalan."

- Petikan kata daripada seorang pengkaji sejarah yang sedang membuat buku sejarah JPN.

Kerana di sana terletak begitu banyak dokumen mengenai Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat dan apa saja maklumat sepanjang zaman penjajahan British. Semasa beliau ingin membuat penyelidikan mengenai rekod-rekod pendaftaran negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu, pihak Arkib Singapura telah membuat pelbagai halangan dan sekatan yang tidak munasabah sedangkan dia tidak berniat langsung untuk mencari dokumen mengenai Pulau Batu Putih/Pedra Branca atau apa-apa saja dokumen berkaitan. Beliau cuma mahu mendapatkan dokumen mengenai pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian dan mungkin pendaftaran pengenalan diri yang tersimpan dalam arkib tersebut sebagai rujukan sejarah. Beliau menjumpainya setelah berusaha menerangkan niat sebenarnya kepada pihak Arkib Singapura. Rupanya JPN boleh dianggap sebagai Jabatan kerajaan pertama di Malaysia kerana rekod pendaftaran telah wujud sejak 1868. Malah kalau hendak dikaji lebih jauh, rekod kelahiran, kematian, perkahwinan dan perceraian sudah wujud sejak zaman Portugis lagi. Tetapi memandangkan secara asasnya undang-undang dan peraturan yang digunakan semasa zaman Portugis, Belanda dan Inggeris adalah berlainan, maka beliau memutuskan untuk merujuk kepada undang-undang zaman British sahaja memandangkan undang-undang yang terpakai sekarang adalah berdasarkan undang-undang British.

Jadi apa kaitan Pulau Batu Putih/Pedra Branca dengan semua ini? Secara umumnya semua orang yang belajar sejarah pasti tahu bahawa semasa penjajahan British, Singapura dianggap Ibu Negeri bagi negeri-negeri Selat dan mungkin juga pusat pemerintahan sentral British bagi seluruh Tanah Melayu. Sehingga 1896 atau 1906 (aku sudah lupa), Pusat pemerintahan British seluruh Tanah Melayu adalah di Singapura. Selepas dari itu saja Kuala Lumpur dinaik taraf sebagai Ibu Negeri Tanah Melayu. Tetapi 'keistimewaan' Singapura sebagai pust pemerintahan sentral empayar British di Tanah Melayu tidak pernah berubah. Secara umumnya juga, setiap rekod mengenai apa yang berlaku di Tanah Melayu dan Singapura akan disimpan di Singapura. Maka dokumen perjanjian/penaklukan/pengambilan Pulau Batu Putih/Pedra Branca sudah pasti turut ada disana. Itu yang Malaysia tidak ada untuk membuktikan hak pemilikan Pulau Batu Putih/Pedra Branca.

Kalau dilihat hujah Singapura terhadap pemilikan Pulau Batu Putih/Pedra Branca, ianya cuma berdasar kepada fakta bahawa mereka telah berada disitu sejak 1847. Manakala Kerajaan Malaysia baru membuat 'claim' pada tahun 1979. Ianya sama seperti setinggan yang mengaku mereka telah berada tempat mereka puluhan tahun dan berhak atas tanah tersebut. Kerana sebelum ini tiada orang yang mahu mengusaha atau membuat 'claim' keatasnya, maka wajar mereka dianggap pemilik tanah tersebut. Malaysia pula menghujahkan bahawa Pulau Batu Putih/Pedra Branca adalah milik kerajaan Johor dan lebih khususnya Kesultanan Melayu Johor. Sama seperti Singapura yang diberikan kepada British oleh Johor, maka Pulau Batu Putih/Pedra Branca juga dianggap oleh Singapura diberikan sebegitu. Aku pasti Singapura akan menang dalam kes ini kerana infrastruktur, hujah dan segala bukti yang mereka adalah jelas dan kukuh.

Namun begitu sebenarnya Singapura cuba bermain api dengan jiran-jiran mereka. Singapura kurang rasa hormat terhadap jiran mereka sendiri. Realiti Singapura tahu berdasarkan sejarah Pulau Batu Putih/Pedra Branca itu sememangnya milik Kesultanan Melayu Johor. Malah Singapura itu sendiri adalah milik Kesultanan Melayu Johor. Apa yang Singapura lakukan tidak leih daripada memberi validiti penjajahan British keatas Tanah Melayu dan menggunakan hak penjajahan British tersebut untuk memenangi kes ini. Hak orang lain tidak dipedulikan. Ianya sama seperti merampas tanah dan hak dari pribumi Australia dan Amerika. Semuanya atas nama penjajahan. Singapura mahu memberi 'valid' keatas pemilikan mereka terhadap Pulau Batu Putih/Pedra Branca berdasarkan penjajahan British keatas Tanah Melayu. Perlu diingatkan bahawa menurut sejarah, Johor tidak pernah dijajah oleh British. Maka hak tanah sekeliling Johor adalah hak Kesultanan Melayu Johor. Logiknya, Pulau Batu Putih/Pedra Branca yang cuma 12 batu nautika dari Johor juga adalah milik Johor. Kenapa mahu menafikannya? Apa ingat orang Johor buta ke tak nampak pulau tersebut depan mata selama ini? Atau fikir orang Johor kata pulau itu cuma pulau kecil dan tiada bermakna.

