Aku mahu jadikan blog frossonfire sebagai blog berfoto atau photoblog. Namun penyumbang artikel/foto/cerita adalah kamu sendiri. Aku sudah menjemput beberapa orang pembaca di frossonice.com untuk menulis di sana. Kalau ada pembaca lain atau mereka yang tersinggah di sini/sana berminat untuk menyertainya, emelkan alamat emel kamu kepada aku.
Apa yang hendak diceritakan? Ini cadangan aku;
- Kamu rakam gambar suasana di sekeliling kamu. Apa saja. Alam, kucing, tikus, baju, air, batu, kereta, bulu kening kamu sendiri... Apa saja. Kamu boleh rakamkan dengan apa jua kamera tetapi pastikan gambar yang kamu rakam itu jelas dan difahami orang lain.
- Kemudian kamu upload di sana dan terangkan secara ringkas (tidak kira walau hanya sepatah kata) mengenainya.
- Aku galakkan orang lain yang membaca memberi komen. Kamu berikan padangan kamu sendiri mengenai gambar-gambar yang disiarkan di sana.
- Aku harap semua gambar itu tidak perlu dibuat hak cipta. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Kamu cuma perlu labelkan setiap post kamu dengan pengenalan diri kamu sendiri. Contohnya kalau post itu aku yang tulis, labelnya adalah frossonice. Itu saja.
- Gambar tidak perlu terlalu besar. Cukup lebar atau tinggi maksima sekadar 400 piksel (400px).
- Kamu boleh upload seberapa banyak gambar yang kamu mahu untuk setiap post kamu.
- Kamu tidak perlu malu dengan kebolehan kamu mengambil gambar. Itu tidak penting. Apa yang penting adalah ada sesuatu yang hendak diceritakan melaluinya (walau tidak dengan baris-baris kata).
- Kalau kamu hendak menulis juga tanpa ada gambar yang hendak disertakan, boleh. Aku galakkan juga.
- Gambar tidak akan menjadi hak milik sesiapa. Malah tidak akan menjadi hak milik aku pun. Kamu bebas untuk menariknya balik (delete post kamu) sekiranya kamu mahu,
- Jangan letak gambar lucah dan provokatif. Itu saja.
Apa manfaat yang boleh kita perolehi melaluinya? Aku rasa banyak. Cuma aku senaraikan apa yang terlintas di fikiran.
- Ruang untuk kamu mengasah kreativiti.
- Kamu tidak akan bosan dengan melihat koleksi gambar aku semata-mata. Hahaha.
- Agar kita lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita melalui lakaran potret kehidupan melalui sudut pandangan kamu sendiri.
- Kita belajar untuk berkongsi sesuatu dan kita lepaskannya menjadi hak milik umum kerana kita tahu, segalanya yang ada pada kita hanya pinjaman. Ceh...
- Ianya pasti lebih menyeronokkan. InsyaAllah.
Apa lagi, mulakan sekarang. Mudah saja. Kalau telefon bimbit kamu ada kamera, rakam saja apa yang ada disekeliling kamu; baik senja yang menjelang tiba atau nasi yang kamu hendak jamah. Kemudian post di sana. Ceritakan sedikit kalau boleh. Kalau tak boleh, biarkan saja gambar itu.
Kamu yang aku tidak jemput, kirim emel kamu kepada aku sekiranya berminat. Kamu juga boleh menyumbangkan karya.
Emel : ahmadsharidan@gmail.com
8 comments:
wawah..best2..nanti kite jenguk dan komen2..
Tengok je? Join sekali la. :P
cam menarik jer. kamera cap ayam konpem boleh ek hehehe..
Cap itik pun boleh. Cap flamingo pun laaaggiiii boleh. :P
flamingo?? :P
hmm.. blog sndiri pun ala2 hidup segan mati pun segan... inikan pula mahu menyumbangkan bakat terendam dlm fotografi di blog org yg pakai kamera lensa berjela2...
hahaha... insyaallah...kalau rajin, ya?
terima kasih kerana menjemput :)
Motifnya bukan untuk cari gambar tercantik. Sebab itu bagi contoh paling asas dengan cuma guna kamera telefon bimbit.
Hehehe.
I think, you will come to the correct decision. Do not despair.
Post a Comment