Juga, tiada niat apa-apa mengenai gambar masjid yang diletakkan sebagai banner. Aku sekadar suka gambar ini dan aku fikir memandangkan ianya adalah antara gambar permandangan terakhir yang aku rakam tahun ini, aku mahu jadikan ia penyambut kedatangan tahun yang baru.
Kenapa latar belakang hitam dan tulisan juga ditukar kepada kehitaman? Aku mahu lebih kontras, itu saja. Ruang putih ditulis dengan baris-baris kata dan berlatarkan warna hitam nampak lebih elegan dan cool.
Kalau mengikut perkiraan, tahun ini adalah tahun yang ke 10 aku menulis di dalam web. Dulu aku menulis dalam bentuk jurnal di laman web sendiri. Letih untuk siapkannya satu per satu. Kini ianya amat senang. Buka dan tulis dan post. Itu saja yang diperlukan.
Semoga blog ini akan berterusan untuk satu jangkamasa yang lama.
2 comments:
Wah CUN nya.... memang cun... saya suka panorama begini... setanding panorama seperti dalam filem period THE LAST EMPEROR....
sunset memang kesukaan saya.
Post a Comment