20.6.09

YeLLoWSunBLazE

Pernah aku cerita kepada kamu mengenai YeLLoWSunBLazE?

Suatu ketika dulu aku punya seorang sahabat (lebih mesra dengan terma buddy) yang cuma aku kenali di internet. Pernah sekali aku bertemu dengannya di pusat bowling The Mines dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihat wajahnya.

Dulu sewaktu zaman gila berchatting, dia antara sahabat yang sering menemani atau ditemani aku sehingga menjelang subuh. Yellowsunblaze adalah nickname yang digunakannya dan aku sentiasa fikir itulah antara nickname paling cool dan menarik aku pernah jumpa; sehingga kini. Frossonice ini juga berasal dari nickname semasa zaman berchatting dulu.

Aku sentiasa ingat Yellowsunblaze seorang yang amat periang dan happy-go-lucky. Cuma pernah dia menangis hanya kerana keyboardnya rosak! Aku masih ingat kerana waktu itu dia meminta pertolongan dari aku. Namun aku lupa apa kesudahannya. Aku juga masih ingat waktu itu, kami sering berutus online greeting (amat popular dulu).

Selepas dia menyambung belajar di UPM dan seterusnya ke Ireland (setahu aku), aku terputus hubungan dengannya.

Hampir sepuluh tahun berlalu dan siang tadi, Yellowsunblaze singgah di blog ini dan meninggalkan senyuman. Sekarang dia sudah berkahwin dan punyai anak. Tapi tagline-taglinenya dulu masih segar dalam ingatan.

Ya, Ida. Aku masih ingat kamu dan sentiasa ingat. Nombor telefon pun masih ada (kalau masih guna).

Semoga damai selalu hidupmu, seperti sang suria yang bersinar.

7 comments:

DuRiAn rUnTuH said...

wawah..bestnye ade kawan online sampe sekrg..

Ahmad Sharidan said...

Ada ramai lagi sebenarnya. :)

normaya said...

Memang seronok disapa kawan lama..:-)

Ahmad Sharidan said...

Memang amat seronok...

Tenno said...

Erm.. Yellowsunblaze. Ida dari Kuantan. dia memang best. Kalau ingat saya lagi la.. MIRC 95. -Tenno

halimatun sadiah said...

zaman sy sempat merasa mirc..thn pertama kt u sy melepak kt cc dr pg smpi petang.sampai kebas bontot.weekend jer lepak cc sorang2.mase tu chanel yg best kampung, mamak dan lain2.sy ingat lg hr 1st sy chatting kenal dgn budak uia.mase tu die matrik lg.tak ingat nickname die.tp yg bgusnya hingga ke saat ni kami masih berkawan.dr die remaja hingga die dh bertemu jodoh kami ttp berkawan.
sesekali terkenang indah juga.

mama iman said...

Salam,

wow special entry for me?i miss that nickname, Yellowsunblaze. tp mmg best kn zaman irc dulu.anyway, thanks coz tulis yang best2.hehehe.
and thanks for the friendship.u will remain as lord in my mind.buddies forever k.. cheers!

:)

Post a Comment