15.8.08

Jumaat Petang Tadi

Clone Wars


Malam semalam aku menonton Star Wars : The Clone Wars. Pada pendapat aku, filem ini jauh lebih baik dari Star Wars episod 1 hingga 3. Walaupun ianya cuma animasi, jalan ceritanya ada menarik dan aksinya sungguh menghiburkan. Aku begitu teruja ketika Anarkin dan Ahsoka bersama tentera klon menyerang sebuah monastery yang tinggi di puncak sebuah gunung(?). Efek dan selingan muzik yang amat menarik menyebabkan dalam kepala ini terfikir, kenapa George Lucas tidak filem sebenar begini.

Tidak ramai yang datang menonton walaupun di hari pembukaan. Jelas orang kita lebih suka untuk menonton Wall-e dan Susuk. Star Wars dalam bentuk animasi mungkin agak janggal bagi sesetengah orang.

Bagi aku, ianya penting kalau kita hendak faham apa yang berlaku antara episod 2 dan 3 dalam filem sebenar. Apa yang dibebelkan antara Obi Wan dan Anarkin dalam filem sebenar dijelaskan dalam The Clone Wars. Selepas dari filem The Clone Wars ini, akan ada pula siri animasi TV sebanyak 100 episod yang merupakan sambungan dari filem The Clone Wars. Khabarnya akan ditayangkan di Cartoon Network tidak lama lagi. Maka aku terpaksa melanggan siaran kartun di Astro nanti.

Filem seterusnya aku akan tonton di wayang adalah Wall-e. Esok lusa mungkin. Susuk? Kamu fikir aku apa?

Makan

Ada seorang sahabat yang mengadu hairan kenapa aku sudah tidak lama bercerita mengenai makanan di dalam blog ini. Aku bukan pengkritik makanan yang dapat membezakan makanan yang sedap dan tidak (kecuali yang amat-amat jelas). Aku cuma suka makan dan mungkin ini yang menyebabkan aku gemuk. :-p

Manusia I

Kalau di pejabat, seorang bos itu sebenarnya adalah manusia paling kerap dikutuk, dihina, dikritik dan dijadikan objek untuk melepaskan geram oleh orang-orang bawahannya. Namun, jarang sekali orang bawahan ini meluahkan semua itu di hadapan bos mereka sebagai tanda protes. Lebih selalu yang berlaku adalah mereka meluahkan kata-kata sinikal sesama mereka.

Bos aku menegur sesetengah orang bawahannya (ada yang bukan dari bahagiannya sendiri) kerana bermain karom dan internet waktu pejabat. Juga turut dibangkitkan adalah suasana bising yang ditimbulkan oleh mereka ketika bermain.

Akibat rasa tidak puas hati orang bawahannya ditegur sebegitu, mereka meluahkannya dengan kata-kata sinikal sesama mereka. Protes mereka dengan cara begitu.

Kamu tahu, aku juga amat-amat tidak senang dengan jeritan bising mereka. Mengganggu tumpuan aku dan masa rehat aku. Ya, masa rehat mereka juga. Tapi bukan bermakna waktu rehat mereka, mereka boleh mengabaikan hak orang lain. Cuma aku tak ingin bersuara. Kerana aku tahu dibelakang aku, banyak perkara buruk yang diperkatakan. Jadi kalau aku bersuara, maka makin buruklah bunyinya nanti.

Aku tak kisah kalau mereka hendak bermain. Mainlah sepuas hati mereka. Tapi jaga perasaan orang lain. Orang diam bukan bermaksud orang tak kisah. Orang diam kerana tidak mahu bersengketa kerana dan aku faham perangai mereka. Kebanyakkan dari mereka itu tidak senang bila ditegur.

Lagipun aku percaya sukan yang mereka kemaruk sekarang ini tidak lama bertahan. Lambat laun pasti akan bosan dan mereka berhenti bermain. Jadi, biar saja aku tunggu sampai waktu itu untuk aku berasa sikit damai waktu rehat. Itu juga punca kenapa aku kurang menulis sekarang. Idea terganggu dek jeritan mereka. Realitinya begitu.

Manusia II

Ada juga situasi di pejabat apabila kamu tidak lagi bertugas dalam unit tersebut, kamu begitu malas untuk 'menolong' bila diminta. Alasannya kamu sibuk di unit baru. Biar betapa rendah sekalipun gred kerja kamu, orang atasan unit lain masih ada kuasa terhadap kamu.

Aku sedar suatu ketika dahulu aku juga begitu. Namun aku tidak menunjuknya dihadapan pegawai atasan. Nasib baik. Kerana sekarang aku sedar risikonya.

Kalau kamu berpangkat rendah dalam sesuatu organisasi dan pernah bertugas di unit A dan kemudiannya bertukar ke unit B, suatu hari datang bos dari unit A meminta tolong dari kamu, jangan kamu kata dia tiada hak atas kamu. Jangan kamu meninggi suara kerana fikiran kamu dia sudah tidak bertanggungjawab keatas kamu. Itu perbuatan yang bodoh.

Bos itu ada mulut, ada mata dan boleh bertindak walau berapa jauh sekalipun dia dari kamu. Dia boleh saja menghukum kamu secara tidak langsung walau hanya dengan kata-kata dan aduannya. Cukup untuk menjatuhkan kamu sekelip masa. Kamu beruntung kalau dia seorang yang penyabar dan pemaaf. Kamu akan terasa berada di neraka jika sebaliknya.

Tunjuk Perasaan Pelajar UiTM

Aku alumni UiTM. Apa yang kamu buat sekarang adalah tindakan bodoh yang menggambarkan pemikiran cetek kamu sekarang. Itu saja.

2 comments:

aku_ayu said...

- nampaknya, saya bukanlah org yg tergolong dlm mereka yg meluahkan kata-kata sinikal dibelakang bos. saya adalah sebaliknya. saya akan protes depan bos. tp dia buat muka blur je, malah tetap memuji (tak pasti ikhlas ke tak..) saya bagus sbb walaupun saya marah2 dan tak puas hati, semua tugas yg tak masuk akal tu tetap saya laksanakan. paling2 pun dia akan minta maaf pd saya. dia tersepit katanya. aduh.. kenapalah dia mcm tu..!!

- ya, tindakan pelajar uitm tu mmg satu tindakan bodoh & pemikiran yg cetek. buat malu aje.

Anonymous said...

agak2 boleh beritahu tak kenapa awak kurang setuju dengan tindakan pelajar uitm?

well,if u dont mind...

Post a Comment