Aku buka selak ruang bateri. Kosong!
Aku tertinggal bateri kamera di Kuala Kangsar. Kurang asam! Akhirnya aku cuma dapat rakamkan suasana sekitar dengan lensa kamera telefon bimbit pada kadar 3.2MP sahaja. Kes naya betul.
Sedang cuaca di Kedah amat cantik dengan langit yang biru dan awan memutih seperti kapas. Sawah padi pula sedang mula ditanam kembali. Maka hijaunya amat memukau. Apa nak buat, lain kali sajalah.
Inilah lensa Tamron yang baru aku beli. Aku tidak mampu beli lensa original Canon. Sekali ganda lebih mahal. Lensa ini sudah cukup bagus bagi aku. Cuma vignette sering terjadi kalau tidak berhati-hati dengan setting.
Zoom maksima adalah 200mm. Sudah cukup buat masa ini. Aku sengaja beli lensa 18-200mm kerana aku malas untuk menukar lensa setiap kali aku mahu merakam gambar berlainan jarak. Dengan satu lensa begini, masa lebih jimat dan kerja lebih mudah.
Gambar bawah dirakam dengan kamera telefon bimbit aku. Suasana di sekitar Kolej Matrikulasi Kedah, tempat adik aku belajar. Cantik langit siang tadi.
Aku fikir masjid di tengah-tengah kolej ini adalah titik utama di dalam kolej. Imposing dan jelas. Cuma aku fikir, sebagai sebuah kolej umum dengan pelbagai bangsa dan agama di dalamnya, adalah tidak berapa adik bagi bangsa dan agama lain berada dalam suasana sebegini. Aku lihat bangsa asing (terutama perempuan) terpaksa memakai baju kurung untuk ke kuliah. Sama ada terpaksa atau rela hati, aku tidak pasti. Cuma aku fikir kita perlu jadi lebih liberal dan terbuka.
Itu cara terbaik untuk mewujudkan toleransi antara kaum. Bukan kita tidak boleh mendidik anak bangsa beragama Islam dalam suasana liberal. Malah aku fikir, mereka akan lebih matang dan lebih bijak membandingkan keadaan sekiranya diberi ruang.
Cuma aku lihat siang tadi ada satu perkara yang merunsingkan fikiran. Setiap kali aku memerhatikan sekeliling, pelajar yang berjalan sana sini akan berjalan mengikut bangsa mereka sendiri. Melayu dengan melayu, cina dengan cina dan india dengan india. Aku masih tidak nampak (setakat tadi) mereka bergaul mesra berlainan bangsa.
Kalau di kolej sebegini mereka sudah mewujudkan jurang antara kaum, apatah lagi bila mereka bekerja nanti.
Atau, kita sebenarnya sengaja tidak mahu menyatukan mereka?
4 comments:
kat matrik ramai org melayu..ok lar ade masjid..lagipon,budak2 non-muslim boleh pegi tempat ibadah deme dgn kemudahan yg ade..kdg2 ade van dtg amik..emm,tak pe kan org2 bukan melayu pkai baju kurung..lagipon,deme boleh je pkai kemeje,skirt..ikut masing2 je nak pkai ape yg sopan ..
Assalamualaikum.
Saya rasa secara peribadi tak pernah ada masalah nak berkawan dengan mana-mana bangsa, sejak kecil hingga dewasa.
Berdasarkan feedback kawan bukan melayu, katanya mereka ada kalanya rimas berkawan dengan orang melayu sebab ramai yang cuba mendesak untuk mengislamkan mereka.Pertanyaan seperti, hei ***, bila you nak masuk Islam, atau yang you still sembah patung buat apa? betul2 buat mereka tersinggung. Apatah lagi bila ada yang secara selamba gunakan lawak banggang seperti antara ular dengan keling, pukul keling dulu, dan lu cina lap *** pakai tisu langsung menyebabkan mereka hilang respek pada kita.
Nak ajak orang masuk Islam, perangai sendiri tak macam Islam.
Say one thing, do another. Habih camno?
Durian Runtuh : Betul tu mereka boleh ikut cara kita. Mereka ada kemudahan lain. Tapi dalam erti kata lain, mereka perlu bertoleransi dengan kita. Bukan sebaliknya. Jadi, dari sudut itu, kita seperti meminggirkan mereka. Itu yang mereka sering nampak dan itu juga yang sering dipertikaikan oleh mereka. Patut ada cara lain yang lebih "mesra".
Ain : Exactly. Kita sering sangat mendesak orang lain menjadi seperti kita hingga kita abaikan hati orang lain itu. Kita sebagai orang yang berpegang kepada Islam sebagai cara hidup sepatutnya tidak membezakan sesama manusia. Tidak kira siapa mereka.
salam singgah...
terima kasih atas pandangan anda terhadap kmk. km mengalu2kan pandangan dan ulasan. sememangnya baru tahun ni kami wajibkan semua pelajar tak kira bangsa dan agama memakai baju kurung sebagai pakaian rasmi ke kuliah. ada sebab yang mendorong kami berbuat demikian.
saya sebagai salah seorang tenaga pengajar di kmk mengalu2kan pandangan dan kritikan untuk menjadikan kami lebih maju.insyaallah.
Post a Comment