Lusa reunion ex-student MRSM Balik Pulau batch 89. Atau lebih glamer digelar ex-MRSM BP 89ers. InsyaAllah aku akan menyertai mereka nanti. Tapi ke Maktab aku masih tak pasti. Rasanya malas tapi teringin pula nak ambil gambar. Naluri fotografi aku tiba-tiba mengajak aku kesana. Puncanya sedang aku asyik membelek-belek majalah Nostalgia, aku terlihat gambar aku sedang memegang sebuah kamera SLR jenama Nikon. Entah, aku sudah lupa modelnya. Tapi itu adalah kamera maktab dan aku ketika itu adalah jurufoto maktab.
Sepatutnya aku berterima kasih kepada Amron Roni kerana dia mengajar aku teknik-teknik asas fotografi. Kalau tidak memang aku langsung tak mahir menggunakan kamera SLR. Ada beberapa shot yang aku ingat memang aku yang ambil. Tapi aku masih tidak boleh lupa si Joke, ketua editor Nostalgia merosakkan segulung filem kerana sedikit masalah peribadi. Marah pun ada tapi aku disabarkan oleh Amron. Tak, aku tak berdendam. Ketika itu saja yang aku marah.
Aku asyik membelek-belek Nostalgia dan baru tersedar bahawa ada juga nama aku terselit dalam artikel. Ianya berkaitan dengan minggu Bahasa Inggeris dimana telah diadakan satu pertandingan, Crazy Invention. Apa saja rekacipta yang bersifat 'crazy'. Aku dan SAS (korang budak maktab cari sendiri nama penuh dia) mewakili kelas 5A. Satu lagi penyertaan kelas 5A ialah oleh Amron kalau tak silap. Rekacipta aku adalah 'Crazy Shoe' dimana tapak kasut boleh ditukar kepada jenis tapak yang lain bergantung kepada penggunaannya. Aku masing ingat Amron dan Aida sanggup derma kasut mereka untuk aku jahanamkan sehingga menjadi rekacipta tersebut. Menarik. Kasut sukan Amron dan kasut jalan Aida jadi mangsa. Akhirnya kami jadi juara. Tapi patutnya, SAS diberi penghargaan sebab dia yang banyak buat penjelasan.
Menarik apabila membaca kembali Nostalgia. Aku tahu mutu penerbitannya agak rendah dan tidak memuaskan hati. Tapi cukuplah untuk sentiasa dikenang. Aku pernah cadangkan tidak lama dulu agar Nostalgia 92 ini dibuat kembali (remake) dan disalut dengan kertas keras (hard-cover) dengan isi kandungan berwarna sepenuhnya. Boleh. Aku sedia convert semua design tersebut kepada InDesign untuk percetakan. Tapi kena ambil sumber asal. Mana nak cari semua tu? 15 tahun dah berlalu...
Ya... banyak kenangan. 15 tahun tapi masih dalam kenangan. Mungkin aku jenis yang suka hidup dengan kenangan. Jadi, biarkanlah.
Esok aku balik kampung. Aku akan ke Pulau Pinang dari sana. Tidur tidak pasti di mana lagi nanti. Janji aku boleh sertai dinner pada Sabtu malam nanti.
1 comment:
happy reunion batch 89..!!
sorry tak dapat nak join.
tak sabar nak tunggu ulasan idan tentang dinner tu nanti. miss a lot you guys..
Post a Comment