Namun angin hari ini agak kuat menyebabkan belon tidak boleh dinaikkan. Lewat petang barulah belon-belon ini naik. Untung juga cuaca hari ini amat cantik dan nyaman.
Pemandu kereta mencari ruang meletak kereta. Akhirnya ruang tepi jalan itu juga yang jadi tempatnya. Padang yang kosong dan luas itu? Terbiar saja. Tiada jalan untuk masuk.
Belon-belon udara panas mula naik satu persatu setelah lewat petang. Namun cuaca amat cantik dan cerah.
Shot ini aku sengaja ambil kerana bangunan di kanan itu adalah bangunan JPN. Aku suka awan di jauh sana.
Dari arah yang sama dalam bentuk potret pula. Lebih bertambah cantik awan sana. Belon masih ada dalam gambar ini. Seperti belon itu terbang begitu tinggi walau hakikatnya cuma beberapa ratus meter saja dari darat.
Jalan di luar sana amat sibuk dan jem. Jadi, terpaksalah aku tunggu lebih lama di dalam pejabat ini.
1 comment:
dah terlepas nak join event mcm ni ...
terpk .. y big event selalu kat KL or Putrajaya jerk ... Malaysia kan ada 14 negeri 3 wilayah, sepatutnya acara mcm ni lah boleh promosi negeri or tempat lain kat Malaysia
Post a Comment