Ini alasan aku.
Aku berfotografi bukan untuk tujuan komersial. Sekadar hobi (kerana sejak dulu aku tidak pernah ada hobi yang jelas). Jadi aku fikir setiap gambar yang aku rakam bukanlah dengan niat komersial; untuk dijual atau diperolehi keuntungan melaluinya.
Aku dapat rasakan, semakin aku selalu merakamkan suasana alam melalui lensa kamera, semakin aku dekat dengan alam dan penciptanya. Kamu sendiri sedar bahawa kebanyakkan gambar yang aku rakam adalah gambar suasana alam. Kalau aku letak harga kepada setiap rakaman itu, berapa pula harga yang aku perlu bayar kepada penciptanya?
Alasan standard, ya? Tapi realitinya aku sendiri masih amatur dan kurang mahir dengan fotografi. Mana mungkin apa yang aku rakam boleh mencapai standard yang baik seperti yang kamu biasa lihat di koleksi album fotografi jurufoto terhebat? Belum sampai tahap itu. Masih jauh lagi. Malah semalam, apabila membelek majalah fotografi terbaru, aku sedar yang banyak perkara aku masih tidak tahu mengenai kamera DSLR. Kalau ilmu fotografi itu diberi peratusan, maka ilmu yang ada di dada ini baru setakat 1%. Masih amat-amat jauh.
Jadi, puas dengan jawapan aku?
Aku tahu, kamu risaukan orang mencuri koleksi gambar aku dan seterusnya mengkomersialkannya. Pertama, hampir semua (99%) gambar dalam album web aku bersaiz kecil, hanya sesuai untuk dicetak pada saiz 1R saja. Kedua, seperti yang aku kata, gambar-gambar tersebut masih belum mencapai tahap terbaik untuk dijadikan pilihan mereka.
Kalau mereka masih mahu mengambilnya, silalah. Tidak perlu kredit atas nama aku.
6 comments:
ho..gitu..nanti kalo kite suke gambar2 ni,boleh la kite save erk..hihik..n___~
salam. ahmad sharidan blog menarik .actually dah lama membaca kisah dalam blog nie.
:)
Durian : Ambik saja. Takde hal.
farouq : Saya rasa awak pernah komen suatu masa dulu.
Kopiehitam : ;)
salam bro, mung ambik gambak gerik yang lawa-lawa , aku nak copy ni..
Gerik? belum sempat nak ambik semua lagi. insyaallah dalam masa terdekat nak cover gerik.
Post a Comment