Salah satu rancangan transformasi ekonomi negara adalah pembinaan prasarana pengangkutan awam yang menyeluruh di lembah Klang. MRT (Mass Rapid Transit) adalah salah satu cadangan mod pengangkutan yang akan dibina dengan kos sekitar RM46 bilion.
Bagi aku, apa saja projek yang boleh membantu menaikkan taraf ekonomi dan kualiti hidup rakyat, aku sokong 100%. Aku cuma mahu ianya dilaksanakan dengan adil, telus dan tidak berlaku pembaziran.
RM46 bilion adalah kos yang sangat besar, lebih kurang 1/6 belanjawan negara. Jadi sepatutnya RM46 bilion digunakan sepenuhnya untuk pembangunan MRT. Aku tidak mahu bila dilaburkan RM46 bilion itu, separuh akan masuk ke kantung orang/agensi tertentu. Suku lagi akan habis dibelanja tanpa arah tujuan dan akhirnya suku saja yang benar-benar digunakan untuk pembangunan projek.
Kemudian, mereka juga perlu pastikan sistem yang terbaik saja dipilih untuk dibina dan digunakan. Jangan jadi seperti sekarang. Ada tiga laluan LRT dengan tiga sistem yang berbeza. Tiada langsung keupayaan untuk berintegrasi antara satu sama lain. Pastinya MRT adalah berbeza dengan LRT. Sistem baru ini juga pasti akan berbeza dengan yang sedia ada. Kita perlu pastikan kalau MRT ini mempunyai beberapa laluan, pastikan laluan ini menggunakan satu sistem yang sama.
Laluan yang dirancang juga perlu tepat dan sesuai dengan persekitaran. Jangan jadi seperti laluan sedia ada yang berhenti di hentian tidak masuk akal dan amat membazir. Utamakan kawasan yang mempunyai penduduk menengah rendah dan bawahan kerana mereka lebih mahu guna perkhidmatan awam berbanding golongan atasan. Tumpukan stesen berhampiran institusi pendidikan dan pasaraya yang memudahkan orang ramai berkunjung.
Apa pun, MRT yang bakal dibina ini diharap boleh mengurangkan pencemaran, menggalakan penggunaan pengangkutan awam yang lebih efisien dan membantu menjimatkan kos hidup seharian orang ramai.
3 comments:
yeah2..jom try naek.. :)eksen je lbih..ketapi laju ke ipoh pon x naek lagi..Heee
Sampai Ipoh jek. Tunggu sampai Tepen dulu baru naik. Hehehe.
betoi2..hrp jd cdangn nk bukak LCCT kat perak..dgr kte nk wt dlm2 area parit buntar - taiping kot
Post a Comment