Singapura sepatutnya melihat kesan jangka panjang. Sekiranya mereka menang kes ini, ianya akan membuka seribu kemarahan dari jirannya, bukan sahaja Malaysia malah mungkin Indonesia. Jangan fikir Amerika atau kuasa lain dunia akan selamanya membelakangi Singapura. Signfikan Singapura adalah cuma sebagai sebuah pulau dan pelabuhan yang amat-amat maju. Selebih dari itu, ianya tidak memiliki apa-apa kelebihan. Secara politiknya, ianya tidak sepenting Kuwait yang memiliki telaga-telaga minyak. Sebab itu Singapura berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan tentera mereka bagi menghadapi kemungkinan diserang oleh jiran-jirannya. Itu hak mereka, tiada sesiapa boleh menafikannya. Tapi kalau mereka (Singapura) sendiri cuba bermain-main atau mengacuh-acuh api kepada jirannya, apa jirannya hanya mahu duduk diam dibakar api? Pasti suatu masa nanti mereka akan menjadi begitu marah dan bertindak membalas kembali.

Singapura yang degil, itulah seperti yang dilihat oleh jiran-jirannya. Fikirnya hanya mereka yang betul. Perlu diingatkan kembali, tertubuhnya Singapura adalah hasil penjajahan British keatas Tanah Melayu dan hasil disingkirkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Mungkin itulah tindakan paling bodoh pernah dilakukan oleh Tunku. Tapi sejarah tetap sejarah. Cuma jangan mempergunakan sejarah untuk kepentingan diri sendiri. Singapura sepatutnya tahu, tanah yang mereka duduk itu adalah milik orang lain. Ini sebenarnya sudah jadi kes, sudah dapat betis, nak peha. Singapura perlu merendah diri sekali sekala. Itu budaya orang nusantara ini.

21.11.07

Anime



Inilah sebabnya kenapa aku sukakan filem animasi karya Hayao Miyazaki dari Ghibli Studio.

Korang Salah Pintu Ye?

Berkaitan posting aku pasal pakaian perempuan. Aku tidak anti dengan pakaian perempuan. Malah ada kalanya ia menarik perhatian dan wajar dipuji. Aku akan puji mereka yang pakai pakaian yang cantik dan unik. Cuma aku sebutkan hal pembaziran. Kalau buat baju baru sebulan sekali hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk ataupun mungkin untuk menyatakan bahawa korang tak pakai baju yang sama dalam sebulan, ianya membuang masa, dan duit. Tambah-tambah niat korang nak suruh orang lelaki tengok. Ianya niat yang sangat-sangat membazir. Kebanyakkan orang lelaki tidak berminat. Mereka yang berminat teramat-amat mungkin dari golongan metroseksual, pereka fesyen dan pondan.

Aku dok melihat apa motif ramai-ramai orang yang masuk dalam blog aku ni. Aku nak buat list sini siap dengan penjelasan (ini berdasarkan list latest dalam hit counter aku)

1. Search Carian Google mengenai : Pujuk Lelaki Ego. Dapat link ke post aku yang ni -> Lelaki Yang Macam Perempuan. Aku sebenarnya cuba menghasut lelaki supaya kurangkan sedikit sifat ego dalam diri dan jadi berperasaan sikit. Itu saja.

2. Search Carian Google mengenai : Kena Buli Teruk. Dapat link ke post aku yang ni -> MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2. Entah kenapa. Padahal aku dok cerita pasal gambar. Mungkin aku ada masukkan perkataan buli kot.

3. Search Carian Google Indonesia mengenai : Harga Jam Bonia Saphire. Dapat link ke post aku yang ni -> Cari Hadiah Dalam Semak! Dalam tu ada la cerita pasal aku dok pegi jalan-jalan cari jam untuk hadiahkan kepada orang. Ada la cerita pasal jam bonia. Tapi baru ingat, sapphire tu cuma untuk kacanya saja. Muka jam guna Mother of Pearl.

4. Search Carian Google mengenai : Tukar Alamat MyKad. Dapat link ke post aku yang ni -> Barebone dan Backlog. Aku ada cerita sikit perihal tukar alamat dalam MyKad yang tak perlu korang tukar MyKad.

5. Search Carian Google Indonesia mengenai : Kelemahan Hard Disk PATA. Dapat link ke post aku yang ni -> PC Fairest Of The All.... Dahulu aku selalu bercerita teknik dan cara untuk beli komputer yang baik. Tapi memandangkan sekarang aku asyik berdepan dengan Apple sepanjang masa, aku dah lupa dengan PC. Ye, aku tahu aku tak sedar diri. Tapi Apple best.


Itu baru 5 search yang aku dapat trace dengan Hit Counter aku. Ada yang lain tapi malas aku nak tulis semua sini. Rupa-rupanya ramai yang sebenarnya bukan berniat nak masuk dalam blog aku. Cuma bila mereka search, blog aku antara yang teratas keluar dalam senarai keputusan carian, terutama di Google. Mungkin aku boleh penuhi hasrat mereka-mereka ini dengan menulis serba sedikit yang aku tahu mengenai apa yang mereka Search. Aku akan cuba nanti. Tapi aku mesti kaji dulu kekerapan keputusan Search mereka baru aku boleh pilih nak buat artikel yang mana satu.

Tapi seronoknya bila aku tengok hasil search mereka yang keluar di Google atau Yahoo!, blog aku akan keluar antara yang di atas. Puas.

19.11.07

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003.



Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm...



Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 negeri. Aku masih ingat cikgu Ismail cakap kami tak sehebat team yang sebelumnya. Err... Mungkin selepas kami belajar dia akan cakap pada bebudak lain yang mereka tak sehebat team kami. Legend. Aku ingat aku buli goal-keeper ke-3 Malaysia (under-15) untuk menjaringkan gol. Puas hati. Budak St. George. Hujung pada dulu ada court takraw dan volleyball. Tepi padang ada court softball dan bola baling. Hujung padang tepi jalan ada tempat lompat jauh. Hujung padang lagi satu ada pagar yang selalu digunakan untuk outing haram (aku dah lupa apa diorang gelar).



