19.5.11

Jemputan

Semalam edar kad jemputan ke majlis perkahwinan aku 11 Jun nanti (Ingat tarikh ini ya Pn. Ain dan jemput datang). Setakat ini aku cuma edarkannya di pejabat. Memang agak lewat tetapi tidak boleh dielak. Terima kad dari pencetak pun sudah lewat.

Aku sudah sediakan kad secukupnya (aku fikir) untuk orang di pejabat. Rupanya tidak cukup. Setiap kali aku masuk ke ruang pejabat mereka, aku sedari ada lagi orang yang aku perlu jemput secara khusus. Nampaknya sungguh ramai yang mengenali aku. Aku sendiri terkial-kial untuk menulis nama mereka di kad kerana aku tidak tahu nama mereka dan aku tidak kenal mereka.

Ada kad yang perlu aku pos. Wah, sudah berapa lama aku tidak menggunakan setem? Berapa harga setem yang aku perlu guna untuk mengirim sekeping kad? Masih 30 sen?

Setiap kali orang menerima kad jemputan aku, ayat pertama yang keluar dari mulut mereka mestinya,

"Wah Dan... Besarnya kad kau!"

Aku cuma tersenyum. Lalu jawapan standard aku adalah,

"Kena buat besar-besar. Orang tua bukan nampak kalau tulis kecik-kecik!"

Kami tertawa. Realitinya aku sengaja buat besar supaya orang tidak akan tercari-cari dan keduanya untuk memudahkan orang membacanya. Lagipun, ianya percuma! Jadi apa salah kalau aku buat sebesar yang mungkin. Aku tidak rugi apa-apa. 700 keping kad jemputan rasanya sudah cukup. Ramai sudah aku jemput melalui Facebook. Ada kewajipan kita hulur kad jemputan ke? Lainlah kalau kad tersebut ada RSVP dan tempat duduk di dewan nanti terhad.

Jadi kadang-kadang aku tanya juga kepada beberapa orang sama ada mereka mahu juga kad atau cukup sekadar aku jemput 'mulut' saja. Ada yang senang hati bila aku jemput mereka terus tanpa melalui kad. Ada yang mahukan kad terutama kerana mereka mahukan petanya. Mudah untuk ke lokasi kejadian nanti.

Sepatutnya aku jemput juga pembaca di blog ini, ya? Okay, saya menjemput anda semua ke majlis resepsi perkahwinan saya yang akan diadakan pada 11 Jun 2011 di Dewan Orang Ramai Kg. Basong, Jalan Ta'ayah, Kuala Kangsar. Ini aku sertakan pelan lokasi dan kad jemputannya.





6 comments:

Ain said...

Assalamualaikum Idan..

Saya dan suami nak ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputan.. tapi sayangnya kami tak dapat nak hadir nanti kerana pada tarikh yang sama InsyaAllah saya akan mengiringi adik bongsu ke rumah keluarga pengantin lelaki di JB. Majlis nikah di Parit ialah pada 4 Jun :) same date as yours, right?

Idah said...

Selamat pengantin baru...semoga berkekalan ya..dari akak.

aku said...

idan.. nak kawin ye.. Alhamdulillah.. dah lama tak singgah di blog ni. rezeki hari ni, masuk2 je dpt berita gembira ni..
tahniah.. selamat pengantin baru..

aku_ayu said...

aku_ayu sebenarnya.. :)
tertaip aku pulak..

Ahmad Sharidan said...

Thanks semua yang ucap. Ha ah la aku_ayu, lama dah tak masuk kan. Takpe. Jemput datang ye.

Bayah said...

Setem zaman sekarang untuk penghantaran dalam Malaysia, kalau sampul putih kosong 60 sen. Kalau sampul putih bercorak atau warna selain putih, 80 sen. Sekian harap maklum. Heheh.

Harap kad saya dah sampai ke kotak pos awak. Sama-sama kita menjemput tapi tak dapat hadir majlis masing-masing. Semoga selamat semuanya dan hidup kekal berumahtangga sampai ke syurga :)

Post a Comment