13.11.07

Tip Mohon Kerja Kerajaan Dari Aku (Bhg. 2)

Bersambung perihal "Tip Mohon Kerja Kerajaan".

Satu yang korang perlu ingat, kerja kerajaan tidak mudah. Melainkan korang kerja di pekan kecil yang pelanggan korang cuma seorang dua sehari. Tapi kalau Jabatan tersebut ada pelanggan ratusan orang sehari, siaplah! Korang bakal berhadapan dengan segala macam jenis manusia yang sentiasa berfikiran cliche terhadap jabatan-jabatan kerajaan; lembab, bodoh, menyusahkan, melayu dll.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang orang yang business oriented. Amat-amat punctual, amat-amat tegas dan komited dengan kerja. Kalau dia katta meeting start 8.30 pagi, 8.25 dia dah ada di meeting room. Kalau dia kata meeting habis jam 10.00 pagi, maka jam 10.00 pagi la meeting itu akan habis. Macam juga big boss aku. Get to the point. Itu yang penting. Jangan meleret nak berbunga-bunga bila berbicara. Kalau dalam interview orang tanya rukun negara apa dia, jangan cerita sejarah rukun negara, siapa yang mulakan, kenapa dimulakan, di mana dimulakan. Jawab je 5 rukun negara tu. Korang ingat penemuduga tu ada masa nak dengar korang membebel? Banyak lagi orang yang dia nak interview.

Penting, KUMPUL MAKLUMAT! Kalau korang mahu pergi interview untuk satu jawatan dalam sesebuah jabatan, pastikan korang tahu apa tugas dan kerja-kerja jabatan tersebut. Buat research. Kalau rajin pergi pejabat jabatan tersebut dan buat soal-selidik. Mereka tidak sombong (kalau sombong, kira malang juga la korang dapat kerja situ nanti). Lagi baik kalau jabatan tersebut ada unit/bahagian khidmat pelanggan, pergi situ saja. Tanya habis-habisan. Fungsi, peranan, visi, misi, falsafah dan apa saja yang berkaitan. Jangan tanya bonus bila dapat. Jangan tanya anak Ketua Pengarah masih single atau tidak. Penemuduga akan amat-amat impress kalau korang boleh tahu visi dan misi sesebuah jabatan. Kerana ianya adalah jalan sesebuah jabatan lalui. Kalau korang faham apa yang jabatan itu nak buat, penemuduga tidak akan lepaskan korang. Aku akan respek kalau tiba-tiba korang bangun dan menyanyikan lagu jabatan tersebut, tetapi ianya tidak perlu dilakukan melainkan dicabar oleh penemuduga. Cuma, kelakar je bunyinya kalau penemuduga suruh korang nyanyi. Hahaha. Ada! Siapa kata takde?

Juga penting, state you personal vision and mission. Apa sebab korang nak bekerja di tempat yang korang pohon tersebut? Senang dapat loan kerajaan, loan kereta, bil hospital percuma, loan pc percuma, loan rumah percuma, jaminan kerja hingga pencen, dapat duit pencen, dapat gratuiti, kerja tak berat? Atau korang mahu kerja di jabatan kerajaan kerana kerja lain sudah tidak ada, susah dapat, atau memang korang tak layak? Atau korang mahu ianya jadi batu loncatan untuk mendapatkan kerja yang lebih baik di masa akan datang? Apa jua perancangan masa depan korang tersebut, fikir dan jawab yang terbaik. Kalau korang kata pada penemuduga korang nak kerja sebab korang rasa boleh rilek nanti bila kerja, baik lepas tu bagi salam dan keluar saja dari bilik tersebut. Korang takkan dapat.

Satu soalan trick yang ada sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan temuduga korang. Kalau jabatan kerajaan tersebut beroperasi di seluruh negara, besar kemungkinan korang boleh ditempatkan di mana saja di seluruh negara. Ada baiknya bila ditanya oleh penemuduga samada korang sanggup bekerja di mana-mana saja, jawab YA dengan bersungguh-sungguh. Itu sebenarnya nak lihat apa yang kita orang melayu selalu cakap bila bercinta,

"Berkorban apa saja"....

Ala, apa sangat la takat belah dada nak tunjuk pada awek tersayang. Bukan dapat duit pun. Ini kerja, dapat duit. Dapat loan itu ini dan dapat perkhidmatan perubatan percuma. Siapa yang tak mahu?

Kerja jangan pilih tempat. Kalau orang suruh pergi kerja di Sabah atau Sarawak walaupun korang anak jati Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak, pergi je lah. Bila lagi nak tengok tempat orang. Silap-silap boleh tersangkut dengan awek/pakwe sana. Untung juga.

Jangan bagi alasan mak ayah sakit, tiada sesiapa yang nak jaga, nak bagi makan minum adik-adik. Itu alasan 5 tahun lepas ketika AirAsia masih sebuah kompeni yang lingkup. Itu alasan 10 tahun lepas ketika handset sebesar batu bata dan beratnya lebih kurang sama juga.

