Kak Musratulniza Mustaffa (Link FaceBook) adalah kakak angkat aku sewaktu aku form 2 sehingga form 3. Sekarang dia bekerja sebagai setiausaha Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Aku tak rapat sangat dengan Kak Mus. Mungkin sebabnya aku masih tak faham konsep adik angkat, kakak angkat ni. Aku masuk maktab dan memang aku sebenarnya tak kenal langsung dengan Kak Mus. Tapi kalau tak silap aku, masa minggu orientasi tu, beliau adalah mentor untuk kumpulan aku. Entah, aku tak ingat sangat cerita aku dengan dia. Memang tak rapat sangat pun.
Aku masih mencari dua orang kakak; seorang adalah kakak angkat, kak Rafizah yang amat baik dengan aku dan seorang kakak yang minta aku jadi abang angkat dia, kak Hasnizah, orang Perlis. Kali terakhir aku terserempak dengan dia semasa pertengahan 90an di Kompleks PKNS Shah Alam. Kak Rafizah memang aku langsung tak jumpa lepas keluar dari maktab.
Kemudian aku jumpa satu blog yang aku fikir mungkin blog adik angkat aku dan Renny, blog Dr. Fadzidah. Aku tak pasti samada beliau adalah Fadzidah yang pernah couple dengan Hadzrie Khan (ingat lagi tak Carrie?) atau orang lain. Tapi pastinya Fadzidah adalah seorang doktor (kali terakhir aku dengar). Aku sudah lupa nama bapanya. Tapi tengok profile Dr. Fadzidah dalam blog tersebut, memang beliau berumur 32 tahun. Kira nama dan umur dah betul. Jawatan pun betul. Jadi aku emel minta kepastian. Tengok apa jawapannya nanti...
Terkini
Memang confirm dia Fadzidah yang pernah aku kenal... Padahal Linda sudah pun jadi mutual friend dia dalam Facebook, ye.
Banyak gunanya internet ni ye...
1 comment:
Dan, Rafizah kakak angkat hang tu la jadi cikgu kat seberang jaya kot.. dia duduk di sungai dua mainland. aku baru baca blog hang nie.. kalau hang nak nanti aku amik contact no dia.. aku kenai dia sebab dia nie stepdaughter pakcik aku.. (Ayarm)
Post a Comment