Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
Semasa di sekolah dulu, subjek paling aku suka adalah Geografi. Sehingga seorang cikgu Geografi aku meminta kertas soalan SRP (ye, sebelum PMR) yang baru lepas aku jawab untuk dia periksa. Dia kata dapat A1.
Kenapa? Kerana melalui Geografi aku mengenal dunia. Aku suka pada gambar-gambar dalam buku teks Geografi yang memaparkan suasana dan kehidupan manusia di pelusuk alam. Sementara itu aku bayangkan aku berada di tempat tersebut. Mungkin disebabkan itu, aku minat dengan fotografi.
Bandar Kuantan, Pahang
Jadi setiap kali aku ke Facebook, aku akan lihat gambar-gambar kawan-kawan yang ada. Aku tidak sangat melihat mereka tapi lebih melihat apa yang ada di belakang mereka. Lokasi mereka berada dan harapkan (jauh di sudut hati) aku dapat kesitu juga.
Akhirnya apabila berkarier dan karier yang perlu duduk di kubikel sepanjang masa, aku langsung tak kemana. Kalau berjalan di hujung minggu pun, sekadar yang dekat. Masalahnya, apa yang kamu mahu lihat di sekeliling Selangor dan Kuala Lumpur? Tiada ada yang menarik. Sesak dan panas.
Sepanjang Jalan Dari Manjung ke Teluk Intan
Setiap kali aku bertugas di sebagai urus setia di Cameron Highland dahulu, aku bukan suka kerana tugas. Tapi lebih sukakan suasananya. Segar dan permandangan yang indah (walaupun sungainya amat-amat tercemar...). Salah satu sebab aku terima undangan untuk bertukar ke bahagian Latihan suatu ketika dahulu adalah kerana andaian aku dapat berjalan dan melihat tempat orang. Ya, sekurang-kurangnya aku dapat lakukan walaupun tidak sekerap mereka yang lain. Kalau rakan-rakan sekerja, mereka kebanyakkannya lebih berminat untuk membeli belah apa yang ada di sesuatu tempat. Aku lebih suka berjalan dan melihat keadaan tempat tersebut. Nampaknya aku agak terlewat membeli kamera SLR. Kalau tidak, pasti banyak gambar lokasi-lokasi yang pernah aku pergi.
Lumut, Perak
Mahu saja aku bercuti lama atau berhenti kerja. Aku mahu berjalan-jalan dan melihat dunia. Itu pun kalau aku modal dan tenaga untuk melakukannya. Tenaga ada, modal yang susah hendak aku sediakan.
Jadi buat masa ini aku hanya mampu melihat potret-potret di Facebook kawan-kawan dan juga menelusuri internet.
No comments:
Post a Comment