Seingat aku dahulu, masa awal form 2 semasa belajar di sana, kami sebolehnya akan cuba berlari ke DS setiap waktu makan tiba untuk berdiri di barisan hadapan sekali menunggu makanan dihidangkan. Satunya nak dapat makanan yang masih panas dengan pilihan yang banyak. Keduanya hendak mengelakkan dari kena ragging oleh senior suruh ambil itu ini dan kena potong Q. Yang kedua itu yang selalu dalam fikiran ketika itu. Pelajar senior biasanya makan di baris belakang berhampiran dengan laluan dari Blok A. So, kalau hujan, memang naya bila lalu situ. Masing-masing akan cuba jalan dengan laju sambil menunduk kepala untuk mengelak dari dipanggil oleh senior untuk disuruh itu ini. Kalau dengar kena panggil pun seboleh-bolehnya buat-buat tak dengar melainkan kalau yang menjerit panggil tu depan mata.
Aku tak ingat samada aku pernah kena ragging di DS atau tidak. Aku cuma ingat apabila di Blow (budak zaman aku sure ingat) minta aku ambil kuih. Aku ambil. Kemudian dia ajak makan sama. Peh... Hati dah berdebar-debar masa tu. Makan juga la. Mungkin sebab masa aku form 2 (junior), aku ada brader yang tolong jaga. Entah apa tapi memang dia tak suka member dia ragging aku. Jadi kira selamat la. Balasannya? Takde pun. Paling kuat pun dia minta aku pergi koop beli makanan ringan kemudian makan sama-sama. Itu je kot. Basuh baju ke, ambil itu ini dari DS ke memang aku tak pernah kena. Member lain tu siap cerita macam-macam mereka kena ragging dengan senior. Mungkin muka mereka muka poyo atau muka aku muka budak kesian.
Masih ingat kepada tray besi yang digunakan semasa makan? Berapa ramai antara kamu yang pernah luka kena tepi tray tersebut? Aku tak pernah suka makan guna tray besi. Rasa macam dalam penjara. Sejuk pula. Tapi sudah memang tak ada cara lain. Aku ingat, biasanya nasi ambil sendiri dalam tong macam tong ais empat segi yang biasa kita nampak sekarang. Lauk kalau dah datang time-time last tu biasanya ambil sendiri. Biasanya sudah tak ada lauk pun. Hari jumaat adalah hari special. Ada daging burger. Ada aiskrim kepada sesiapa yang sempat la.
Ah, bulan puasa... Mandi air sirap. Berebut isi air sirap dalam bekas sebab biasanya bulan puasa kami makan ikut homeroom. Jadi setiap hari ada yang kena assign tugas tertentu untuk ambil makanan dan lain-lain. Sediakan meja. Kira gotong royong la. Tapi ada yang malas juga, tak payah nak cerita.
Mungkin perkara yang paling best di DS adalah projek jualan makanan waktu malam hujung minggu oleh student-student sendiri. Itulah masa untuk menunjukkan skil berniaga dan mengorat (dalam masa yang sama). Itulah sebenarnya masa yang paling senang dan hip untuk bersosial. Tiada warden yang datang menghalang. Jual burger, roti dan macam-macam makanan yang susah nak dapat di dalam maktab. Selalunya projek jualan ini adalah untuk mengumpul duit untuk kelab, persatuan atau yang lebih pandai geng-geng mereka sendiri juga. Sana juga kalau yang bercinta tu bolehlah dating disebalik tiang batu bata empat segi. Tambah-tambah kawasan yang sedikit gelap di tepi sickbay. Aku pernah buat jadi aku tahu. :-)
DS juga jadi tempat Prep (dalam bahasa Malaysia apa ya?) untuk student. Biasanya berselang lelaki dan perempuan setiap hari waktu malam. Bayangkan meja yang digunakan untuk makan kemudiannya di cuci oleh pencuci lantai (bau macam Dettol) dijadikan tempat belajar. Kalau ada tisu atau kertas, kami akan lap dulu meja tersebut sebelum digunakan. Sekali sekala akan bising dan sekali sekala warden datang mengherdik suruh diam. Biasanya diam saja. Tapi bukan diam macam dalam gua. Lepas jam 10 malam je, ada supper. Air minuman panas dengan makanan yang sejuk dan keras yang biasanya jadi alat mainan. Student lelaki biasanya akan duduk depan TV (satu-satunya TV yang ada di DS untuk menonton berita Dunia Jam 10 untuk mengikuti perkembangan semasa. Kalau hujung minggu siang biasanya mereka samada menonton filem hindustan atau kartun. Aku biasanya tidur atau berbasikal di luar maktab.
Aku nak explain lebih tetapi aku sudah kehilangan idea dan ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Paling malu bila terpaksa pergi ambil tray dan nasi sebelah area student perempuan makan atau kena beratur dengan mereka untuk ambil makan. Apa, ingat orang lelaki tak tahu malu ke? Tambah-tambah lagi kalau sedar diri sedang kena usha...
Aku pernah masuk stor DS malam-malam; mencuri buah honey-dew. Ada yang lebih berani akan curi milo atau makanan yang lain. Lebih daring kalau curi ayam kemudian panggang di belakang asrama.
Namun apabila kita kenal baik dengan pekerja-pekerja di DS, banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Kadang-kadang kita dapat makanan lebih dan dilayan dengan lebih baik. Kadang-kadang lebihan lauk yang tidak habis akan diberi pada kita (terutama kalau rajin datang makan saat-saat last).
Pada tahun 2003 yang lalu aku sempat kembali kesana semasa reunion dan sempat juga aku makan makanan DS bersama-sama student-student masa itu... Dalam hati, sebak. Dahulu aku perlekehkan suasana dan keadaannya. Sekarang aku hargai apa yang aku pernah dapat suatu ketika dahulu. Pastinya jauh lebih baik dari tempat-tempat lain (kecuali mengenai ikan jaket...).
2 comments:
OOoooo pernah juga awak buat perkara nakal kat sana dulu ye? Nampak skema jek..
hahahaha....i remember dating kat tiang batu bata tepi sickbay time projek jualan....ada orang tu hadiahkan teddy bear purple named "Pearl" pada i kat situ jugak...sweet memories..
Post a Comment