10.3.09

Cerah

Cuaca tidak selalunya mendung. Hidup tidak selalunya suram. Ada waktunya, apabila kita berpeluang melihat suasana sebegini di tengah perit jerih kerja; aman.

Sekitar jam 12 tengahari di pejabat, aku menjenguk ke luar tingkap. Terpegun melihat langit yang begitu biru dan cahaya yang begitu cerah menerangi pelusuk Putrajaya. Kerana sebelum ini aku siarkan gambar mendung yang menyelubungi Putrajaya, gambar-gambar ini pula adalah penawarnya.



Apabila melihat awan-awan berarak, aku sering teringatkan suatu cerita anime Jepun karya Miyazaki Hayao dari studio Ghibli bertajuk Laputa : Castle In The Sky. Sering secara diam aku seperti cuba melihat-lihat kalau benar ada istana di atas awan seperti yang tergambar dalam filem tersebut dan juga dalam buku Gulliver's Travels karya Jonathan Swift.


Dan setakat jam 1.20 tengahari ini, suasana masih tetap sama; langit masih biru dan awan masih memutih indah. Kalau setiap hari begini, aku bakal tersenyum setiap masanya.



Terima kasih, Tuhan.

2 comments:

Ain said...

Memang cantik.

Dari rumah saya langit terlalu cerah.. tak nampak biru tapi putih. Tak tahan nak lihat terlalu lama, silau mata.

:)

Wan08 said...

Seperti telah saya katakan, gambar yang saudara ambil adalah berseni. Jika ada peluang, mengapa tidak dipamerkan di galeri.

Post a Comment