Banyak kenderaan yang dipamerkan. Aku lebih tertarik untuk melihat apa yang dipersembahkan oleh Proton dan Perodua, syarikat automotif negara. Perodua memperkenalkan Bezza, model kompak generasi akan datang. Sekali imbas, nampak seperti Toyota Prius. Usaha yang bagus daripada Perodua kerana selama ini mereka lebih tahu bagaimana hendak menjual kereta rebatch saja.
Proton pula dengan bangganya mempersembahkan enam buah kereta konsep, di mana lima daripadanya adalah kereta konsep kelas "Pahlawan", mengambil nama-nama Tuah lima bersaudara. Paling mendapat perhatian adalah Proton Tuah (Espire), sedan setaraf Honda Civic dan Toyota Corolla.
Kata orang, Tuah ini adalah kereta konsep yang akan menggantikan Proton Persona nanti. Masalahnya, kapasiti enjin Tuah dicatat pada 1.8 liter. Enjin Campro Proton ada versi 1.3 dan 1.6 liter saja.
Tetapi aku sebenarnya kecewa dengan Proton dan Lotus. Kita semua tahu bahawa Lotus dimiliki oleh Proton. Lotus pula baru saja memperkenalkan lima buah kereta konsep Lotus di Paris tidak lama dulu. Apa yang berlaku, cuma ada sebuah saja kereta konsep Lotus yang dipamerkan di KLIMS. Lotus Esprit berwarna putih.
Mana pergi yang lain? Elite, Elan, Eterne dan Elise? Itu pun peminat dari Malaysia mahu melihatnya dengan lebih dekat. Kalau setakat sebuah Esprit, ianya belum memuaskan. Nampaknya KLIMS 2010 ini telah dianak-tirikan oleh Group Lotus. Memang tidak patut
Selebihnya, memang banyak kereta yang menarik dipamerkan sepanjang KLIMS 2010. Pengalaman yang cukup menyegarkan. Tambah pula bila pergi dengan tunang sendiri.
No comments:
Post a Comment