10.11.07

Ke Langkawi (Part 2)

Sudah sampai di Langkawi. Sudah sampai di hotel. Ada WIFI. Huh! Menarik. Aku akan blog sebanyak mungkin di sini. Nasib baik bawa laptop. Cuaca sini okay. Lama rasanya tak kesini walau baru 3 tahun lepas aku sampai. Banyak sangat yang berbeza. Walaupun aku masih kenal dengan jalan-jalan yang ada, tapi jalan dah makin besar. 4 lorong sana sini. Short-cut sana sini. Kira okay la, tak menyusahkan orang nak kesesuatu tempat. Tapi yang tak bestnya, jalan-jalan lama yang ada di Langkawi ini yang sebenarnya menarik perhatian orang kesini. Long and winding road lebih menarik dari straight to the point route. Lebih banyak yang dapat dilihat.

Buka saja TV, terhidang di chanel NTV7 berita mengenai perhimpuan 'haram' yang bakal dilangsungkan di Dataran Merdeka. Dalam keadaan sekarang, polis jauh lebih ramai daripada orang awam yang datang. Aku tak hairan, sesiapa saja yang pakai baju kuning, pasti akan ditahan di road-block sekitar lembah Klang.

Aku penjawat awam, sepatutnya aku mempertahankan kerajaan. Tapi hakikatnya, ianya suatu tindakan yang cuba bodoh oleh kerajaan. Sampai berapa lama mereka fikir (orang-orang politik) dengan menggunakan jentera kerajaan, cuba menyekat kebebasan hak orang lain? Lama kelamaan, orang akan nampak dengan jelas.

Apa jua perkataan, kenyataan, kritikan orang-orang politik mengenai media internet, blog khususnya, mereka perlu sedar, orang yang ada di Malaysia sekarang adalah orang yang bijak-bijak belaka. Tidak lagi tinggal di bawah tempurung. Mereka ada akses untuk dapatkan informasi dalam apa jua cara dan di mana saja. Kalau mereka cuba disekat, ianya sesuatu yang amat-amat bodoh untuk dilakukan.

Ahli-ahli politik perlu berani dan sepatutnya mempergunakan sepenuhnya blog sebagai media propaganda mereka. Ini tidak, mereka cuba pula menghalang atau mengkritiknya. Ianya sama seperti cuba menghalang keretapi dari bergerak dengan tangan yang kerdil. Mereka akan dilanggar dan dihancurkan begitu saja.

Orang sekarang, terutama golongan muda mahukan ketelusan. Keseimbangan dan fairplay. Kalau itu ada, kalau Barisan Nasional berani bergerak dalam keadaan fairplay, aku pasti akan ramai golongan muda yang mahu mengikut mereka. Sehingga tiba waktu itu, polis yang mereka guna itu tetap akan dihina oleh rakyat. Kerajaan yang mereka pimpin itu tetap akan di label kerajaan pengecut. Tidak berani menghadapi rakyat diatas gelanggang yang adil dan saksama.

Raja adil, Raja disembah.
Raja zalim, Raja disanggah.
Mana satu anda mahu jadi?

No comments:

Post a Comment