Harus kamu tahu selama ini dia sentiasa ada disisimu. Menunggumu sepanjang masa dan entah untuk berapa lama lagi. Kamu harus tahu, kamu sepatutnya menyayangi dan menghargai orang yang menyayangi dan menghargai dirimu, seperti dia. Kamu tidak sepatutnya tinggalkan dia bisu dan terdiam di situ menanti kamu dalam diam dan bisunya itu.
Kamu juga seharusnya tahu bahawa apabila tiba masa nanti selepas kamu terlewat, dia akan meninggalkan kamu tanpa salam perpisahan. Kamu akan berdiri di situ mencari dan pastinya kamu tidak akan temui lagi dia atau yang seperti dengannya.
No comments:
Post a Comment