19.11.07

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003.



Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm...



Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 negeri. Aku masih ingat cikgu Ismail cakap kami tak sehebat team yang sebelumnya. Err... Mungkin selepas kami belajar dia akan cakap pada bebudak lain yang mereka tak sehebat team kami. Legend. Aku ingat aku buli goal-keeper ke-3 Malaysia (under-15) untuk menjaringkan gol. Puas hati. Budak St. George. Hujung pada dulu ada court takraw dan volleyball. Tepi padang ada court softball dan bola baling. Hujung padang tepi jalan ada tempat lompat jauh. Hujung padang lagi satu ada pagar yang selalu digunakan untuk outing haram (aku dah lupa apa diorang gelar).



Surau. Sebelum ada surau ni, kami sembahyang dipadang kawat pun pernah, dalam dewan besar pun pernah. Masa tu Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus pun pernah bagi ceramah. Subuh kira wajib kami pergi ke surau. Maghrib pun ye. Ramai yang lari. Ramai yang melepak di Merry-Go-Round. Biasalah kalau agama dipaksa-paksa.



Inilah suasana courtyard dalam asrama setiap blok. Ada 4 blok. Ada couryard di tingkat bawah asrama. Macam-macam agenda dilaksanakan disini. Main badminton pun ye. Bergurau senda pun ye. Kena ragging pun ye jugak.



Katil dan almari. Kalau zaman aku dahulu katil, almari dan ada partition dibuat daripada kayu. setiap ruang partition ada dua katil. hujung katil ada meja kecil untuk study (konon...) Antara dua meja study tu, dibuat ampaian untuk sidai apa saja. Biasanya tuala la. Partition kayu pula cuma setinggi almari kayu yang pintunya mengadap keluar. Oh, tinggi. Aku rasa mungkin 2 meter tinggi. Katil kayu pula dibawahnya ada 3 buah laci yang biasanya rosak. Tilam pula, biasalah, tilam getah yang kenyal. Masa awal semester (dulu MRSM dah pakai sistem semester), kami akan berebut cari tilam yang paling ok. Lupa, setiap ruang partition ada suiz lampu sendiri. Kira agak privacy. Homoseks? No Comment. Hahaha. MRSM bukan sekolah lelaki sahaja. Co-ed. Jadi kurang sikit masalah tu kot. Ada, tidak dinafikan.



Suasana dalam asrama, satu bahagian dalam asrama akan dipanggil Wing. Wing kanan dan wing kiri. Biasanya masa zaman aku dulu satu wing akan menempatkan student dari satu rumah sukan yang sama. So masa form 5 dulu, aku tinggal di Blok A, wing kiri, tingkat 1, katil no. 2. Hahaha. Depan gila. Biasanya aku atau sesiapa saja akan jadi orang yang tolong tengok-tengokkan keadaan sementara member-member sedang bakar paru-paru mereka. Bukan apa, kalau kena, susah. Satu wing yang susah nanti. Tolong menolong amalan mulia. :)



Ini Medan Kasa (betul ke eja ni?). Gambar agak blur. Dulu area ni separuh darinya adalah open air dan ada pokok. Ada 3 buah meja batu bulat dengan bangku batu bulat juga. Ini port paling glamer antara semua port dalam MRSM Balik Pulau. Bukan kami je yang melepak, kadang-kadang cikgu pun melepak sini. Ini prime location untuk dating. Pak Ya pun jual nasi lemak (semua orang suspek dia letak ganja) dia yang glamer di sini. Tempat tunggu orang pun sini. Mak bapa, saudara mara yang datang pun selalunya akan berjumpa dengan anak-anak mereka di sini. Sebelah Medan Kasa ni dulu ada sebuah vending machine yang suatu masa pernah rosak tak tentu pasal. Tapi yang bestnya, tekan sekali, keluar 2 kotak. Puas hati. Nanti aku cerita lagi pasal Medan Kasa. Cuma hairan, macamana dapat nama Medan Kasa?



