Sepanjang empat hari di Johor Bahru, aku menginap di Hotel Thistle. Pada aku, khidmat pelanggan hotel ini adalah antara yang terbaik pernah aku alami. Aku bertanyakan meja untuk VIP, mereka tawarkan meja VIP, alas kerusi dan dome untuk menyimpan makanan. Aku mohon agar kopi dan teh dibiarkan di tepi bilik mesyuarat kerana bos mahu bermesyuarat hingga lewat malam, mereka tawarkan kopi dan teh dan pelayan untuk menghidang kopi dan teh.
Semuanya tanpa perlu mereka rujuk kepada penyelia atau orang atasan. Mereka tawarkan terus. Mereka sanggup mengambil satu langkah ke hadapan demi memuaskan hati pelanggan mereka.
Pejabat aku patut belajar serba sedikit mengenai perkhidmatan pelanggan sebegini.
2 comments:
buat kursus PRO kot sana hotel sana dan.minta PRO sana kursuskan kat PRO kita hehe
Pemandangan di Taman Bunga Istana Besar Johor Bahru dan Masjid Abu Bakar menarik untuk menenangkan fikiran.
Kalau ada kelapangan jalan-jalan la ke sana :D
Post a Comment