Surau. Sebelum ada surau ni, kami sembahyang dipadang kawat pun pernah, dalam dewan besar pun pernah. Masa tu Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus pun pernah bagi ceramah. Subuh kira wajib kami pergi ke surau. Maghrib pun ye. Ramai yang lari. Ramai yang melepak di Merry-Go-Round. Biasalah kalau agama dipaksa-paksa.



Inilah suasana courtyard dalam asrama setiap blok. Ada 4 blok. Ada couryard di tingkat bawah asrama. Macam-macam agenda dilaksanakan disini. Main badminton pun ye. Bergurau senda pun ye. Kena ragging pun ye jugak.



Katil dan almari. Kalau zaman aku dahulu katil, almari dan ada partition dibuat daripada kayu. setiap ruang partition ada dua katil. hujung katil ada meja kecil untuk study (konon...) Antara dua meja study tu, dibuat ampaian untuk sidai apa saja. Biasanya tuala la. Partition kayu pula cuma setinggi almari kayu yang pintunya mengadap keluar. Oh, tinggi. Aku rasa mungkin 2 meter tinggi. Katil kayu pula dibawahnya ada 3 buah laci yang biasanya rosak. Tilam pula, biasalah, tilam getah yang kenyal. Masa awal semester (dulu MRSM dah pakai sistem semester), kami akan berebut cari tilam yang paling ok. Lupa, setiap ruang partition ada suiz lampu sendiri. Kira agak privacy. Homoseks? No Comment. Hahaha. MRSM bukan sekolah lelaki sahaja. Co-ed. Jadi kurang sikit masalah tu kot. Ada, tidak dinafikan.



Suasana dalam asrama, satu bahagian dalam asrama akan dipanggil Wing. Wing kanan dan wing kiri. Biasanya masa zaman aku dulu satu wing akan menempatkan student dari satu rumah sukan yang sama. So masa form 5 dulu, aku tinggal di Blok A, wing kiri, tingkat 1, katil no. 2. Hahaha. Depan gila. Biasanya aku atau sesiapa saja akan jadi orang yang tolong tengok-tengokkan keadaan sementara member-member sedang bakar paru-paru mereka. Bukan apa, kalau kena, susah. Satu wing yang susah nanti. Tolong menolong amalan mulia. :)



Ini Medan Kasa (betul ke eja ni?). Gambar agak blur. Dulu area ni separuh darinya adalah open air dan ada pokok. Ada 3 buah meja batu bulat dengan bangku batu bulat juga. Ini port paling glamer antara semua port dalam MRSM Balik Pulau. Bukan kami je yang melepak, kadang-kadang cikgu pun melepak sini. Ini prime location untuk dating. Pak Ya pun jual nasi lemak (semua orang suspek dia letak ganja) dia yang glamer di sini. Tempat tunggu orang pun sini. Mak bapa, saudara mara yang datang pun selalunya akan berjumpa dengan anak-anak mereka di sini. Sebelah Medan Kasa ni dulu ada sebuah vending machine yang suatu masa pernah rosak tak tentu pasal. Tapi yang bestnya, tekan sekali, keluar 2 kotak. Puas hati. Nanti aku cerita lagi pasal Medan Kasa. Cuma hairan, macamana dapat nama Medan Kasa?



Perpustakaan. Kalau dulu ianya dipanggil Pusat Sumber Pembelajaran (PSP). Aku pernah jadi pengawas PSP. Best, banyak kelebihannya. Berbanding dengan sekolah biasa, PSP ada air-con jadi suasana nak belajar dalam ini agak selesa. Sebelah kiri ada rak-rak buku yang aku suspek kebanyakkannya datang dari USA. Satu apa pun aku tak faham. Ada koleksi Ensaiklopedia Britannica yang Azrul Hanidy baca macam baca buku cerita. Depan pintu masuk ada kaunter pinjaman yang dalamnya ada koleksi buku yang tidak boleh dipinjam (boleh baca dalam library) dan juga tempat pengawas perpustakaan bertugas. Huh, disebabkan aku pengawas perpustakaan, aku boleh baca apa saja dalamnya. Bukan ada apa menarik pun. Cuma mungkin buku tersebut agak mahal. Belah kanan ada bilik audio visual dan bilik kerja untuk petugas perpustakaan. Hujung kanan ada bilik video dimana ada kalanya budak-budak yang rajin akan menonton video porno. Bilik kerja pun best sebab cool je rasanya. Macam duduk dalam muzium. Bebudak lelaki dan perempuan akan berselang PREP pada waktu malam dalam PSP. Cuma yang agak best kadang-kadang kalau time budak perempuan PREP, bebudak lelaki akan mengendap di cermin-cermin. Ada meja yang betul-betul mengadap cermin. Jadi kalau ada perempuan yang tak reti duduk dengan sopan, nasib korang la kena mengendap. Paling aku tak boleh lupa apabila bebudak lelaki mengendap dan nampak seorang budak perempuan pakai spender macam orang tua. Seminggu tak habis diusik budak perempuan tu. Kesian.



Aku saja letak gambar air pancut ni. Aku sebenarnya tak pasti, sejak aku disitu tahun 1989 hingga aku datang balik 2003, aku tak pernah tengok air pancut tu berfungsi. Berfungsi ke hah? Cuma, ianya tempat yang menarik untuk bergambar. Aku masih ada gambar duduk atas air pancut tersebut.