Perpustakaan. Kalau dulu ianya dipanggil Pusat Sumber Pembelajaran (PSP). Aku pernah jadi pengawas PSP. Best, banyak kelebihannya. Berbanding dengan sekolah biasa, PSP ada air-con jadi suasana nak belajar dalam ini agak selesa. Sebelah kiri ada rak-rak buku yang aku suspek kebanyakkannya datang dari USA. Satu apa pun aku tak faham. Ada koleksi Ensaiklopedia Britannica yang Azrul Hanidy baca macam baca buku cerita. Depan pintu masuk ada kaunter pinjaman yang dalamnya ada koleksi buku yang tidak boleh dipinjam (boleh baca dalam library) dan juga tempat pengawas perpustakaan bertugas. Huh, disebabkan aku pengawas perpustakaan, aku boleh baca apa saja dalamnya. Bukan ada apa menarik pun. Cuma mungkin buku tersebut agak mahal. Belah kanan ada bilik audio visual dan bilik kerja untuk petugas perpustakaan. Hujung kanan ada bilik video dimana ada kalanya budak-budak yang rajin akan menonton video porno. Bilik kerja pun best sebab cool je rasanya. Macam duduk dalam muzium. Bebudak lelaki dan perempuan akan berselang PREP pada waktu malam dalam PSP. Cuma yang agak best kadang-kadang kalau time budak perempuan PREP, bebudak lelaki akan mengendap di cermin-cermin. Ada meja yang betul-betul mengadap cermin. Jadi kalau ada perempuan yang tak reti duduk dengan sopan, nasib korang la kena mengendap. Paling aku tak boleh lupa apabila bebudak lelaki mengendap dan nampak seorang budak perempuan pakai spender macam orang tua. Seminggu tak habis diusik budak perempuan tu. Kesian.



Aku saja letak gambar air pancut ni. Aku sebenarnya tak pasti, sejak aku disitu tahun 1989 hingga aku datang balik 2003, aku tak pernah tengok air pancut tu berfungsi. Berfungsi ke hah? Cuma, ianya tempat yang menarik untuk bergambar. Aku masih ada gambar duduk atas air pancut tersebut.



Suasana dalam kelas. Itu kalau tak salah aku kelas Sains Sosial 5. Oh, di MRSM kelas ikut jabatan, macam di universiti. Maka ada kelas SS, kelas M untuk Matematik, dan B untuk Bahasa. Betul tak? Aku dah lupa. Ada juga makmal. Berapa ye makmal? Rasanya 12 makmal kot. Aku dah lupa juga. 3 Makmal untuk setiap bidang, Biologi, Kimia, Fizik dan Sains. Ah, lupa. Belajar dulu pun kami takde kelas tetap. Semua berpindah randah ikut jadual. Ada kalanya classmate pun bertukar ikut subjek. Kira kalau budak baru masuk, kelam kabut la cari kelas. Kami ni yang dah senior masa tu, ada masa akan buli bila ditanya kelas sekian-sekian kat mana. Naya la budak-budak tu. Tapi bukan susah pun nak cari kelas. Dekat-dekat je. Cuma Kelas pendidikan seni je yang jauh dihujung dunia. Tapi itulah kelas yang paling aku suka. Selain Geografi.



Merry-Go-Round. Kepada mereka yang penuh pengalaman disini, ianya tentu membuat korang tersenyum. Sebenarnya ia adalah sebuah loji memproses najis. Bau jangan cakap la. Memang teruk. Tapi masih ada orang yang mahu duduk disitu. Samada lari dari pergi surau atau buat projek.



Suasana di sekitar makmal-makmal sains. Makmal sains MRSM adalah antara makmal paling canggih ketika itu. Aku paling suka pinjam stroboscope dan kain hitam langsir tingkap, buat prop untuk drama-drama arahan Amron Roni. Stroboscope dijadikan alat untuk mendapat efek aksi slow motion. Menarik. Kenapa drama sekarang tak reti nak pakai itu semua. Aku ingat, untuk buat follow light, kami cuma guna OHP (Overhead Projector) saja... Tebuk lubang sebesar duit syiling pada kertas dan letak atas kaca OHP. Pancar. Dapat follow light.



Papan notis sini dulu masa zaman aku adalah tempat Cikgu Nik, cikgu seni kami menyusahkan semua pelajar dengan kuiz-kuiz yang amat-amat pelik dan tak masuk akal. Ada yang menjawab dan ada hadiah.


Ada lagi gambar, tapi aku rasa cukup sampai sini dulu. Kalau korang ada gambar sendiri dan mahu ianya diletakkan disini, emel pada aku. Gambar peribadi pun boleh. Kalau boleh describe la sikit suasananya ye. Tapi cuma untuk ex-student MRSM Balik Pulau saja. MRSM lain atau sekolah lain, cari tempat lain.

19 comments:

renny said...

I can't believe the dorm looks like that nowadays! Its horrendous! Why did they not retain the partitions?

frossonice said...

Mungkin sudah hancur dimusnahkah oleh anai-anai, atau student sendiri. Plywood je pun. Warden pun pernah tumbuk sampai berlubang dinding tu.

aku_ayu said...

teringat kenangan lalu...

Azrul Hanidy said...

ha ha ha, Idan, kau masih ingat aku baca koleksi Ensaiklopedia Britannica macam baca buku komik. La ni pun aku dok baca buku 'novel', Fundamental of Astrodynamics.. {^_^}

Anonymous said...

Aku rasa depa tukar pasai terpaksa... relai pasai selalu dok kena pecah. Duit aku dok juai maggi/benda snek coklat masa form 2 di blok C melambak hilang...

