TV
Beberapa perkara yang aku sedari setelah beberapa hari menonton di peti TV baru.
Beberapa perkara yang aku sedari setelah beberapa hari menonton di peti TV baru.
- Resolusi adalah 'over-hyped'. Melainkan mata kita sangat tajam dan bionik, kualiti gambar SD dan HD tidak jauh berbeza. Tetapi ianya tetap berbeza. Ianya lebih 'kaya' melalui HD. Sekiranya anda menggunakan Astro, cuma beberapa siaran saja yang menggunakan HD buat masa ini. Selebihnya masih SD. Tapi perlukah kita ada TV HD sekarang? Sekiranya ada duit, beli TV HD-sepenuhnya. Sekiranya tidak, tidak perlu. Lima tahun dari sekarang, aku rasa siaran TV HD ini baru akan benar-benar matang.
- Aku perlukan sistem pembesar suara untuk mendengar kesan bunyi yang lebih baik. Jika mengharap pembesar suara terbina dalam TV, jangan haraplah. Tetapi ianya bagi aku masih sekadar kehendak, bukan keperluan. Jadi pembesar suara TV buat masa ini masih cukup.
- Saiz skrin 42 inci di dalam rumah aku terasa sangat besar. Tambahan pula sofa aku cuma 2 meter dari TV. Tetapi apa yang menariknya, sekarang aku boleh menonton TV terus dari dalam bilik tidur. Nampak jelas!
- Skrin LCD TV nampak dan dirasakan begitu 'rapuh'. Bila anak saudara aku datang malam tadi, aku risaukan keadaan skrin LCD TV tersebut. Faham saja si kecil setahun jagung ini, apa saja hendak dilontar ke sana sini. Terasa skrin kaca TV lama jauh lebih selama dan ini membuat aku berfikir. Kenapa tiada syarikat pengeluar TV LCD yang kreatif seperti Apple, menggunakan kaca sebagai lapisan pelindung skrin LCD di laptop mereka. Perkara yang sama boleh dilakukan pada TV LCD. Harga mungkin lebih mahal...
- Menonton TV yang berskrin besar sangat mengasyik dan melekakan... Heh.
Raya Haji
Seperti tahun-tahun sebelum, tahun ini aku tidak balik beraya di kampung halaman. Aku dan Zura membuat keputusan untuk beraya di Lembah Klang saja. Masih ada saudara mara yang juga tidak pulang ke kampung.
Selamat Hari Raya Aidil Adha daripada Ahmad Sharidan & Maszura.
No comments:
Post a Comment