Harini balik KL. 3 hari tanpa arah di Langkawi. Memang agak membosankan sebab satunya takde transport. Duanya, sebab datang tengah-tengah bulan selepas raya. Memang takde duit la. Maka sepanjang aku merayau-rayau nak beli barang walaupun bukan untuk diri sendiri, aku dok berkira-kira cukup ke duit aku sampai hujung bulan nanti. Ada 15 hari lagi nak kena lalui. Habis duit sini, habis la duit nak belanja sampai hujung bulan.
Entah apa yang aku nak beli. Coklat? KL pun ada walau mahal seringgit dua. Pinggan mangkuk? Aku nak buat apa? Baju? Mungkin sehelai dua baju. Mungkin tahun depan aku perlu datang lagi sekali kesini. Aku nak berjalan-jalan. Bukan nak bershopping. KL tu sampai tak larat nak ke shopping complex. Lebih kurang sama je. Aku nak ke pantai, nak naik kereta kabel, nak ke Telaga Tujuh yang belum aku pergi. Nak ke Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting. Hahaha. Mandi sana, kot-kot boleh awet muda, atau dapat anak???
Aku rasa Langkawi kena revamp dari segi produk. Takkan setakat coklat, alkohol, rokok, pinggan mangkuk dan beg saja? Lain-lain tu tak cukup menarik ke nak jual secara murah sini? Kenapa barangan elektrik sini lebih mahal dari di KL? Banyak lagi produk yang boleh dijual. Mana kraftangan? Sekurang-kurangnya ada kraftangan. Ini aku rasa aku nampak kraftangan Siam je yang banyak. Malas juga orang Melayu Langkawi ni yang jadi kreatif ye. Banyak benda boleh buat aku rasa. Cari la idea.
Flight jam 6.40 petang dengan jangkaan pasti akan berlaku kelewatan. Aku sebenarnya hairan. Semasa aku datang sini haritu. Pilot mohon maaf atas kelewatan kerana kapal terbang lewat tiba dari Hyderabad. Huh? Apa kes kapal terbang dari Hyderabad diguna untuk ke Langkawi pula? Patut la besar semacam je (Airbus A330-200). Mungkin salah satu faktor kelewatan yang MAS selalu hadapi tapi masih tak mahu akui, kapal terbang tak cukup. Nak minta beli baru takut kena marah. Atau tak mahu beli pesawat kecil yang baru sebab sedang tunggu Airbus A380 yang baru? Oh, bayangkan terpaksa guna A380 untuk ke Langkawi nanti. Ya, tak mungkin sebab landasan dan apron airport Langkawi takkan mampu terimanya. Okay, bayangkan Boeing 747 digunakan? Hahaha. Membazir. Patutlah AirAsia sentiasa untung. Mereka guna pesawat semaksima mungkin. Dan itu juga yang menyebabkan ianya lewat. Itu masalah sebenarnya, mungkin. Tak cukup pesawat. Turn-around jadi lambat. Ingat kapal terbang tu macam bas ekspress, boleh berhenti dan bergerak sesuka hati?
Agak rugi juga aku bawa kamera ribuan ringgit tanpa mengambil apa-apa gambar. Takpe, tahun depan sahaja. Siapa yang mahu ikut? Korang boleh belanja aku bilik hotel. Aku boleh ambil gambar korang seberapa banyak yang korang mahu. Setiap minit pun boleh (aku fikir setiap saat tak logik).
No comments:
Post a Comment