Suasana dalam kelas. Itu kalau tak salah aku kelas Sains Sosial 5. Oh, di MRSM kelas ikut jabatan, macam di universiti. Maka ada kelas SS, kelas M untuk Matematik, dan B untuk Bahasa. Betul tak? Aku dah lupa. Ada juga makmal. Berapa ye makmal? Rasanya 12 makmal kot. Aku dah lupa juga. 3 Makmal untuk setiap bidang, Biologi, Kimia, Fizik dan Sains. Ah, lupa. Belajar dulu pun kami takde kelas tetap. Semua berpindah randah ikut jadual. Ada kalanya classmate pun bertukar ikut subjek. Kira kalau budak baru masuk, kelam kabut la cari kelas. Kami ni yang dah senior masa tu, ada masa akan buli bila ditanya kelas sekian-sekian kat mana. Naya la budak-budak tu. Tapi bukan susah pun nak cari kelas. Dekat-dekat je. Cuma Kelas pendidikan seni je yang jauh dihujung dunia. Tapi itulah kelas yang paling aku suka. Selain Geografi.



Merry-Go-Round. Kepada mereka yang penuh pengalaman disini, ianya tentu membuat korang tersenyum. Sebenarnya ia adalah sebuah loji memproses najis. Bau jangan cakap la. Memang teruk. Tapi masih ada orang yang mahu duduk disitu. Samada lari dari pergi surau atau buat projek.



Suasana di sekitar makmal-makmal sains. Makmal sains MRSM adalah antara makmal paling canggih ketika itu. Aku paling suka pinjam stroboscope dan kain hitam langsir tingkap, buat prop untuk drama-drama arahan Amron Roni. Stroboscope dijadikan alat untuk mendapat efek aksi slow motion. Menarik. Kenapa drama sekarang tak reti nak pakai itu semua. Aku ingat, untuk buat follow light, kami cuma guna OHP (Overhead Projector) saja... Tebuk lubang sebesar duit syiling pada kertas dan letak atas kaca OHP. Pancar. Dapat follow light.



Papan notis sini dulu masa zaman aku adalah tempat Cikgu Nik, cikgu seni kami menyusahkan semua pelajar dengan kuiz-kuiz yang amat-amat pelik dan tak masuk akal. Ada yang menjawab dan ada hadiah.


Ada lagi gambar, tapi aku rasa cukup sampai sini dulu. Kalau korang ada gambar sendiri dan mahu ianya diletakkan disini, emel pada aku. Gambar peribadi pun boleh. Kalau boleh describe la sikit suasananya ye. Tapi cuma untuk ex-student MRSM Balik Pulau saja. MRSM lain atau sekolah lain, cari tempat lain.

18.11.07

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel.



Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap.



Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak lama dahulu. Disini juga cikgu-cikgu akan duduk semasa perhimpunan mingguan maktab. Budak-budak berdiri.



Err... toilet di asrama. Hehe. Inilah caranya, communal bath. Communal shower. Mandi ramai-ramai. beratur sementara tunggu orang lain selesai mandi. Ada yang lebih daring akan mandi bogel saja. Semasa form 2 dahulu, tingkat atas asrama adalah untuk student perempuan. Tingkat bawah untuk student lelaki. Kira habis berani/hebat kalau sesiapa yang mandi depan courtyard asrama ni.



Mungkin, tangga paling ditakuti oleh setiap junior di maktab. Ini tangga berdepan dengan Blok A asrama yang biasanya menempatkan student-student form 5. Tempat lepak utama waktu petang atau setelah selesai kelas. Kepada awek-awek (marka - bahasa Penang) yang lalu depan tangga ini, bersiap sedia untuk diusik, atau dikutuk. Selalunya awek-awek yang lalu depan tangga ini adalah akibat untuk mengelak hujan atau terlampau berani, atau mungkin juga terlampau berlagak.



Dataran Selera @ DS. Tempat makan. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Tempat berjual beli, tempat tengok TV, tempat PREP, tempat usha marka, tempat buli junior, tempat kacau Kak Zah, tempat ambil air panas untuk buat meggi. Tempat dating. Apa saja.



Notice board utama maktab. Masa zaman aku dulu, setiap result pelajar akan dipaparkan disini. Setiap apa saja berita akan dipaparkan disini. Gambar yang tercicir ditampal di sini. Spender pun ada dilekatkan disini. Hahaha.



Blok A asrama, tepi gelanggang tenis dan bola keranjang. Tepi cerun itu juga tempat melepak bebudak form 5 masa zaman aku. Tempat eksperimen kapal terbang kertas yang dihasilkan dari kertas soalan periksa. Tempat bergaduh, tempat baling buah.. buah apa haa? Ianya akan berhenti kalau salah satu cermin pada tingkap pecah.



Main foyer. Parking pengetua dan timbalan pengetua. Ianya juga merupakan tempat pendaftaran pelajar baru untuk yang baru masuk belajar. Tempat buat pameran pun ye. Tiada sesiapa melepak tak tentu arah sini. Tak best pun.



Dewan besar dari luar. Sekali pandang nampak macam kubu. tempat berbumbung depan dewan sebelum ini memang takde. Mungkin kereta cikgu-cikgu makin mahal dan tak tahan panas kot. Situ la tempat berkumpul setiap pagi sebelum masuk kelas. Padang kawat la lebih kurang.



Dewan kuliah. Masa zaman aku, ianya tempat meragging student baru masuk. Malam Warisan. Sesiapa pernah alami, korang akan ingat sampai bila-bila. Tempat tengok wayang pun ye. Hehehe. Jarang ada kelas sini.



Suasana dalam dewan besar...



