Mulanya aku fikir aku adalah bersifat ambidexterity atau berkeupayaan mengawal sepenuhnya pergerakan kedua-dua belah badan kita. Aku tidak sampai kesitu rasanya. Aku masih tidak boleh menulis dengan baik menggunakan tangan kanan tetapi amat mahir dengan perkara lain menggunakan tangan kanan walau secara jelasnya, aku bersifat kidal. Tapi aku juga bukan kidal sepenuhnya.
Kidal sepenuhnya adalah bila mana seseorang hanya boleh bergantung kepada sebelah kiri badan saja dalam melakukan majoriti perkara seharian. Begitu juga orang yang dianggap pengguna tangan kanan. Mereka ada right-handed tegar apabila hampir semua kerja mereka adalah melalui badan sebelah kanan sahaja.
Aku pula tidak. Menulis, tangan kiri. Menggunakan mouse, tangan kanan. Makan dengan sudu dan garpu, tangan kiri. Makan dengan tangan, tangan kanan. Tendang bola, kaki kanan. Mengambil sesuatu barang, tangan kiri.
Umumnya, aku agak cenderung kepada tangan kiri. Itu yang aku fikir. Tetapi tangan kanan dan juga kaki kanan aku boleh menjalankan fungsi autonomi yang baik. Tidak kekok dan tidak pula terencat perbuatan. Maka, aku bukanlah seorang yang kidal sepenuhnya.
Aku adalah crossed-dominance.
Apa pula keadaan kamu?
2 comments:
Aku..menulis tangan kiri, tapi potong bawang, bowling, raket badminton, fishing, tebang pokok guna tgn kanan(tangan kanan macam lebih kuat )...ada member skolah aku, terbalik...menulis lukis kanan...tapi lain2 tangan kiri..(tangan kiri dia lebih kuat) ...dan kami berdua lepasan MRSM BP
tangan kiri saya pandai menulis,melukis, menggunting dan main gitar left-handed.
yang lain2 semua tangan kanan..main badminton, guna mouse, gosok gigi, iron baju..
Post a Comment