89111 - Orang Tua

sajadatul said...

errr..
tak ada spring ker kat bawah tilam tu. tidur lagi syok. berhenjut2.

Nismihan said...

Hehe...great post.. aku ni junior hang (batch SPM 2000). thanks for the post, it really help me refresh those memory.. sama jer batch mana pun, hidup macam tuh gak kan...
wei, ada re-union tahun nih, nak join tak? (depa reunion ramai2...)

ibnu qader said...

ngeh ngeh ngeh...lawak lakz tgk pic2 maktab..terkonang den lalu lalang kt pic tue..

atiey khairudin said...

hey,,im ur junior!!
batch 07/08..
hehheheh,,hey,,medan kasa skrg name die MK,,
medan keusahawanan,,tempat pum jual2,,

nway,,tringin nak dtg mktb time u ol dulu,,hehhehe

zaiful anuwar (89115) said...

tahniah edan atas usaha ko kembalikan memori kami.. penat tau aku carik korang nyorok kat merry go ground hampeh x jumpa.. mmg pro... yg paling aku x lupa.. si Paizal nyorok bawah kaunter.. pun aku x jumpa gak

geng-geng lompat pagar masa f2.. faisal panjang dan lain2 mat kelate aku pun dah tak jumpa kat mana..

aku ada tak gambar2 kolah belakang blok yang dijadikan 'kolam renang'.. last2 tertangkap ngan cg Dzul anak harun.. kena kerja bakti cat kolah hahahaha


hmm it's nice to see renny suzanna and a good friend of mine, azrul hanidy.. a.k.a azrul hanidai hehehe

anyway please keep in touch..

0177560509
zaiful_anuwar@yahoo.co.uk

zaiful anuwar said...

pasal surau mrsm tu.. ceritanya.. pada permulaan kontraktor bumi yang buat tapi cabut lari.. last2 yang siapkan adalah kontraktor bukan bumi.. sedih gak tgk tokong merah didirikan dulu sebelah surau sebelum surau disiapkan..

dulu masa sembang2 ngan dzul harun, dia nak cadangkan pada mara buat swimming pool bersebelahan dengan surau tu.. tak tau le ada ke tak.. ada sesapa nampak ke? aku dah lama x ke sana..

idan, ko ingat tak 1990, ada kawan2 kita kena cekup sebab masuk koop? pada malam yang sama, ada jugak yang kena kantoi ngan warden cg azlan sebab lompat pagar nak kuar malam..

apa jadi ngan walkman yang ko pakai dulu yang rekod suara sendiri tu? still working?

DuRiAn rUnTuH said...

ai,rindu nyer kat maktab!!!!

Ahmad Sharidan said...

Heh... Baru 2 tahun tinggal. Kami yang lebih 15 tahun ni, lagilah. Agaknya.

Anonymous said...

salam..sy batch 03/04, syok baca blog ni, trigt suasana mktab dolu2, abg sy hazimin mybe 1 batch, igt x?

:::aiman::: said...

outing haram disebut juga sebagai FLY

Anonymous said...

nasib baek mrsm kami x mcm nie..kami nyer apartment..so..privacy skit..tp idop kat asrama mmg best..

piji je'nal said...

Batch 04/05. Sapa ingat lagi cikgu shahrul dengan bunyi kuncinya. Hehe.

Intan said...

batch 13/14 here ..

Medan Kasa yg sekarang : Medan Keusahawanan
dekat asrama perempuan partition masih ada . hehe .
Alhamdulillah , maktab sekarang dalam proses sedang dicat . Warna modern , cadangan pakar-pakar . Nak kata cantik tu ... er .
Oh ye yang air pancut tu kan , dinamakan English Fairyland . Sampai sekarang tak berfungsi . dengar cite tempat tu ber 'ha nun ta wau' , takut kot .
MRSM Balik Pulau dipilih sebagai MRSM berprogram International Baccalaurate selain Pontian&Sandakan . mungkin kami batch form 1 terakhir untuk program biasa , dan mungkin akan ditukarkan ke MRSM lain .

btw MRSM B-Pul memang best ! kakak-kakak abang-abang (mungkin pakcik-makcik) datangla melawat kami ..

sekian . -30/5/14

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt...

Coretan di laman web ini mengingatkan kembali zaman persekolahan saya di sini... Bila tengok gambar-gambar tu...pdg bola, bas maktab, surau, etc, hatiku rasa syahdu... Walaupun belajar cuma 2 thn (masa tu hanya ada form 4&5), tapi banyak kenangan suka duka dilalui...nostalgia belaka kini hanya tinggal kenangan..Terima kasih semua cikgu dan rakan2. Dan terima kasih juga pada penulis, dapat juga lepas rasa rindu pada mrsm bp setelah lama tinggalkan. X-student 95068

Post a Comment