Ini gambar team ragbi under-18 MRSM Balik Pulau tahun 1992 yang telah memenangi tempat ke-3 negeri. Cougars gelaran untuk team under-18. Foxes kalau tak silap untuk team under-15.

Nanti aku upload yang lain.

17.11.07

Homeroom Part 1

"Idan,

Tanak up-date cerita HR kita ke?

Pye'92
Emas'89"


Itu soalan daripada sahabat lama, satu sekolah. HR pula bukan bermaksud Human Resource, tapi Home Room atau Keluarga Pelajar. Kalau sesiapa yang pernah belajar di MRSM, mana-mana MRSM pun pasti akan tahu apa dia home room (HR). Ianya adalah sekumpulan pelajar yang dikumpulkan bersama selama mereka belajar di MRSM dan mempunyai guru penasihat yang selalunya bertindak seperti ibu dan bapa angkat. HR ada perjumpaan setiap minggu dan biasanya kami cuma akan berbual-bual tanpa sebab. Kalau ada guru penasihat dalam meeting, maka bersedia untuk dibebel (kalau dia garang) atau dibelanja (sebab selalunya mereka memang baik hati). Kami akan organise trip; berkelah, lawatan atau apa saja dengan bas Maktab.

Ruginya hampir kesemua gambar semasa di MRSM telah hilang. Kalau tidak pasti akan aku selitkan di sini cerita-cerita mengenainya.

Oh, berkaitan homeroom aku. Aku homeroom Emas 89. 89 adalah penanda yang kami masuk belajar disitu pada tahun 1989. Homeroom juga diberi nama mengikut permulaan abjad, A - Aman, B - Bakti, C - Cahaya, D - Damai, Emas, Fajar, Gemilang, Harapan, Indah... Selebihnya aku sudah lupa. Kemudian, setiap homeroom telah ditetapkan rumah sukan mereka. Maka semua orang dalam homeroom Emas 89 adalah dalam rumah merah, atau Purnama yang sememangnya hebat sepanjang 4 tahun aku disana. Ada ketua homeroom? Rasanya tadi tapi aku sudah lupa siapa. Siapa ahli homeroom aku? Pye yang tanya soalan di atas, sendiri, Farid, Hafizah, Renny, Nash... lupalah. Siapa lagi ha Pye?

Berkaitan rivalry antara homeroom, rasanya takde. Kalau ada, kecil-kecilan mungkin. Malah sebenarnya kalau hendak difikirkan betul-betul, antara satu sama lain kurang ada rivalry. Batch asal 126 pelajar yang masuk pada tahun 1989 memang rapat antara satu sama lain. Aku masih ingat selepas SRP, di mana ada sekumpulan pelajar senior yang membuli, kami bertindak untuk ramai-ramai pulang saja kerumah dengan berjalan kaki menuju ke hentian bas. Itu satu bukti yang menunjukkan kerjasama yang kuat antara batch 89 ketika itu.

Cikgu homeroom Emas 89 ialah Pn. Fatimah. Bagi aku dia garang dan cukup-cukup anti pada aku. Entah kenapa. Mungkin aku tidak sebijak mana.

Bersambung...

16.11.07

Letih

Penghujung minggu. Mana pergi Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis? Patutlah orang dewasa selalu komplen tak cukup masa. Entah kemana semua masa itu pergi. Patutlah hidup dewasa lebih rumit. Hehe. Termasuk la aku kot.

Ini termasuklah kena update blog ni yang takde obligasi untuk aku buat sebenarnya. Tak update nanti orang tanya. Tak menulis orang kata dah bersara. Heh. Payah betul hidup dalam dunia yang serba demanding ni.

Letih nak menulis. Aku sudah tua.

14.11.07

Mengenai Website

Semalam aku sempat upload website lama aku. Tertulis di website tersebut ianya karya tahun 2001. Sudah lama sangat. Amatur je gayanya. Kalau tak silap aku, itulah pertama kali aku guna Macromedia Dreamweaver 4. Semuanya kalau diikutkan amat-amat kuno.

Sudah lam juga aku tak punyai website sebegitu. Website yang ada sekarang sudah juga tua usianya. Entah bila aku nak buat yang baru. Sekarang pun orang lebih sibuk dengan blog dan photoblog yang jauh lebih efektif kesannya. Tapi aku masih mahu buat website macam dulu-dulu. Semasa blog itu masih dianggap tempat mamat-mamat geek dan cool berkumpul. Aku mahu rasa kembali betapa megahnya punyai sebuah website dalam internet. Tak semua orang boleh mengaku begitu. Takat blog? Apa sangat blog. Website adalah 100% idea korang, melainkan korang ciplak atau guna template.

Wallpaper Edisi 1




Sempat sepanjang pagi hari tadi aku siapkan wallpaper untuk Asyikin. Guna Photoshop dengan segala jenis brushes yang ada. Jadi wallpaper di atas sebenarnya dibuat daripada kosong. Budak amatur punya kerja. Ok la tu kan..

13.11.07

Laman Web Ahmad Sharidan Versi 4.0 Tahun 2001

Cuba ini...

Laman Web Ahmad Sharidan Versi 4.0 Tahun 2001

Jangan expect segalanya fancy. :)

7 Tahun Lalu Aku Telah Blog

Baru aku sedar bahawa Oktober lepas aku telah post sebanyak 30 kali. Maknanya kalau dari segi perkiraan, 1 post sehari. Banyak tu. Mustahil sebenarnya, bagi aku. Kira tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menulis dengan banyak bulan lepas. Adakah ini bermakna aku perlu menulis dengan lebih banyak untuk bulan ini?

