Sedang aku berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah baru di Damansara, aku teruja memerhatikan seorang lelaki memegang sekotak tisu. Lebih menarik, kotak tisu itu sudah terbuka dan dia sedang menggunakannya.
Biasa aku lihat orang guna tisu dari dalam plastik kecil. Nampaknya lelaki itu lebih berpuas hati dengan sekotak besar tisu. Mungkin selsemanya agak teruk.
Anak Kucing
Dalam perjalanan ke pejabat, aku terpaksa berhenti secara tiba-tiba bila sebuah lori membawa ais segera berhenti mengejut di hadapan. Kelindan lori turun dari lori dan menjenguk-jenguk ke bawah lori. Aku perhatikan dari jauh dan barulah aku sedar dia sedang mencari anak kucing kecil yang mungkin baru beberapa hari lahir.
Masih hidup.
Aku kagum dengan keprihatinan dan belas ehsan pemandu dan kelindan lori tersebut. Kucing sekecil itu mereka sedari dan cuba untuk menyelamatkannya. Kalau di jalanraya biasa, aku pasti anak kucing itu akan hancur digelek tayar kenderaan.
Transformers : Revenge Of The Fallen
Aku sudah menontonnya semalam. Mahu saja aku ceritakan semuanya di sini. Namun begitu aku sedari kamu juga mahu menontonnya dan lebih baik aku biarkan saja kamu laluinya sendiri.
Kalau kamu adalah peminat filem aksi dan mahukan aksi sepanjang masa, ini filem untuk kamu. Kalau kamu mahu jalan cerita dan bual bicara yang hebat ala Good Will Hunting atau Forrest Gump, kamu sudah tersalah filem.
Transformers 2 bukan untuk pengkritik filem yang mahu melihat filem dalam sudut sebegitu. Transformers 2 adalah filem untuk kanak-kanak atau sesiapa saja yang pernah teruja menonton rancangan kartun Transformers sekitar 80an dulu. Mereka ini yang selepas menonton filem ini akan membayangkan kereta mereka adalah sebuah robot transformers dan mulut mereka akan cuba membunyikan transformers sedang berubah bentuk. Untuk mereka. Bukan untuk pengkritik filem dungu.
Jualan Murah
Aku berjalan-jalan di sebuah pasaraya di Alamanda. Ada jualan murah. Baju kemeja kerja yang menarik dengan harga yang amat berpatutan (kerana ianya jenama yang agak mewah). Aku tidak kenal satu pun warna baju-baju tersebut. Tertera di label baju, warna baju tersebut ditulis dengan nombor 16, 2, 1 atau 4. Apa?
Apa warna 16? Setahu aku warna adalah merah, kuning, biru, hijau, putih, hitam, ungu, coklat, oren dan lain-lain. Aku sepatutnya saman pengeluar baju tersebut. Atau aku patut saman pasaraya tersebut. Ianya menyusahkan orang rabun warna seperti aku. Aku tiada hak ke?
Kemudian aku melihat seluar. Dan perut. Aku fikir aku perlu lebih serius berdiet. Jadi aku tinggalkan pasaraya yang sedang menawarkan jualan murah dengan satu azam. Aku tidak akan beli apa-apa pakaian sehinggalah bentuk badan aku kembali kepada keadaan yang sepatutnya. Biar padan muka sendiri tak dapat pakaian baru.
Betul, baju raya pun aku takkan beli/buat kalau badan aku masih tidak berubah.
Aku masih fikir adakah aku patut saman pengeluar/pasaraya yang tidak beritahu aku warna sebenar pakaian mereka. Renny, boleh tolong? Heh.
2 comments:
nak diet ek?? Hehehe.... Meh kiter diet sama2 :)
Awak tu tak sepatutnya diet. You look much better dulu. :P
Post a Comment