Ingat satu perkara, penemuduga adalah orang yang korang tidak kenali. Bukan sahabat lama, bukan Sarip Dol, dan bukan juga Osman Zailani, pemuzik buta. So, setiap jawapan yang diberikan mestilah jelas. Kalau ditanya dari mana asal korang, jawab dengan jelas (tak perlu poskod).

"Saya berasal dari Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak"

Jangan biarkan penemuduga tanya melarat-larat. Letih korang nak jawab nanti. Dan sebenarnya ia menambah kegelabahan korang juga.

"Awak belajar di mana dulu"
"Sekolah"
"Sekolah mana?"
"Sekolah Menengah Adika Raja"
"Di mana sekolah tu?"
"Di Gerik, tuan/encik"

Apa la susah sangat nak jawab dengan direct je. Tak buang masa sesiapa pun. Bukan korang kena bayar pun untuk menjawab soalan.

Jangan memerangkap diri sendiri. Kalau korang sebelum ni kena buang kerja kerana selalu tidur di pejabat, jangan jawab begitu. Jawab saja kena berhenti sebab kompeni tidak stabil. Atau apa saja yang tidak menunjukkan kekurangan korang. Bohong sunat kata P.Ramlee. Habis takkan korang nak mengaku korang kena buang kerja sebab asyik dok mengorat sekretari bos kot? Gila apa?

Kalau ada duit sikit, belilah buku pasal pengajian am yang banyak menceritakan hal-hal kerajaan dan Malaysia. Baca, jangan simpan macam Quran. Mangga/URTV tu boleh pula beli tiap-tiap minggu ye? Ini beli sekali dan ilmunya banyak dan menguntungkan terutama time mohon kerja kerajaan. Dalam tu korang boleh la baca pasal Rukun Negara bagi mana-mana yang tak tahu langsung apa jadah benda tu.

Baca surat khabar kerana penemuduga suka orang yang ambil tahu hal ehwal semasa. Jadi takdelah bila ditanya apa itu ECER, korang jawab nama artis Indonesia yang bakal meletup dengan album terbarunya bertajuk "Kamu Yang Bodoh!".

Banyak lagi nak tulis mengenai tips minta kerja kerajaan ni tapi aku fikir cukup la sampai sini dulu. Bukan ramai pun yang nak baca. Biasalah, budaya malas membaca (boleh sampai jadi BUDAYA tu).

6 comments:

fifi said...

bestlah tips ni.blh bantu say apply job nti.kalau boleh bglah lg tips utk senang dpt keja.cane kalo x byk join persatuan kat u?dia tgk tak sijil2 co-cu?

Anonymous said...

mantap la nasihat frossonice tu...seronok gak bace...tp aku rase mcm x puas hati pun ada..bkn ape, aku dah 2-3 kali gak lah interview dgn kerajaan ni..jawatan pegawai n pen. pegawai...nak kate aaku x leh jwb? sume aku jwb..x plak aku x tahu nak jwb tp x lah sampai aku kene nyanyi lagu jabatan kan.huhuhu...cume aku sedih, nak msuk dlm kerajaan ni mcm ada diskriminasi...percaye @ x..aku x tau lah n terpulang pd korang sume..aku penah pertikaikan nape aku leh x dapat jawatan tu? org kerajaan ckp, sbanrnye jwatan tu mmg dah ada org simpanan n org dalam jugak yg dapat..adil ke mcm tu?klu mcm tu baik dlm jabatan tu angkut sume sedara mara, pck, mck, atok, nenek buat mcm business family...mmglah kerajaan byk faedah nyer.. tp cara pengambilan tu rase x adil n berat sebelah...tp, sampai ble mcm ni?

Anonymous said...

tak betul tu,kalau kata semua jawatan tu dah ada calon simpanannya,saya sebelum masuk kerja kerajaan dan 15 kali mintak usahkan nak dapat panggil temuduga pun takde,,tapi dah rezki allah nak bagi,,kali ke 16 dah setahun pun hantar borang baru dipanggil utk pergi temuduga,dan dengan izinnNya jua saya dapat,,saya takde kroni atau sedara mara kedidalam kerajaan apa yang saya ada doa restu seorang ibu,suami dan anak-anak kerana sebelum pergi interview saya sembahyang hajat,mohon restu dan maaaf dari insan-insan tersayang yang muhrim lar jangan lah makwe atau pakwe takde makner nye,jgn terlau yakin jawapan kita betul sebab kadang-kadang walaupun jawapan betul dia tengok gak cara menjawab riak,sombong,temberang ke ataupun ragu-ragu

Zecko said...

Teringat 10 thn lalu masa aku interview keje kerajaan.. pinjam tie member, seluar, baju, kasut.. cuma spender je aku punya! Dah nak jadi rezeki, dapat gak keje.. Alhamdulillah.. kekal sampai sekarang.. Aku ingat sapa2 yg nak keje kerajaan, tipsnyer kena pinjam pakaian member untuk gi interview kot? hehe..

bella kornikova's said...

salam bro.
i just got an interview call form JPN today.
kinda like to ask some questions to you personally.
any medium to do that?

bella kornikova's said...

email me at bellakornikova@gmail.com
hope to hear from you soon.

Post a Comment