Sudah lama aku menulis blog. Sejak awal September 2001 mungkin. Malah aku ada cover mengenai 11 September dalam satu post aku. Begitu lama. Jadi aku bukan orang baru dalam blog. Sudah 6 tahun menulis. Tapi disebabkan aku sering tukar host dahulu, maka post-post aku bertaburan. Cuma sejak 2004 saja aku kekal di Blogspot. Ada juga idea untuk berpindah ke Wordpress. Namun aku fikir, yang sudah baik tidak perlu dikucar-kacirkan. Biarkan saja begitu.

Dalam sejarah blog ini juga, cuma ada seorang saja yang pernah dijemput untuk menulis disini, Asyikin. Itupun setelah aku puas memaksa beliau. Nanti aku carikan post tersebut. Blog ini juga pada permulaannya ditulis dalam bahasa Inggeris. Aku fikir kerana ia lebih cool. Agak payah juga ketika itu untuk aku menulis dalam bahasa Inggeris kerana pemikiran aku ketika itu lebih Melayu. Aku berubah kepada Bahasa Malaysia kerana aku fikir dan aku masih anggap bahasa Malaysia adalah bahasa yang indah dan amat sesuai digunakan untuk penulisan. Masih banyak perkataan yang belum digunakan. Masih banyak lenggok yang boleh diragamkan dengan ayat-ayat yang mahu kita luahkan.

Maka penghujung tahun 2007 ini kian menjelang, aku berfikir-fikir apa lagi yang aku boleh buat untuk tahun depan. Perlukah aku lakukan perubahan. Apa yang menarik untuk ditulis dan apa yang menarik yang boleh digunakan untuk menarik pembaca. Suatu kepuasan yang amat jelas bagi aku ialah kalau guna Google Search. Kalau dulu result yang keluar link ke web aku cukup susah nak jumpa. Tapi sekarang ianya amat senang dijumpa malah kadang-kadang boleh jadi top 5. Search pun kadang-kadang pelik saja. Antara yang pernah aku tengok orang yang buat search dan temui blog aku ialah mengenai

1. Proton Persona
2. Macamana hendak gemuk
3. Kerja Kerajaan
4. MRSM Balik Pulau
5. Makan

Menarik juga bila orang yang kita tak kenali datang baca mengenai kehidupan seharian kita. Ada yang tertarik, kira cukup bagus la tu. Ada yang mengutuk tak tentu pasal sedang aku cuba ceritakan hal lain.

Takpe, aku belum sampai tahap selebriti macam Kadir Jasin 'Scribe', Ahmad Kamal 'Semusim di Neraka' atau Ahirudin Attan 'Rocky's Bru'. Tak kisah. Aku menulis mengenai aku saja.

Kalau sudah nanti aku menjadi sepopular mereka, harapnya ads-ads yang aku selit sebanyak mungkin dalam blog aku pun dapat membantu mendapatkan wang untuk aku. Hehe. Semangat kapitalisme mesti tetap ada.

Tip Mohon Kerja Kerajaan Dari Aku (Bhg. 2)

Bersambung perihal "Tip Mohon Kerja Kerajaan".

Satu yang korang perlu ingat, kerja kerajaan tidak mudah. Melainkan korang kerja di pekan kecil yang pelanggan korang cuma seorang dua sehari. Tapi kalau Jabatan tersebut ada pelanggan ratusan orang sehari, siaplah! Korang bakal berhadapan dengan segala macam jenis manusia yang sentiasa berfikiran cliche terhadap jabatan-jabatan kerajaan; lembab, bodoh, menyusahkan, melayu dll.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang orang yang business oriented. Amat-amat punctual, amat-amat tegas dan komited dengan kerja. Kalau dia katta meeting start 8.30 pagi, 8.25 dia dah ada di meeting room. Kalau dia kata meeting habis jam 10.00 pagi, maka jam 10.00 pagi la meeting itu akan habis. Macam juga big boss aku. Get to the point. Itu yang penting. Jangan meleret nak berbunga-bunga bila berbicara. Kalau dalam interview orang tanya rukun negara apa dia, jangan cerita sejarah rukun negara, siapa yang mulakan, kenapa dimulakan, di mana dimulakan. Jawab je 5 rukun negara tu. Korang ingat penemuduga tu ada masa nak dengar korang membebel? Banyak lagi orang yang dia nak interview.

Penting, KUMPUL MAKLUMAT! Kalau korang mahu pergi interview untuk satu jawatan dalam sesebuah jabatan, pastikan korang tahu apa tugas dan kerja-kerja jabatan tersebut. Buat research. Kalau rajin pergi pejabat jabatan tersebut dan buat soal-selidik. Mereka tidak sombong (kalau sombong, kira malang juga la korang dapat kerja situ nanti). Lagi baik kalau jabatan tersebut ada unit/bahagian khidmat pelanggan, pergi situ saja. Tanya habis-habisan. Fungsi, peranan, visi, misi, falsafah dan apa saja yang berkaitan. Jangan tanya bonus bila dapat. Jangan tanya anak Ketua Pengarah masih single atau tidak. Penemuduga akan amat-amat impress kalau korang boleh tahu visi dan misi sesebuah jabatan. Kerana ianya adalah jalan sesebuah jabatan lalui. Kalau korang faham apa yang jabatan itu nak buat, penemuduga tidak akan lepaskan korang. Aku akan respek kalau tiba-tiba korang bangun dan menyanyikan lagu jabatan tersebut, tetapi ianya tidak perlu dilakukan melainkan dicabar oleh penemuduga. Cuma, kelakar je bunyinya kalau penemuduga suruh korang nyanyi. Hahaha. Ada! Siapa kata takde?

