18.6.09

Fotografi Mental

Sudah dua hari langit membiru dan awan memutih di luar sana. Sejak dua hari ini jugalah aku tinggalkan kamera di rumah. Nasib.

Seperti sewaktu di Kedah tempohari. Aku bawa kamera tetapi tertinggal baterinya.

Betul seperti selalu yang aku hasratkan; apabila aku berada di sesuatu tempat baru, amat jarang aku merakamkannya dengan lensa kamera. Bila ditanya kenapa, jawapan aku mudah. Pengalaman pertama ini aku hendak nikmati sendirian tanpa berkongsi dengan orang lain. Kalau aku datang lagi kemudian nanti, barulah aku rakamkan dengan lensa kamera.

Itu yang berlaku ketika pertama kali menjejakkan kaki di Langkawi sekitar 2003. Aku pergi seorang diri dan nikmatinya seorang diri. Tidak banyak gambar yang aku rakam. Aku lebih banyak memerhati. Kali kedua datang bersama rakan-rakan, barulah aku merakamkan suasana di Langkawi.

Ada sahabat berkata, apa yang aku lihat pertama kali mungkin sudah tidak sama apabila kita melihatnya kali kedua nanti. Betul juga. Apabila aku ke Langkawi bersama kawan-kawan, kami tidak berpeluang untuk berkunjung ke "Summer Palace", set penggambaran filem Anna And The King kerana ianya sudah rosak (maklumlah diperbuat daripada foam dan softboard).

Atau ke Pantai Cinta Berahi di Kelantan. Terbaru aku pergi minggu lepas, apa yang aku lihat tidak sama dengan pertama kali aku sampai di situ sekitar 1996 dulu. Pantainya sudah semakin kecil dan berbatu. Tidak luas dan lebar seperti lebih 13 tahun lalu.

Cuma, aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan daya ingatan fotografik yang agak baik. Aku boleh bayangkan suasana masa lalu dengan jelas (walau tidak semua) dan tepat. Malah ada waktunya aku seperti berada di situ walaupun ketika itu aku sedang menaip baris-baris ini.

Oh ya, ini catatan aku ke 298 untuk tahun ini. Sama dengan jumlah keseluruhan cacatan aku tahun lepas. Dan ini baru separuh tahun!

8 comments:

Anonymous said...

hari ini daya ingatan mungkin agak baik. tapi esok lusa kita tak tau. jadi tak salah kalau bersedia lebih awal kan? :)

Ahmad Sharidan said...

Makan kismis. Hehe.

Anonymous said...

makan kismis konfem leh membantu ker? :P

Ahmad Sharidan said...

Makan kismis tu untuk rasa sedap. Membantu ke tak, entah. :P

DuRiAn rUnTuH said...

hihi..makan kismis..emm,byk giler post..byk betul idea+gambar2..

Anonymous said...

hi lord!!! :)

guess who?it's YeLLoWSunBLazE.still remember me?hehe... good day to u..just dropping by.

Ahmad Sharidan said...

Oit Ida Izwani! Hehehe. Nombor phone pun ada lagi ni ha (kalau tak tukar la).

Yellowsunblaze - the nicest nickname on the web. :D Still is.

tenno said...

Ooo Lord mcm penah dgr dulu.. #pekasam kot.. -Tenno

Post a Comment