Sudah lama tidak menonton teater. Amat lama. Kali terakhir rasanya pada tahun lalu di Aswara, melihat pelajar melakon teater yang entah apa tajuk. Aku menonton di pertengahan jalan setelah selesai berhibur dengan irama etnik di panggung sebelah.
Cemburu aku sebenarnya dengan mereka. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu buat. Sedang aku sebenarnya mahu juga buat apa yang mereka sedang buat. Tapi aku sedar aku bukan orang seni seperti mereka. Aku boleh sekadar menulis di sini. Tidak lebih dari itu. Bermain gitar yang sejak belasan tahun aku mahu lakukan, masih aku belum lakukan.
Begitu juga bermain piano dan biola. Malah aku begitu minat dengan seni tari melayu, tetapi tidak pernah cuba untuk menyertai kumpulan seni tari di pejabat walaupun hampir setiap hari aku turun melihat mereka berlatih. Aku pernah menulis mengenai mereka di dalam buletin JPN suatu ketika dulu.
Melalut. Aku perlu bergerak sekarang.
3 comments:
huuuu iri hatinya... tak dpt tgk mana setangginya... best tak?
Boleh lah. Hehe. Kalau rating, boleh bagi bagi 7/10
pari2nya cantik :)
Post a Comment