Juga penting, state you personal vision and mission. Apa sebab korang nak bekerja di tempat yang korang pohon tersebut? Senang dapat loan kerajaan, loan kereta, bil hospital percuma, loan pc percuma, loan rumah percuma, jaminan kerja hingga pencen, dapat duit pencen, dapat gratuiti, kerja tak berat? Atau korang mahu kerja di jabatan kerajaan kerana kerja lain sudah tidak ada, susah dapat, atau memang korang tak layak? Atau korang mahu ianya jadi batu loncatan untuk mendapatkan kerja yang lebih baik di masa akan datang? Apa jua perancangan masa depan korang tersebut, fikir dan jawab yang terbaik. Kalau korang kata pada penemuduga korang nak kerja sebab korang rasa boleh rilek nanti bila kerja, baik lepas tu bagi salam dan keluar saja dari bilik tersebut. Korang takkan dapat.

Satu soalan trick yang ada sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan temuduga korang. Kalau jabatan kerajaan tersebut beroperasi di seluruh negara, besar kemungkinan korang boleh ditempatkan di mana saja di seluruh negara. Ada baiknya bila ditanya oleh penemuduga samada korang sanggup bekerja di mana-mana saja, jawab YA dengan bersungguh-sungguh. Itu sebenarnya nak lihat apa yang kita orang melayu selalu cakap bila bercinta,

"Berkorban apa saja"....

Ala, apa sangat la takat belah dada nak tunjuk pada awek tersayang. Bukan dapat duit pun. Ini kerja, dapat duit. Dapat loan itu ini dan dapat perkhidmatan perubatan percuma. Siapa yang tak mahu?

Kerja jangan pilih tempat. Kalau orang suruh pergi kerja di Sabah atau Sarawak walaupun korang anak jati Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak, pergi je lah. Bila lagi nak tengok tempat orang. Silap-silap boleh tersangkut dengan awek/pakwe sana. Untung juga.

Jangan bagi alasan mak ayah sakit, tiada sesiapa yang nak jaga, nak bagi makan minum adik-adik. Itu alasan 5 tahun lepas ketika AirAsia masih sebuah kompeni yang lingkup. Itu alasan 10 tahun lepas ketika handset sebesar batu bata dan beratnya lebih kurang sama juga.

Ingat satu perkara, penemuduga adalah orang yang korang tidak kenali. Bukan sahabat lama, bukan Sarip Dol, dan bukan juga Osman Zailani, pemuzik buta. So, setiap jawapan yang diberikan mestilah jelas. Kalau ditanya dari mana asal korang, jawab dengan jelas (tak perlu poskod).

"Saya berasal dari Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak"

Jangan biarkan penemuduga tanya melarat-larat. Letih korang nak jawab nanti. Dan sebenarnya ia menambah kegelabahan korang juga.

"Awak belajar di mana dulu"
"Sekolah"
"Sekolah mana?"
"Sekolah Menengah Adika Raja"
"Di mana sekolah tu?"
"Di Gerik, tuan/encik"

Apa la susah sangat nak jawab dengan direct je. Tak buang masa sesiapa pun. Bukan korang kena bayar pun untuk menjawab soalan.

Jangan memerangkap diri sendiri. Kalau korang sebelum ni kena buang kerja kerana selalu tidur di pejabat, jangan jawab begitu. Jawab saja kena berhenti sebab kompeni tidak stabil. Atau apa saja yang tidak menunjukkan kekurangan korang. Bohong sunat kata P.Ramlee. Habis takkan korang nak mengaku korang kena buang kerja sebab asyik dok mengorat sekretari bos kot? Gila apa?

Kalau ada duit sikit, belilah buku pasal pengajian am yang banyak menceritakan hal-hal kerajaan dan Malaysia. Baca, jangan simpan macam Quran. Mangga/URTV tu boleh pula beli tiap-tiap minggu ye? Ini beli sekali dan ilmunya banyak dan menguntungkan terutama time mohon kerja kerajaan. Dalam tu korang boleh la baca pasal Rukun Negara bagi mana-mana yang tak tahu langsung apa jadah benda tu.

Baca surat khabar kerana penemuduga suka orang yang ambil tahu hal ehwal semasa. Jadi takdelah bila ditanya apa itu ECER, korang jawab nama artis Indonesia yang bakal meletup dengan album terbarunya bertajuk "Kamu Yang Bodoh!".

Banyak lagi nak tulis mengenai tips minta kerja kerajaan ni tapi aku fikir cukup la sampai sini dulu. Bukan ramai pun yang nak baca. Biasalah, budaya malas membaca (boleh sampai jadi BUDAYA tu).

12.11.07

Langkawi (Part 4)

Harini balik KL. 3 hari tanpa arah di Langkawi. Memang agak membosankan sebab satunya takde transport. Duanya, sebab datang tengah-tengah bulan selepas raya. Memang takde duit la. Maka sepanjang aku merayau-rayau nak beli barang walaupun bukan untuk diri sendiri, aku dok berkira-kira cukup ke duit aku sampai hujung bulan nanti. Ada 15 hari lagi nak kena lalui. Habis duit sini, habis la duit nak belanja sampai hujung bulan.

Entah apa yang aku nak beli. Coklat? KL pun ada walau mahal seringgit dua. Pinggan mangkuk? Aku nak buat apa? Baju? Mungkin sehelai dua baju. Mungkin tahun depan aku perlu datang lagi sekali kesini. Aku nak berjalan-jalan. Bukan nak bershopping. KL tu sampai tak larat nak ke shopping complex. Lebih kurang sama je. Aku nak ke pantai, nak naik kereta kabel, nak ke Telaga Tujuh yang belum aku pergi. Nak ke Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting. Hahaha. Mandi sana, kot-kot boleh awet muda, atau dapat anak???

