Kemudian, adik bongsu aku pula ditawarkan mengikuti program matrikulasi sains. Hebat. Aku sudah janjikan untuk memberinya sebuah laptop sebelum SPM lalu. Maka, minggu depan laptop ini akan jadi miliknya. Tidak mengapa. Ini untuk dia senang belajar. Lagipun laptop ini masih dalam keadaan okay dan terpelihara dengan baik. Pandai guna, boleh tahan lebih lama.
Jadi aku perlu beli laptop baru? sudah pasti. Aku mahu cari yang lebih kecil dan ringan. Atau, mungkin aku akan beli Apple MacBook saja. Heh. Amat mahal. Lebih dari bajet yang aku ada. Tapi bagus kalau dapat beli. Sekurang-kurangnya kerja pejabat yang tertangguh boleh aku siapkan secara santai di rumah. Tapi itulah risikonya. Bila ada kemudahan di rumah, aku akan penuhi masa dengan kerja pejabat. Kemudian aku komplen aku tidak ada masa untuk diri sendiri dan orang lain (alasan tambahan agar kamu tidak fikir aku seperti tunggul kayu).
Kalau ada masa di Kota Bharu nanti, aku akan rakamkan suasana di sana. Dulu sewaktu pergi tahun lepas, aku seperti tepu untuk berfotografi. Kali ini mungkin ada ruang. Cuma, agak kecewa kerana tidak dapat membeli lensa kamera baru untuk memudahkan kerja aku.
Ada apa yang kamu mahu kirim daripada aku?
5 comments:
nak teddy bear..
nak nak nak
Teddy bear? orang datang kelantan beli teddy bear je ke? :P
nak kirim salam rindu kat pasar siti khadijah. hehehe.
aah..kat rantau panjang kan murah2,,hikhik..
Post a Comment