Sepanjang minggu ini sibuk dengan persembahan slaid untuk pelawat-pelawat yang mengunjungi JPN. Mereka datang dari dalam dan luar negeri. Maka bahasa slaid juga berbeza untuk pelawat-pelawat tersebut. Mungkin ianya menjadi agak mudah kerana aku mengguna perisian Apple Keynote 3.0 yang lebih efisien daripada PowerPoint. Mungkin juga aku menggunakan iMac, membantu menyempurnakan tugas aku dengan lebih selesa.
Seperti tadi, sedang sibuk bos memberi kata-kata aluan, aku tersedar dalam slaid tidak diletakkan jadual atur cara seperti yang dikehendaki beliau. Sedang muka pertama slaid sudah siap terpapar di skrin. Nasib baik sebelum pelawat datang aku sudah buat setting wallpaper skrin projektor dengan imej yang sama dengan muka pertama slaid. Jadi aku cuma perlu escape dari slide-show kemudian edit dengan kadar pantas (menambah jadual atur cara). Seminit, siap (aku boleh menaip dengan pantas...) dan tanpa sesiapa menyedarinya.
Apple Keynote tidak banyak beza konsep dengan Microsoft PowerPoint. Ada slaid dan pengisian slaid sama dengan PowerPoint. Cuma setakat itu persamaannya. Semua kontrol untuk edit isi kandungan slaid terletak dalam tool Inspector. Disinilah kehebatan Keynote terserlah. Efek transisi slaid Keynote sangat hebat, seperti kita melihat filem-filem Hollywood atau persembahan Steve Jobs di konvensyen-konvensyen Apple dan Al Gore semasa membuat persembahan dalam dokumentari An Inconvenient Truth. Sememangnya mereka berdua menggunakan perisian Apple Keynote untuk persembahan mereka.
Ada kelemahan Keynote. Contohnya limitasi keupayaan melukis menyebabkan kita terpaksa bergantung dengan bentuk-bentuk preset yang sedia ada. Tapi kelemahan yang ketara aku fikir Apple patut perbaiki adalah ketidakupayaan untuk membuat WordArt seperti yang terdapat dalam perisian Microsoft Office. Jadi font dan word art dalam Apple Keynote kelihatan biasa walau masih hebat.
Keistimewaan paling menarik dalam Keynote adalah keupayaan Keynote untuk membaca fail Microsoft PowerPoint 2003 dan kebawah tanpa banyak masalah. Malah fail Keynote juga boleh kita eksport kepada PowerPoint dengan mudah tanpa menjejaskan kualitinya.
Buat masa ini Apple Keynote yang datang bersama perisian iWork keluaran Apple Inc. hanya boleh dijalankan dengan sistem operasi Apple OSX saja. Aku tidak fikir ianya sesuai untuk di port ke Windows. Windows tidak cukup cool untuk menerima Keynote. :-)
2 comments:
Salam.
Masih ingat lagi pertamakali buat presentation guna professional write... tak tau la itu software generasi ke berapa.
Kini semuanya serba mudah. Guna saja Microsoft Office, tampal dan taip. Imej yang dihasil memang cantik.
Tapi hati rasa kurang puas sebab kretiviti yang kita ada digunakan sedikit saja.
Tapi dah generasi sekarang bekerja macam tu... kita orang lama ikut saja la... takut nanti semakin jauh ditinggalkan arus ict.
Salam.
Masih ingat lagi pertamakali buat presentation guna professional write... tak tau la itu software generasi ke berapa.
Kini semuanya serba mudah. Guna saja Microsoft Office, tampal dan taip. Imej yang dihasil memang cantik.
Tapi hati rasa kurang puas sebab kretiviti yang kita ada digunakan sedikit saja.
Tapi dah generasi sekarang bekerja macam tu... kita orang lama ikut saja la... takut nanti semakin jauh ditinggalkan arus ict.
Post a Comment