21.11.07

Korang Salah Pintu Ye?

Berkaitan posting aku pasal pakaian perempuan. Aku tidak anti dengan pakaian perempuan. Malah ada kalanya ia menarik perhatian dan wajar dipuji. Aku akan puji mereka yang pakai pakaian yang cantik dan unik. Cuma aku sebutkan hal pembaziran. Kalau buat baju baru sebulan sekali hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk ataupun mungkin untuk menyatakan bahawa korang tak pakai baju yang sama dalam sebulan, ianya membuang masa, dan duit. Tambah-tambah niat korang nak suruh orang lelaki tengok. Ianya niat yang sangat-sangat membazir. Kebanyakkan orang lelaki tidak berminat. Mereka yang berminat teramat-amat mungkin dari golongan metroseksual, pereka fesyen dan pondan.

Aku dok melihat apa motif ramai-ramai orang yang masuk dalam blog aku ni. Aku nak buat list sini siap dengan penjelasan (ini berdasarkan list latest dalam hit counter aku)

1. Search Carian Google mengenai : Pujuk Lelaki Ego. Dapat link ke post aku yang ni -> Lelaki Yang Macam Perempuan. Aku sebenarnya cuba menghasut lelaki supaya kurangkan sedikit sifat ego dalam diri dan jadi berperasaan sikit. Itu saja.

2. Search Carian Google mengenai : Kena Buli Teruk. Dapat link ke post aku yang ni -> MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2. Entah kenapa. Padahal aku dok cerita pasal gambar. Mungkin aku ada masukkan perkataan buli kot.

3. Search Carian Google Indonesia mengenai : Harga Jam Bonia Saphire. Dapat link ke post aku yang ni -> Cari Hadiah Dalam Semak! Dalam tu ada la cerita pasal aku dok pegi jalan-jalan cari jam untuk hadiahkan kepada orang. Ada la cerita pasal jam bonia. Tapi baru ingat, sapphire tu cuma untuk kacanya saja. Muka jam guna Mother of Pearl.

4. Search Carian Google mengenai : Tukar Alamat MyKad. Dapat link ke post aku yang ni -> Barebone dan Backlog. Aku ada cerita sikit perihal tukar alamat dalam MyKad yang tak perlu korang tukar MyKad.

5. Search Carian Google Indonesia mengenai : Kelemahan Hard Disk PATA. Dapat link ke post aku yang ni -> PC Fairest Of The All.... Dahulu aku selalu bercerita teknik dan cara untuk beli komputer yang baik. Tapi memandangkan sekarang aku asyik berdepan dengan Apple sepanjang masa, aku dah lupa dengan PC. Ye, aku tahu aku tak sedar diri. Tapi Apple best.


Itu baru 5 search yang aku dapat trace dengan Hit Counter aku. Ada yang lain tapi malas aku nak tulis semua sini. Rupa-rupanya ramai yang sebenarnya bukan berniat nak masuk dalam blog aku. Cuma bila mereka search, blog aku antara yang teratas keluar dalam senarai keputusan carian, terutama di Google. Mungkin aku boleh penuhi hasrat mereka-mereka ini dengan menulis serba sedikit yang aku tahu mengenai apa yang mereka Search. Aku akan cuba nanti. Tapi aku mesti kaji dulu kekerapan keputusan Search mereka baru aku boleh pilih nak buat artikel yang mana satu.

Tapi seronoknya bila aku tengok hasil search mereka yang keluar di Google atau Yahoo!, blog aku akan keluar antara yang di atas. Puas.

No comments:

Post a Comment