Artikel sebelum ini aku menulis mengenai Calvin and Hobbes Revisited, bagaimana aku mengharapkan jika suatu ketika nanti akan ada siri animasi Calvin and Hobbes.
Aku bukanlah peminat tegar Calvin and Hobbes. Walaupun di rumah dan di pejabat ada beberapa naskah koleksi Calvin and Hobbes, ianya tidak lebih daripada penghargaan kepada sebuah karya yang penuh imaginasi dan menghiburkan 'jiwa kanak-kanak dalam diri ini'.
Tadi, dalam bosan aku mencari-cari lakaran komik Calvin and Hobbes yang dihasilkan oleh peminat dan artis-artis yang sentiasa mahu memberi tribute kepada siri komik ini. Satu perspektif yang aku dapati diminati oleh beberapa orang pelukis adalah gambaran Calvin yang sudah dewasa. Seperti yang kita tahu, jarang ada komik yang melalui proses pendewasaan dari setahun ke setahun. Biasanya watak komik akan kekal statik walaupun hari-hari yang berlalu dalam sketsa mereka seperti tergambar hari-hari yang berlalu dalam kehidupan seharian biasa. Maka, ada sesetengah pihak mengatakan ianya adalah 'cardinal sin' untuk menggambarkan watak komik yang sedia tahu statik pembesarannya menjadi dewasa atau tua, atau mati sekalipun.
Namun apabila melihat beberapa lakaran yang dihasilkan oleh peminat/artis, aku rasakan ada antaranya yang memberi justifikasi baik terhadap Calvin and Hobbes. Setelah 16 tahun (siri Calvin and Hobbes ditamatkan sejak 1995), ramai antara peminatnya sering mahu tahu apa kesudahannya antara Calvin dan harimaunya, Hobbes, atau dengan Susie Derkin, si gadis yang kononnya paling dibenci.
Antara karya yang menarik minat aku adalah ini,
|
Calvin and Hobbes tahun 2010 karya Nami86 (di Deviantart) |
|
Realitinya, kanak-kanak zaman sekarang lebih selesai bermain permainan komputer.... |
|
Situasi yang agak menyedihkan, tetapi perkara biasa. Mengingatkan aku kepada cerita Toy Story. |
Tetapi pada aku, ini situasi paling mungkin terjadi,
Calvin apabila dewasa sering digambarkan akan berkahwin dengan Susie Derkin, gadis yang diwaktu kecil menjadi 'musuh' dan dalam masa yang sama diminati beliau. Mereka digambarkan akan mempunyai seorang anak perempuan. Ketika gambar di atas dilukis, tiada nama anak perempuan tersebut. Ianya sekadar gambar bagaimana Calvin dan Hobbes meneruskan kehidupan dan imaginasi mereka.
Kemudian aku terpadang kepada tulisan, Hobbes and Bacon.
Tanpa aku duga, ada dua orang adik-beradik berbakat, Tom dan Dan Heyerman. Tom sebagai pelukis komik dan Dan sebagai penulis skrip telah menghasilkan empat sketsa Hobbes and Bacon, iaitu sinambungan kepada Calvin and Hobbes di mana Bacon adalah anak perempuan kepada Calvin dan Susie Derkin. Walaupun ianya tidaklah 'sempurna' seperti hasil karya Bill Watterson, tetapi ianya sudah cukup membuat aku tersenyum dan berkata,
"Menarik... This is the way it should be."
|
Part 1 |
|
Part 2 |
|
Part 3 |
|
Part 4 |
Mungkin ini post aku yang terakhir mengenai Calvin and Hobbes kerana aku fikir sudah cukup jauh aku pergi mengembara dengannya. Aku sudah menjadi dewasa dan sedang bersedia menanti kehadiran cahaya mata, inshaAllah. Aku akan kenalkan dia dengan Calvin and Hobbes dan bagaimana hidup ini lebih menarik apabila kita sentiasa mahu berimaginasi dan kreatif.
No comments:
Post a Comment