7.7.08

Akhbar Melayu Perosak Bangsa

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar Melayu yang amat bodoh. Mungkin wartawan-wartawan dan ketua editor mereka adalah budak sekolah tadika yang diambil bekerja atas alasan, mereka takkan melawan cakap orang tua.

Kamu menghina diri sendiri tau tak, Utusan Melayu? Bila orang seluruh dunia heboh mengenai kampung tergadai, kamu sibuk berceritakan mengenai Pak Kadok tak pakai seluar dalam. Bila orang seluruh dunia heboh mengenai Luncai yang terjun dengan labunya, kamu sibuk berceritakan mengenai ikan yang nampak Luncai dalam air. Ah, kamu Berita Harian pun sama. Jangan bagi aku ulas pasal Metro dan Kosmo!

Kamu memang berniat untuk karatkan pemikiran orang-orang melayu ye? Atau memang kamu ada tugas yang amat besar iaitu merosakkan pemikiran orang melayu supaya mereka tidak boleh berfikir dengan waras dan hari-hari perlu baca akhbar mengenai kejadian aneh, kes-kes seks dan cerita mengenai buah betik yang berbuah di dalam...

Kamu tahu apa pengarang-pengarang dan ketua editor Utusan Malaysia (juga untuk semua akhbar melayu arus perdana lain), kamu adalah perosak bangsa. Ingat tu, PEROSAK! Kamu menindas orang melayu supaya berfikiran lebih buntu dan berakal lebih singkat.

Eh, sepatutnya aku tak perlu marah atau tegur kamu pun. Kamu bukan faham...

1 comment:

aku_ayu said...

emmm... yah.. sokong. memang ada benarnya..

Post a Comment