Aku fikir aku mahu berubah ke server Wordpress kerana lebih menarik dan lebih santai di sana rasanya. Lalu aku tukar segala DNS di dalam setting domain name aku ke server Wordpress supaya dalam masa 2 hari, aku boleh persembahkan blog baru kepada pembaca. Tidak pula aku sedar di Wordpress, untuk menggunakan domain sendiri, aku perlu membayar 10 kredit setahun dan barulah ianya diaktifkan. Sedang aku sudah pun copy dan paste DNS Wordpress ke setting DNS domain aku tanpa aku save DNS asal yang menuju ke Blogspot.
Akibatnya, selama 2 hari juga blog aku tidak dapat di akses oleh sesiapa pun termasuk sendiri. Aku sedar sehari lepas dan cuba perbaikinya dengan membuang redirecting www.frossonice.com ke Blogspot di setting Blogspot. Bodohnya aku tidak membaca dengan teliti cara yang sepatutnya aku lakukan hingga ke saat tadi. Sekarang blog ini kembali dari persembunyian yang tidak sengaja.
Tetapi kamu tidak boleh terus menaip www.frossonice.com untuk kesini. Aku terpaksa menunggu reply service untuk mendapatkan semula DNS asal domain aku. Maka www.frossonice.com (nama domain saja) tidak boleh diakses secara langsung buat masa ini.
Aku mohon maaf.
Sebenarnya hendak sangat aku bertukar ke Wordpress kerana aku sudah menyediakan segalanya.
Namun akibat kerana perlu membayar 10 kredit semata-mata untuk membenarkan aku menggunakan domain www.frossonice.com di sana, aku fikir aku terpaksa berpuas hati di Blogspot buat masa sekarang. Sekurang-kurangnya Blogspot benar-benar percuma. Wordpress perlu hapuskan keperluan membayar fee 10 kredit tersebut untuk kebaikan bersama. Banyak cara lain untuk mendapat untung. Itu bukan satu dari caranya.
Sekarang aku perlu cari di mana aku boleh edit CNAME dalam domain management interface www.frossonice.com aku. Dulu jumpa, sekarang dah lupa. Sigh...
No comments:
Post a Comment