Aku rasa Langkawi kena revamp dari segi produk. Takkan setakat coklat, alkohol, rokok, pinggan mangkuk dan beg saja? Lain-lain tu tak cukup menarik ke nak jual secara murah sini? Kenapa barangan elektrik sini lebih mahal dari di KL? Banyak lagi produk yang boleh dijual. Mana kraftangan? Sekurang-kurangnya ada kraftangan. Ini aku rasa aku nampak kraftangan Siam je yang banyak. Malas juga orang Melayu Langkawi ni yang jadi kreatif ye. Banyak benda boleh buat aku rasa. Cari la idea.

Flight jam 6.40 petang dengan jangkaan pasti akan berlaku kelewatan. Aku sebenarnya hairan. Semasa aku datang sini haritu. Pilot mohon maaf atas kelewatan kerana kapal terbang lewat tiba dari Hyderabad. Huh? Apa kes kapal terbang dari Hyderabad diguna untuk ke Langkawi pula? Patut la besar semacam je (Airbus A330-200). Mungkin salah satu faktor kelewatan yang MAS selalu hadapi tapi masih tak mahu akui, kapal terbang tak cukup. Nak minta beli baru takut kena marah. Atau tak mahu beli pesawat kecil yang baru sebab sedang tunggu Airbus A380 yang baru? Oh, bayangkan terpaksa guna A380 untuk ke Langkawi nanti. Ya, tak mungkin sebab landasan dan apron airport Langkawi takkan mampu terimanya. Okay, bayangkan Boeing 747 digunakan? Hahaha. Membazir. Patutlah AirAsia sentiasa untung. Mereka guna pesawat semaksima mungkin. Dan itu juga yang menyebabkan ianya lewat. Itu masalah sebenarnya, mungkin. Tak cukup pesawat. Turn-around jadi lambat. Ingat kapal terbang tu macam bas ekspress, boleh berhenti dan bergerak sesuka hati?

Agak rugi juga aku bawa kamera ribuan ringgit tanpa mengambil apa-apa gambar. Takpe, tahun depan sahaja. Siapa yang mahu ikut? Korang boleh belanja aku bilik hotel. Aku boleh ambil gambar korang seberapa banyak yang korang mahu. Setiap minit pun boleh (aku fikir setiap saat tak logik).

10.11.07

Ke Langkawi (Part 2)

Sudah sampai di Langkawi. Sudah sampai di hotel. Ada WIFI. Huh! Menarik. Aku akan blog sebanyak mungkin di sini. Nasib baik bawa laptop. Cuaca sini okay. Lama rasanya tak kesini walau baru 3 tahun lepas aku sampai. Banyak sangat yang berbeza. Walaupun aku masih kenal dengan jalan-jalan yang ada, tapi jalan dah makin besar. 4 lorong sana sini. Short-cut sana sini. Kira okay la, tak menyusahkan orang nak kesesuatu tempat. Tapi yang tak bestnya, jalan-jalan lama yang ada di Langkawi ini yang sebenarnya menarik perhatian orang kesini. Long and winding road lebih menarik dari straight to the point route. Lebih banyak yang dapat dilihat.

Buka saja TV, terhidang di chanel NTV7 berita mengenai perhimpuan 'haram' yang bakal dilangsungkan di Dataran Merdeka. Dalam keadaan sekarang, polis jauh lebih ramai daripada orang awam yang datang. Aku tak hairan, sesiapa saja yang pakai baju kuning, pasti akan ditahan di road-block sekitar lembah Klang.

Aku penjawat awam, sepatutnya aku mempertahankan kerajaan. Tapi hakikatnya, ianya suatu tindakan yang cuba bodoh oleh kerajaan. Sampai berapa lama mereka fikir (orang-orang politik) dengan menggunakan jentera kerajaan, cuba menyekat kebebasan hak orang lain? Lama kelamaan, orang akan nampak dengan jelas.

Apa jua perkataan, kenyataan, kritikan orang-orang politik mengenai media internet, blog khususnya, mereka perlu sedar, orang yang ada di Malaysia sekarang adalah orang yang bijak-bijak belaka. Tidak lagi tinggal di bawah tempurung. Mereka ada akses untuk dapatkan informasi dalam apa jua cara dan di mana saja. Kalau mereka cuba disekat, ianya sesuatu yang amat-amat bodoh untuk dilakukan.

Ahli-ahli politik perlu berani dan sepatutnya mempergunakan sepenuhnya blog sebagai media propaganda mereka. Ini tidak, mereka cuba pula menghalang atau mengkritiknya. Ianya sama seperti cuba menghalang keretapi dari bergerak dengan tangan yang kerdil. Mereka akan dilanggar dan dihancurkan begitu saja.

Orang sekarang, terutama golongan muda mahukan ketelusan. Keseimbangan dan fairplay. Kalau itu ada, kalau Barisan Nasional berani bergerak dalam keadaan fairplay, aku pasti akan ramai golongan muda yang mahu mengikut mereka. Sehingga tiba waktu itu, polis yang mereka guna itu tetap akan dihina oleh rakyat. Kerajaan yang mereka pimpin itu tetap akan di label kerajaan pengecut. Tidak berani menghadapi rakyat diatas gelanggang yang adil dan saksama.

Raja adil, Raja disembah.
Raja zalim, Raja disanggah.
Mana satu anda mahu jadi?