2.11.11

Lebih Ceria di Rumah & Pejabat

TV baru sudah dapat. Syukur. Dalam hujan lewat petang semalam, aku dan Zura ke kedai berhampiran pejabat Zura untuk mengambil set TV tersebut. Zura minta ambil sendiri bagi menjimatkan kos penghantar yang dikenakan sebanyak RM50 walaupun rumah kami cuma 5km dari kedai tersebut.

Panasonic 42" LCD TV. Terasa lebih besar dari yang biasa dilihat sebelum ini. Maaf, gambar tidak elok.

Bayaran? Tidak perlu. Bayar bulan-bulan ke syarikat Zura sehingga selesai. Interest free pula. Islamik, bukan? Harganya juga lebih murah dari harga pasaran. Hampir RM400 lebih murah! Tetapi jangan pula suruh aku tolong belikan untuk kamu. Ini urusan Zura dengan pejabatnya. Kesian pula dia nak uruskan permintaan orang lain pula.

Tetapi malam tadi aku tidur awal. Belum jam 10 malam aku sudah terlena, sehingga subuh. Letih kerana tidak cukup tidur, menyiapkan kerja pejabat sehingga jam 4.00 pagi sehari sebelumnya. Syukur kerja selesai dan hasilnya sangat baik. Ini video yang aku hasilkan,


Aku hasilkan dalam masa beberapa jam. Harap maklum, ianya sebuah video, bulan slaid. Jadi aku terpaksa guna Apple Motion untuk menghasilkannya dan Apple Motion bukan sebuah perisian yang mudah! Video ini adalah lakaran sepanjang usaha bahagian aku di pejabat menggerakkan program hari inovasi. Aku memang terlibat secara langsung terutama berkaitan hal-hal grafik. Backdrop, banner, bunting, buku atur cara dan slaid hari upacara dihasilkan sepenuhnya oleh aku.

Banner Hari Inovasi Jabatan
Tagline Hari Inovasi

Tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Hasil kerja lebih berwarna-warni, sesuai dengan Bos Besar baru di pejabat, seorang perempuan. Jadi warna nampak lebih ceria berbanding yang sebelumnya. Memang puas kerana Bos Besar ini tidak terlalu kritikal dengan pemilihan konsep. Janji sesuai. Itu yang aku dapat rasakan. Dulu bos-bos lama nampak sering nampak rigid walaupun hakikatnya mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Hasilnya, kerja yang baik jadi huru hara.

Sebab itu aku tulis satu ayat di Wall Facebook berbunyi lebih kurang begini,

"Ada manusia tak pandai nak fikir abstrak. Otaknya linear sepanjang masa. A to Z perlu lalui B, C, D... Takde jalan lain. Malang sungguh mereka tak nampak indah dalam 'chaos'. :)"

Tidak semua manusia berupaya untuk berfikir secara abstrak. Ramai antara kita walaupun mampu buat 10 kerja sekaligus dalam satu masa, tetapi konsep kerjanya masih sama, linear. Bergerak di atas satu garis lurus dan lalui poin-poin yang telah ditetapkan. Ianya adalah pergerakan 'selamat'. Ianya valid kerana ramai antara kita tidak sanggup mengambil risiko kegagalan.

Tetapi fikiran secara abstrak/rawak itu ada baiknya. Ianya membuat kita lebih kreatif dan inovatif. Bak kata pepatah, setiap hasil ciptaan yang hebat itu pastinya bermula dari idea yang 'gila'.

Sekarang, masa untuk rehat selama lebih kurang dua bulan. :D Kerja tahunan sudah selesai!

No comments:

Post a Comment